09 Jun 2012

Sandwich gulung Tortilla Ayam

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada yang menyinggah blog saya nih? Terima kasih lah sebab sudi menyekodeng hehe... Apa perancangan musim cuti-cuti sekolah nih. Mesti banyak perancangannya bukan. Yang pastinya musim cuti nih mesti ramai yang membawa anak2 ke majlis perkahwinan kawan2 atau sedara mara, maklumlah inilah musim nya gitu hehe. Ish saya takdelah nak share menu untuk orang kahwin, tapi kali ini chek nak kongsikan menu yang sesuai untuk budak2 memasak di rumah. Yelah cuba kita terapkan minat memasak ni dikalangan adik2 yang masih bersekolah. Daripada diorang melepak kosong kat rumah atau merayau ke rumah kawan2 tak tentu hala buat benda yang tak berfaedah ( kalau diorang buat benda yang berfaedah takper biarkan!) jadi kali nih saya nak berkongsi menu yang telah saya tunjukkan dalam segmen Berita Adik bersama adik Afiq yang comel dan peramah nih! Disini saya nak mengucapkan terima kasihlah kepada krew penerbitan Berita Adik TV9 kerana sudi bertandang ke rumah saya untuk mengeshoot segmen masak-masak nih. Masak kat laman lagi u olll ! ala2 santai. Walaupun saya cakap menu nih adalah untuk dibuat oleh adik2, tapi sebenarnya kakak2, abang2, makcik2 dan pakcik2 pun boleh buat menu nih tau!. Kalau tok wan nak buat pun takde masalah lah! hehe Mudahjer nak buat!. Kalau malas nak panggang ayam tuh, u oll beli jer kat pasar raya! ada jer ayam panggang yang dah siap dijual kat sana. Kalau nak jimat lagi, pegi lepas kul 9.30 malam sebab ada less 30-50%, pas tuh simpan jer dalam peti sejuk. Bila nak pakai ambik jer.
Jangan pakai kat badan udahlah yer hehe! pakai buat makanan jer! kikikik. Kalau takde ayam panggang boleh guna ayam goreng jer. Mana tau ada ayam goreng lebih2 tuh, boleh lah gunakan untuk isinya. Menu nih sebenarnya adalah modify dari makanan orang mexico tau. Kalau nak dikutkan tradisi mereka, selalunya orang mexico suka makan tortilla nih bersama guacamole iaitu ia diperbuat daripada buah avocado. Tapi saya dah short cutkan dan mencemarkan sikit resipinya untuk kesesuaian tekak kita kat sini jadi ada lah rasa lain sikit hehe. Apa lagi?  janganlah tak cuba resipi mexico ala2 best nih! hehe. Selamat mencuba!

Bahan-bahan A
5 keping roti tortilla
2 keping dada ayam panggang
1/2 biji timun yang dihiris
2 biji tomato timoato yang dihiris
70gm daun salad
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili-pilihan
1/2 cawan sos barbeque
Bahan-bahan B
5 sudu makan mayonis
1/2 tin cendawan butang yang dihiris
2 sudu teh serbuk pati ayam
Secukup rasa garam dan lada hitam

Cara membuat
  1. Dadukan dada ayam kemudian campurkan dengan semua bahan-bahan B.
  2. Kemudian sapukan roti tortilla dengan sos tomato, cili dan barbeque.
  3. Susunkan daun salad, tomato dan timun. Dan letakkan isi ayam tadi.
  4. Gulungkan dan sedia untuk hidangan!

2 comments:

man berkata...

mcm sedap je

Outbound di malang berkata...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !