21 Julai 2010

Tart Durian/Durian Tart

Buah-buah tempatan memang ada kelasnya yang tersendiri. Saya pasti tiada seorang pun yang akan mengatakan buah-buahan tempatan takde standard. Kita patut mengutamakan buah-buahan tempatan lebih daripada buah-buahan import. Bukan apa selain harganya yang murah buah-buah tempatan juga berkhasiat dan ia dapat menjana ekomomi negara. Ringgit Malaysia kita akan kurang mengalir ke luar negara jika negara kita kurang mengimport buah-buahan import. Wah dah macam ahli pakar ekonomilah pula saya ini. Walhal jadi mat pisau, keje kat dapur ajekan hehe. Mat pisau pun mat pisaulah ekonomi pun kena jaga juga...betul tak?  Hari ini kelas saya dari pagi sampai ke malam. Apalagi mengajar budak2 asas memasaklah. Subjek nih penting untuk mereka agar mereka dapat memahirkan diri dengan teknik memasak yang betul untuk kelas2 memasak mereka nanti.  Selepas habis sesi demonstrasi, tiba-tiba......
saya tertarik pada dapur latihan di sebelah dapur saya mengajar ini. Teman sekerja Chef  Farid sedang begitu asyik membuat dessert atau pencuci mulut untuk kelas komersialnya. Seperti magnet yang membuat saya terus ingin melekat dan mengintai produk apa yang dia buat di kelas komersial pada malam ini.. Kot2 boleh curik idea ker mana tau.. hehe (berniat jahat tetapi murni hehe). Yang membuat saya teruja dengan produk pemanis mulutnya itu adalah dia membuat pemanis mulut yang menggunakan buah-buahan tempatan. Ini sudah sangat bagus! Buah-buah yang sempat saya curik tengok yang ada di situ adalah  nangka, cempedak dan Raja segala buah apalagi kalau bukan durian. Siapa yang tak kenal dengan duriankan?.

Sebenarnya, saya ada menulis tentang topik hari Peladang, Penternak dan Nelayan disamping buah-buahan tempatan dalam artikel saya di Utusan Malaysia untuk ruangan Dari Dapur Azli Razali  (jangan lupa beli Utusan Malaysia Jumaat ini ok! hahaha sempat pulak promosi kolumn sendirikan hehe) Harap2 artikel tentang buah-buah tempatan itu keluar pada minggu ini kerana ada juga artikel2 lain yang telah siap saya hantar dahulu untuk diedit. Saya sangat tabik spring pada mereka yang mengangkat dan mengutamakan buah-buahan tempatan ini kerana sebenarnya buah tempatan kita juga setanding dengan buah- buah import  baik dari segi kandungan khasiat dan kelazatannya. Jadi kitalah yang kena membantu memajukan hasil industri pertanian tempatan, kalau tak siapa lagi. Jadi orang-orang dapur seperti saya dan Chef  Farid serta chef-chef di luar sana sesungguhnya bertanggungjawab juga memartabatkan buah-buahan tempatan sebagai satu langkah mempopularkan buah-buah tempatan menjadi makanan. Saya mengucapkan syabas pada Chef Farid. Kita rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan pelbagai jenis buah-buah tempatan seperti manggis, durian, duku, langsat, mangga dll, jadi terpulang kepada anda untuk memilih buah mana yang anda suka untuk makan. Jadi pada kali ini saya ingin berkongsi resepi tart durian Chef Farid kita. Kerana ia dibuat untuk kelas komersial maka kuantiti yang disediakannya agak banyak dan atas faktor kekangan masa pula resepinya perlu diagak sukatannya. Jadi saya bertanggungjawab untuk mengolah resepi ini agar kuantiti yang sediakan nanti tidaklah berlebihan dan hasilnya tepat. Jadi akhir kata selamat mencuba dan martabatkanlah buah-buahan tempatan ok! terima kasih Chef Farid!


Kulit Tart                              Tart shell


Bahan-bahan                           Ingredients
125gm mentega                       125gm butter
120gm gula halus                     120gm caster sugar
250gm tepung                          250gm superfine flour
1-2 sudu mkn susu                   1-2 tbspoon milk




Cara-cara penyediaan              
  1. Campurkan semua bahan dan gaulkan dengan cepat sehingga membentuk doh. Sekiranya kering        masukkan. susu sedikit.
  2. Canaikan doh dalam acuan pai. Cucukkan dengan gapau pada kulit tart dan letakkankan isian. . Bakar pada suhu 180 darjah celsius dalam 20-25 minit sehingga kekuningan.


Methods of preparation
  1. Mix all the ingredients until form a dough, add in a little milk to moist the dough).
  2. Flatten the dough into disk on the tart pan. Preak on the disk then put the filling. Bake at 180 degree celsius for 20-25 minuts until golden colour).


Isian                                     Filling
120gm Mentega                    120gm Butter
120gm gula halus                   120gmCaster sugar
120gm serbuk badam            120gm ground almond
100gm tepung halus               60gm superfine flour
2 biji telur                                 2 nos egg
60ml susu segar                     60ml milk
1/2 sudu teh vanilla                1/2 tsp vanilla




Cara-cara penyediaan


  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang Kemuadian  masukkan telur dan kacau. Kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan durian dan susu cair.
  3. Masukkan bahan-bahan kering dan kacau sehingga sebati
Methods of preparation
  1. Beat butter and sugar until creamy. Then add in eggs and mixed.
  2. Then add in durian and milk.
  3. Finally add in dry ingredients and mixed well.

2 comments:

YinLing berkata...

nice blog :) i follow you .. thx for passing my blog , follow me as well :)( keep it up , food makes me hungry :)

Tanpa Nama berkata...

salam... tergezut tengok produk sy jadi tatapan umum... malu laa... bukan vogue sngt pon. ape pon terima kasih diatas kesudian chef azli memaparkan antara koleksi produk dan resepi saya ini. Insya Allah sy akan menyumbang kepada semua informasi yg terkini kpd chef azli sekiranya chef azli memerlukan baantuan dr sy. akhir kata majulah blog chef azli ini dgn lebih jayanya...;)