17 Februari 2014

Kerabu Daging dengan Kangkung

Bahan-bahan

160gm kangkung

250gm daging

100gm kentang

1 biji bawang besar-hiris

3 batang serai-hiris

50gm daun selasih-hiris

2 biji cili merah-hiris

10 biji cili padi-hiris

2 ½ sudu besar jus limau nipis

¾ cawan kelapa parut putih

80gm kerisik

Secukup rasa garam


Cara membuat
  1. Potong kangkung dan bersihkan. Kemudian celur sehingga kangkung layu.
  2. Lumurkan daging dengan garam dan kunyit kemudian bakar atau goreng daging sehingga daging masak. Kemudian hiriskan nipis dan kecil.
  3. Kupas kentang dan potong kiub, kemudian goreng sehingga kentang empuk.
  4. Goreng kelapa atas kuali tanpa minyak sehingga perang dan angkat.
  5. Akhir sekali satukan semua bahan dan gaul sehingga sebati.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

kerisik xpayah msk ye?? cmpur gtu je ke??