Pages

14 Mac 2010

begedil sardin

Setelah keluar segmen dapur berasap dalam program Nasi Lemak Kopi O lalu ada ramai yang berminat dengan resepi saya ini. Banyak respon mengatakan resepi ini sangat mudah dan cepat disediakan. Ada juga yang terus buat dirumah dan menjadi dan mereka puji sedap. Alhamdulillah! Maklumlah kadang-kadang kita nak cepat dan perlukan masakan yang ringkas. Yang paling best para ibu nak buat untuk anak2 mereka makan. Pada mereka yang belum mencuba U all kena cuba resepi ini pasai ia lain dari begedil biasa yang menggunakan daging cincang . Apasalahnya menggunakan citarasa lain seperti ikan sardin kan. Begedil ini sangat sihat untuk pertumbuhan otak terutama kepada kanak2 kerana ikan sardin mengandungi asid lemak yg dikenali sebagai omega 3 dan omega 6. Asid lemak tak tepu ini juga sihat untuk mencegah kolesterol, kanser, penyakit alzheimer dan parkinson. Selain itu ia kaya dengan sumber protein seperti yang telah sedia kita ketahui. Cuma pesan saya semasa nak menggoreng jangan lupa celup dengan telur kalau tak begedil akan pecah semasa menggoreng. Taknak jadi macam saya terlupa bawak telur untuk rancangan live pagi tadi. Nasib begedil saya tak pecah heheh.Welll itu kesilapan saya. Orang kata pesan memesan untuk kebaikan betul tak? jadi cuba jangan tak cuba!

Bahan-bahan

6 biji kentang
1 tin kecil sardin
1/2 biji bawang besar-cincang
1 tangkai daun bawang-hiris
2 biji telur
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Cara-cara penyediaan
  1. Kupas dan rebus kentang sehingga hampir empuk. Lenyek dan ketepikan
  2. Goreng ikan sardin (jika suka) sehingga keperangan sedikit. Masukkan dalam kentang yang telah dilenyek.
  3. Campur bawang, daun bawang garam dan lada hitam. Gaul mesra.
  4. Bentukkan begedil dengan tangan.
  5. Pecahkan telur dan kacau dalam mangkuk. Sebelum menggoreng celupkan begedil dan goreng dalam minyak yang panas sehingga keperangan.

6 comments:

JariJimi berkata...

Ada tgk kat NLKO..menarik n simple dish.. boleh lah cuba lepas ni.

~Annie AppLe~ berkata...

haha lupa bawak telur rupenye..patut laaa..mak sy komen 'eh bia betol chef ni???' sy jwb 'ala ma..dia kan chef!!!!'ilmu baru tuuu'
haha pandai eh cover time kt tv9 aritu..haha:P
anyhow nice recipe..ur book which ala2 jamie oliver tu pon nice..simpe..easy ^__^

Chef Kampung berkata...

saya berbangga dengan abah!!hahaha..dan dan mengaku abah.. ;p

Azli Razali berkata...

annie: kalau tak ubuh telur boleh tapi sangat dangerous! kena betul2 fokus!

ayue berkata...

sgt sdap..sy dh cbe..tp die berminyak sket..cmne nk kurgkn myk tu ye?

Tanpa Nama berkata...

saya biasa nya kentang tk di rebus tapi potong bulat2 dan goreng..insyaAllah tk pecah atau berminyak.