Pages

17 Julai 2012

Korea in Love Part 1

Di Gyeongbokgung Palace.
Di monkey palace di  Gyeongbokgung Palace.
Aduuuhai!!! lama giler teman tak mengupdate blog nih (nih ayat lapuk nak cover sebab malas nak mengupdatekan? hehe). Ada gak yang bagi respon yang dia menjadi pengikut setia blog saya nih jadi nak taknak kena lah saya bagi cerita panas sikit dalam nih hehe!kesian pulak kat orang yang duk memfollow saya asyik baca cerita yang dah basi tuh!  well...Apa kata kali nih saya taknak cita pasal masak2 n resipi boleh? kita cita pasal Korea ok tak? ha mesti korang setuju punyer! hehe.. bkn apa sekarang nih demam K pop kat Malaysia nihkan?! sikit2 K pop! sikit2 Kpop!. Naik mual dibuatnya  hehe. FYI saya nih bukan lah fanatik Kpop sebenarnya tapi entah macamana 2 minggu lepas saya berkesempatan untuk membentangkan hasil penulisan saya bersama rakan-rakan dari jabatan Akademi Bahasa dan kami telah memilih tempat conferencenya di Jeju Island! yeayyy!!!!.(sebenarnya saja jer aku pilih Korea sebab nak bagi sedara mara dan kawan2 jeles hehe) Korang  yang x pernah pi sana sakit hati tak tau saya dapat pi korea? oh plsss! hehe. Kawan2 saya yang mana giler Retis2 Korea tuh berbulu jer bila tau saya pi korea! Depa siap cakap" Hei kau yang tak minat cita korea n K Pop beria2 pi sana  pesal? n boleh plak  pi dulu dari kitaorang plak tuh? nih apa kes?! hehe. Well  aku pi sana saja nak bagi kau sakit hati  balas saya. Sudah! tak yah bebel banyak sangat sebab  kali nih saya nak cita pasal penyelidikan saya yang saya bentang tuh sikit . Ia ada kena mengena sikitlah dengan kerja saya. Tajuknya 'Perfecting Culinary skills Via Youbetube way'. Saya menghabiskan masa selama 6 hari tau kat Korea! . Tapi percaya lah 6 hari pun tak cukup nak pusing satuu Korea. Banyak tempat menarik kat sana. Agak lama jugaklah kita orang search tempat2 menarik untuk dikunjungi dan oleh kerana tempat present paper kami tuh kat Jeju island maka kami ambik 4 hari di Seoul dan 2 hari di Jeju Island.   Honestly Korea memang negara yang patut korang lawat jika ada duit dan masa ok! Kat sana lawa giler memang tak bohong! baiklah tak payah bazir masa! saya akan cerita kan trip saya dalam post nih dan share gambar kat sana jugak kat u olls supaya u olsss bertambah sakit hati dengan saya hehe. Ada banyak gambar2 lain yang u olls boleh sekodeng di facebook saya juga! Post kali nih saya akan bercerita trip perjalanan kami untuk hari pertama sahaja dulu ok! ha tak best lah kalau cita sampai habis. Kena buat cerita ala2  korea sikit, bagi sambung2 hehe. Dalam nih jugak saya akan share tip2 sikit jika mahu ke sana ok!Tapi sebelum tuh saya nak bagi kata2 pembuka korea dulu salam sejahtera  An nyoung ha seh yo iaitu hello
Pahlawan kot!
Ramai2 berfoto di depan Istana!

 
 belajar tulis nama dalam bahasa Korea

Sebaik sampai kat Itcheon Airport perkara pertama sekali kena buat adalah ambik peta korea dan map subway kat seoul di kaunter penerangan sebab kalau takde peta korang akan lost mengelost nanti. Syarat dia korang nih bukan lah buta baca peta. Tengok jer peta tuh tau lah nak pi mana. Transportation dfia memang A lah! Yang bagus lagi kat peta tuh siap ada tempat2 yang boleh korang pi lawat ok! Keduanya kena beli T money! Dia nih adalah macam card yang boleh anda guna untuk menaiki subway dan bas diorang. boelh reload kalau dah berkurang . kami dah siap reload 10000 Won kat dalam tuh kira2 dalam RM 26.50. Daripada airport ada dua jenis ketapi komuter diorang satu yang express dan satu lagi lambat sebab banyak stesen nak berenti. Saya nasihatkan naik yang express iaitu AREX nama ketapi tuh. Jangan jadi macam kami naik ketapi yang banyak stesen tuh. Apoalah sebab silap naik tren lambatlah sampai. Sebaik sampai kat Hongik Univetrsity iaitu nama kawasantuh kami menginap kat guesthouse nama dia Namu Guesthouse. So lepas letak jer barang kami terus memanjangkan kaki untuk merayap kat kota seoul jadi temopat pertama yang kami kunjung adalah Gyeongbokgung Palace. Ini adalah Istana raja yang lama yang masih dipelihara untuk pengunjung.

Namaku dalam bahasa koerea
Istana nih memang besar. Anda akan terkejut kerana dalam istana ada istana tau, kami menghabiskan dalam 2 jam di dalam istana nih sebab besarrrr sangat! lenguh kaki pusing dalam. View Istana nih sangat cantik  kat dalam dia. Yang istimewanya dalam nih siap ada tempat gundek raja yang ramai ok! yang paling best anda boleh cuba baju tradisi raja dan permaisuri Korea untuk bergambar dan saya nasihatkan anda cari tempat nih dulu sebab bila anda sampai anda kena tunggu 100 minit sebab orang ramai sangat beratur. Jadi bila anda dah letak nama siap2 bolehlah anda jalan2 pusing2 dulu then masa boleh jimat sikit. Masuk dalam Istana nih kena bayar 3000 won. Kemudian kami pi ke The Story of King Sejong Exhibition Hall uniknya muzium nih adalah terletak di bawah tanah ok! tempat nih memaparkan sumbangan raja dalam pelbagai bidang seperti alphabet korea, politik, sains dan sebagainya. Hall ini sangat2 dekat dengan  Gyeongbokgung Palace tadi jalan kaki 5 minit jer dah sampai! menarik lagi dalam nih dia ada 4D wayang yang memaparkan sejarah Raja ini  selain itu anda juga berpeluang membuat aktiviti seperti mennulis nama anda dalam bahasa Korea sementara menunggu untuk menonton wayang 4D tadi.
The Story of King Sejong Exhibition Hall 

Tunjuk ajar ku sifu!
Kami telah selesai melawat dua tempat dan pulang dengan keletihan yang amat2 sangat weii!. Malam apa lagi aktiviti ngap nagp ngap lah lah. Oleh kerana kami ada bawak bekal dari Malaysia seperti Maggi, Pasta, sardin dan sup!  Bukan tuh aja ,Ada lagi macam2 tau, cam serunding, sambal tempe dan kerepek oun kamai bawak hehe. Maklum lah makan kat koreakan mahal dan susah nak dapat halal jadi kami masaklah kat guest house nih sebab ada disediakan peralatan  masak dalam nih. Yang penting bawak sabun samak sebab nak samak periuk belanga dulu sebelum masak ok. Yelah takut pulak kang ada guest2 lain yang masak daging oink oink sebelum2 nih plak kan? Tak ker tuh haram nama nya? ha sapa nak jawab? takan orang korea tuh nak jawabkan? hehe. selepas makan malam pulak kami ambik kesempatan pi marayap di kawasan berhampiran Hongik Unirvesity untuk melihat nite life seoul macamnaa! walaupun penat katanya! hehe, Ya ampunnn!!...  hevoc mevoc diorang nih, sakan berhibur  diwaktu malam! 
Street performance mereka
Street performance jugak ramai orag!

Hiburan K Pop tepi2 jalan jer tapi ramai orang! Dressing plak macam fashion show kau! diorang dressing memang kelas! kitorang cam tgk pertunjukan fesyen sambil berhibur malam tuh! Lagi yang best nak tau apa dia? Orang dia cantik2 dan jambu2 kau! kulit gebu lagi. Baik pompuan baik lelaki semua kelas! Bab Teknologi tak payah citalahkan? Ok untuk hari pertama ceritanya dah habis nak tau apa yang kami buat pada hari kedua? Tunggulah tulisan saya nanti2 ok! akan saya war warkan? hehe bersambung!!! hehe

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Thanks for sharing Chef Azli. Very interesting... I like! From Rosli Ismail @ PNB

Tanpa Nama berkata...

mane-nye pembentangan projek-nye? ni dah mcm pembentangan jalan2 pusing korea dah..hahaha!

ARDECK berkata...

terbaik babe..glad i was there too.

zarina berkata...

saya baru pergi bulan lepas stay kat area hongik university gak- guesthouse hey backpackers, malam memang happening, area situ banyak club.