Seperti yang dijanjikan ini adalah resipi kek Pic seperti dalam video tuh selamat mencubalah! Boleh menonton video di alamat ini
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/2TG7jXQZxSQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/2TG7jXQZxSQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Bahan-bahan
250gm marjerin
190gm gula kaster
2 biji telur
60gm walnut-cincang halus
270gm tepung naik sendiri
1 cawan susu
7 keping buah pic dalm tin
Topping
5 keping buah pic dalam tin
]1/4 cawan gula
75ml cream
2 sudu tepung jagung campur dengan 1/4 cawan air
Cara membuat
- Pukul mentega sehingga kembang.
- Masukkan telur, dan kacau sebati.
- Campurkan tepung dan walnut. Masukkan campuran tepung tadi dan susu. Kacau sebati.
- Masukkan susu dan kacau sebati. Kemudian masukkan buah pic dan pukul dengan kelajuan maksimum. Jangan kacau terlebih supaya buah pic tidak terlalu hancur..
- Sapukan acuan kek besaiz 13 inci dengan marjerin. Tuangkan adunan kek.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah Celsius selama 30 minit atau sehingga kek masak.
- Keluarkan kek dan sejukkan, sedia untuk disapu topping.
- Untuk topping cincangkan buah pic dan masak bersama gula dan cream.
- Kemudian lenyek2kan dan pekatkan dengan larutan tepung jagung
- Sapukan atas kek.
1 comments:
Salam aidilfitri chef, krim apa yg chef guna ye? Sy nk cuba buat.. Tq
Catat Ulasan