An nyoung ha seh yo! cewahhh!! sejak2 dah pi Korea nih sakan aku menjual sayo! hahaha! korang nak sayo apa? sayo bayam? sayo kangkong or lobak merah?. Mesti korang pelik kan apa pasal lah saya nih duk menjual sayur jernihkan? ha bukan apa, pada siri Korea In Love siri ke2 kali ini saya akan ceritakan perjalanan hari kedua kami pula di Korea. Pada hari kedua nih nih misi kami adalah untuk pergi ke muzium Kimci. Hari kedua nih yang kami x leh pi banyak tempat sebab jam 6 kami perlu bertolak ke Jeju Island menaiki pesawat Air Busan dari Gimpo Airport pesawat tempatan mereka di sini. Gimpo Airport adalah airport kedua mereka disini yang banyak domestic flight mendarat. Kira macam LCCT lah. Well sedikit info dengan Kimchi nih. Kenapa Kimchi?
ha sebab saya pernah menulis artikel pasal kimchi nih di Ruangan Dari Dapur Azli Razali sebelum ini ok! So terexcited lah nak pi muzium Kimchi kat Korea nih! Kimchi nih adalah makanan tradisi orang Korea dan sangat popular. Sehinggalah depa nih buat muzium untuk kimchi ok! Kita kat sini ada muzium utk makanan? ado?
peralatan lama nak buat kimci |
Ada jenis Kimchi yang putih dan tidak ditambah dengan Cili. Berbalik kepada cerita Kimchi Field Muzium yang kami pergi nih terletak di Coex Mall 159, Samseong-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea naik subway jer ke Gangnam-Gu dan muzium nih berada di COEX Convention & Exhibition Center. Harga masuk korang kena bayar 3000 won lebih kurang 7 ringgit! Bila ke muzium nih banyak jugak info yang kami dapat dan boleh mengetahui bagaimana proses pembuatan Kimchi. Khasiat yang boleh kita dapat bila kita makan kimchi, makanan apa yang boleh dibuat dengan kimchi dan sebagainya tapi yang paling best teman dapat try makan Kimchi. Kami mencari jugak Muzium Kimchi yang ada memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat kimchi sendiri di Seoul tapi tak jumpa. Sebab katanya ada muzium yang macam gitu tapi takperlah yang penting aku dapat rasa Kimchi Terbaik dari ladang! hehe. Made in Korea lagi tuh! memang sedap u olls. Habis kami kerjakan Kimchi yang disediakan untuk testing. Kami semua melantak tak hingat dunia almaklumlah kami sampai pun dah tengahari! perutpun rasa laparlah. Rupa2nya Kimchi di Korea nih ada jenis yang mengikut musim! ada Kimchi yang dibuat untuk musim panas, luruh, sejuk dan bunga! Yang kimchi musim sejuk tuh rasa dia pedas sikit sebab nak bagi badan berasa panas sebab cili. Maklum lah musim sejuk! Yang untuk musim panas pulak rasa dia kurang pedas! Jika anda nak tau bahan dan bagaimana nak buat Kimchi Boleh klik di sini sebab saya ada mengeshare resipinya disini juga!ok!
Selepas habis lawat The Kimchi Field Museum saya sempat singgah ke exhibition teknologi di bangunan yang sama. Pameran Exhibition Korea nih mempamerkan teknologi2 terkini Korea ok! Jalan2lah tengok kejap dalam tuh tapi tetap kena bayar 3000Won bila nak masuk! Takper bayar jer lah! lelap mata jer hehe.Sebab nak tengok teknologi katernya masuk ajalah dan agak teruja jugaklah tengok teknologi2 dari negara Korea nih kan. Takpayah nak citalah dah terbukti u olll!
Selepas dah habis pusing kat pameran teknologi, its time to us cabut buntut ke Jeju Island! Yeayyyy! Apalagi terus lah kami ke Gimpo Airport tapi kena ambik beg dulu kat stesen yang berhampiran airport sebab kami simpan beg kami kat sana masa duk pijalan ke muzium tadi. Hari kedua di Seoul sudah berakhir walaupun kami agak nervest gak pasal dah lambat sampai ker airport! nasib sempat kau BEDAH kalau tak.... Tak present lah paper nanti! haha. Nak tau apa cerita hari ketiga kami di Korea? next siri saya akan ceritakan pengalaman di JEJU ISLAND pulak u olll! Kat jeju island lagi best tau! jadi tunggu je lah KOREA IN LOVE 3 di lain masa ok! See yah!
1 comments:
Salam Ramadhan Azli, seronoknya pergi Korea ye. Akk teringin jugak tapi belum cukup bajet.
Kimchi tu mcm teringin nak buat, nanti akak cuba.
Catat Ulasan