Pages

25 Mac 2010

Kek Coklat Prun




Kalau diberi pilihan antara kek coklat dengan kek Keju atau kek-kek yang lain. Saya pasti akan memilih kek coklat dulu. Bagi saya kek coklat mempunyani aura yang sangat kuat berbanding dengan kek yang lain. Kuatnya aura coklat ini membuatkan ada segelintir pasangan yang berkasih sayang tak kira yang telah berkahwin dan belum berkahwin memberi coklat sebagai hadiah. Banyak persepsi salah berkenaan dengan memakan coklat sesorang boleh menjadi gemuk dan sebagainya tetapi sebenaarnya coklat mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti ia mampu merangsang mood ketenangan pada saraf otak serotonin. Begitu juga dengan kek coklat yg mampu memberi mood gembira dan tenang kepada si pemakan. Jadi pada kelas pastri pada minggu ini saya telah mengubahsuai coklat kek ini dengan menambahkan isian blueberi dan prun dalam bahan2nya. Walaupun coklat itu mendominasi rasa isian blueberi itu namun keserasian bahan-bahan ini memberi rasa dan tekstur yang terbaiklah! Anda perlu cuba resepi ini kerana kek ini mendapat pujian ramai dan byk yang sukakannya. Happy baking!

Bahan-bahan
250 gm mentega
1/2 cawan gula kaster
1/3 cawan gula aising
2 biji telur
1 sudu teh essence vanilla
1/2cawan prun- dicincang
1/4 cawan isian blue berry
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu segar


Salutan kek (lapisan pertama)
1/2 cawan isian blueberi

Salutan kek-chocolate ganache (lapisan kedua)
250gm coklat masak
120 gm whipping cream- ada kat tempat2 keju di pasaraya
1 sudu makan mentega

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega , gula aising dan gula kasters ehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla, buah prun dan isian blue beri. Kacau sebati.
  4. Ayak tepung, soda dan serbuk koko. Masukkan tepung yang diayak sambil selang selikan sengan susu. Kacau mesra adunan.
  5. Tuangkan dalam acuan dan bakar pada suhu 180 darjah celsius sehingga tiada lekatan pada pencucuk kek atau selama kira-kira 40 minit.
Cara-cara penyediaan salutan
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali isian blueberi.
  2. Panaskan atas api yang perlahan. Kacau sehingga cair.
  3. Sejukkan sehingga ia agak likat, Selepas itu bolehlah dsapu atas kek.
  4. Buatkan sapuan petama diatas kek dahulu dengan isian blue beri. Kemudian gunakan salutan ganache untuk menutupi sapuan pertama tadi (isian blueberi tadi).
  5. Sejukkan dan sedia dimakan.

11 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

my feveret cake....kek ni nampak sedap dan menarik. nampak mcm lembap2 gitu....tq ye..saya nak ciplak resepi. minta izin ni. hehe...

Azli Razali berkata...

hafizah. ok jer. sebar2kan resepi ini pada orang lain ok!

inabu berkata...

tuan umah,

nak mintak permission nak amik resepi nih, dh teruja nak balik wat kek coklat nih....

and nk mintak permission gak nak add blog ni kat blog sy, senang nak refer pasai baking nti...tenkiu tuan umah :)

Azli Razali berkata...

inabu boleh jer

Hotel Darulmakmur berkata...

ya ampunnnn...sedapppnye kek nih!!!adakah rasenye pun sesedap pandangan mata chef...? sya amik resepi ye...:)

Hany Gallery berkata...

salam. nmpk mmg sedap. Tumpang tanya, isian blueberry tu mcmn ya?

Ina Hashim berkata...

yummy!!!looks so nice

s h a berkata...

wahh...beshnyew...sy pon suke buat kek coklat...tp versi lainla...hehe...boleh try resipi ni ble2 lapang...tengkiyu chef...

mummyseri berkata...

Salam kenal n ziarah..
kite dtg melalui dr dapo azli razali kt utusan(mega)..
kite nk mnta izin ambil resepi kek ini ye;)
tq..

Me berkata...

nak cuba! terima kasih! :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Chef...thanks for the lovely recipe...just bake it yesterday for my best friend...and they are really like it...especially their kids...thanks again for the nice recipe n just to let u know, for me the topping is just enough for the half from the given recipe...:)