17 Februari 2014

Kelebihan Sayur Kangkung!


Sayur kangkung turun harga dan berita ini memang benar-benar! Sebelum ini cerita penurunan harga kangkung oleh PM kita mendapat berita yang sangat meluas di media massa. Dengan pengumuman penurunan harga sayur kangkung itu telah membuatkan ramai yang memuat naik cerita tentang sayur ini dalam status facebook mereka. Bermacam-macam cerita tentang kangkung yang dimuatnaikan mengikut cara masing-masing.  Ada juga yang membuat parody lucu tentang kangkung dengan begitu kreatif. Kelakar pula membaca tentang cerita kangkung itu. Tiba-tiba pula ia menjadi sensasi! Walaupun cerita tentang kangkung agak suam-suam berbanding sebelum ini tapi saya tetap mahu bercerita tentang kangkung kerana ada infomasi yang baik untuk kesihatan sebenarnya sayur kangkung ini ya.

      Kangkung atau nama saitifiknya adalah Ipomoea aquatica merupakan sayur yang banyak dimasak di Negara Asia Tenggara. Sayur ini biasanya digoreng atau direbus. Dikenali juga sebagai bayam cina, bayam air kobis paya, Ong Choy, phak bung dan hung tsai. Tanaman Kangkung masuk dalam suku Convolvulaceae yang tumbuh cepat di tempat yang lembab dan berair. Ia cepat memberikan hasil iaitu hanya dalam masa 4 hingga 6 minggu sahaja. Kangkung adalah sayur yang sihat yang banyak sekali manfaatnya.      
      Kangkung mengandungi zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, hentriakontan, dan sitosterol. Kangkung merupakan sayuran yang tinggi serat dan boleh mencegah sembelit. Sayur kangkung boleh mengelakkan kita dari mendapat insomenia atau penyakit susah tidur kerana kangkung berupaya mengendurkan saraf. Jadi semakin kendur saraf kita, tidur kita akan bertambah nyenyak dan lena.  Kandungan vitamin  A nya yang tinggi boleh menjaga kestabilan penglihatan mata dan menambah menajamkan penglihatan mata. Vitamin C didalamnya pula dapat merawat penyakit gusi berdarah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh supaya tak mudah mendapat serangan penyakit akibat virus, contohnya selsema.
      Jika membeli, pilih daun yang hijau, tidak layu dan bebas dari dimakan ulat. Pastikan juga batangnya rangup apabila dipicit. Rendamkan sayur kangkung dalam air supaya pasirnya keluar. Jika tidak takut nanti kangkung yang digoreng akan rasa pasir. Masakkan batang dahulu sebelum daunnya kerana batangnya lebih keras dan memerlukan masa yang lebih lama daripada daun untuk empuk.  Disini, saya kongsikan resipi kerabu dagingbakar dengan kangkung! Selamat mencuba!

2 comments:

Khairul Hakimin B. Muhammad berkata...

lamanya Chef tak update blog.. :(

Mummy Dina berkata...

Saya paling suka kangkung goreng belacan..:)