Pages

24 Julai 2012

Sandwich Tuna Nestum

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!macamana puasa korang hari nih? ada bocor tak nih! heheh jangan tipu tak baikkkk... teman ada teropong halus leh skodeng! hehe Harapnya takde lah puasa kita yang bocor atau ada yang membocorkannya dengan sengaja! baiklah seperti yang dijanjikan saya akan berkongsi resipi kedua dari nestum iaitu saya namakan sandwich tuna nestum. Dari gambarnya ia adalah sandwich yang biasa tapi yang menariknya ia bukanlah sandwich yang biasa2 lah sangat sebenarnya sebab sandwich nih kita guna nestum u oll.  Apa lagi nak mempromosi khasiat nestum yang digunakan dalam makanan lah . Tak reti2?  Guna nestum mestilah bersebab. Kowang ingat teman suka2 nak masukkan nestum nih dalam sandwich nih ehhe. teman campurkan sebab nak bagi kelainan sikit kat roti kita tuh selain nak tambah khasiat  sandwich kita nih. Baiklah buat sandwich nih memang tak susah ok! campur jer semua bahan  terus jadi!. Sandwich nih ada rasa2 kari sikit sebab saya letakkan pes kari. Pada mereka yang taknak ada rasa2 kari boleh lah pilih untuk tidak meletakkannya. Filling tuna nih korang boleh gunakan pelbagai perisa yang ada kat pasaran . Kalau nak rasa pedas gunalah yang ada cili, dan sebagainya. Kalau taknak guna tuna,bolehlah gantikan dengan sardin atau ayam yang direbus. Tapi make sure ayam tuh direbus dan dicincang halus sebelum campur dengan mayonisBaiklah sandwich nih macam2 cara kita boleh buat. Antaranya anda boleh gulung  korangnya sandwich nih jugak dan salutkannya dengan nestum. Tapi sebelum tuh basahkan semua permukaan dengan telur sebelum anda golekkan atas nestum. So nestum tadi jadilah  ala2 macam breadcrumblah bila anda ngap dia. Anda boleh menggoreng atau membakarnya. Kalau nak sihat bakar ajalah. bila lagi nak jaga body kan? ehhe Letak jer dalam oven bakar dalam 8 minit atau sehingga keperangan! angkat dan terus ngap! hehe. Ngap bukan masa tghari tapi bila nak buka puasa atau nak bersahur ajer ok! maklum lah nih kan bulan puasa! excited sangat nak ngap nanti terlupa pulak terngap sebelum azan maghrib. ! taknak taknak taknak!!! ehhee. Melalui gambar nih saya buat cara biasa, just lapiskan sahaja dan salut dengan telur sebelum goreng dengan minyak yang sedikit sehingga perang. Roti yang saya gunakan adalah roti gandum penuh yang lebih berkhasiat ok! jadi apa lagi yang ditunggu. Buat lah hidangan sandwich tuna nestum nih. Yang penting khasiat dalamnya telah ditambah baik dengan menambah nestum.  Cuba jangan tak cuba!

Sandwich tuna kari NESTUM
Bahan-bahan A
12 keping roti gandum penuh
6 keping keju cheddar
3 biji telur
6 sudu makan minyak sayuran untuk menggoreng
Bahan-bahan B
185gm isi tuna dalam tin
80gm bijiran seisi keluarga NESTUM
1 sudu makan pes kari-pilihan
3  sudu makan mayonis
25gm daun bawang-hiris
½  sudu teh MAGGI CUKUP RASA
Bahan C
70gm bijiran seisi keluarga NESTUM

Cara membuatnya
  1. Campurkan semua bahan B sehingga sebati dan letakkan di tepi.
  2. Kemudian letakkan isi yang telah digaul di atas sekeping roti dan lapiskan dengan keju.
  3. Gulungkan atau tutup dengan sekeping lagi roti.
  4. Pecahkan telur dan celupkan roti sandwich. Kemudian golekkan dan salutkan luar  roti dengan NESTUM (Bahan C) dan goreng atas kuali dengan minyak sayuran sehingga keperangan.
*Menghasilkan anggaran: 6 -10 keping sandwich

3 comments:

firdausi berkata...

sedapnya chef..

ajax85 berkata...

macam sedap je..heheh

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) berkata...

Anak-anak akak suka makanan seperti ini. Thanks for the idea. Boleh cuba untuk sahur nanti.