Pages

22 April 2010

Kek keju Oreo Lemon



Ramai betul yang gilakan kek keju. Begitu juga saya! nak nak bila saya buat untuk keluarga, sebiji memang tak cukuplah mesti nak buat lebih! Kalau kek keju nih, kek keju kat secret recipe adalah yang terbaiklah. betul tak? Macam2 jenis kek keju boleh kita dapat. Tapi standardlah kalau takde 7 ringgit Malaysia dan lima kupang! jangan dok berangan nak makan. Tapi orang kata biar mahal asal sedap tapi kalau selalu boleh pancit kocek nih! Kalau buat sendiri berbiji2 leh buat tapi kos kita boleh jimatkan. Kali ini saya nak kongsi resepi kek keju oreo lemon, dimana saya gunakan biskut oreo untuk lapisan bawahnya. Tapi sekiranya anda suka anda boleh masukkan biskutnya dalam adunan kek. Ikut selera masing2lah. Ramai yang bertanya kat saya macamana nak dapatkan lapisan bawah yang marvelous, tips kali ini senang jer bila masukkan mentega cair tuh gaul sehingga anda boleh mengepal biskut tuh. Jangan terlalu kurang~ pasal nanti tak boleh nak kepal dan hasilnya akan berderai bila dah masak. Kalau banyak sangat nanti hasil dia berminyak pulak bila dah masak. Ok pada mereka penggila kek keju apa tunggu lagi ambik kunci keta pi lah beli bahan2 untuk membuat kek keju oreo lemon ini. Hasilnya anda sendiri leh feel nanti!

Bahan-bahan A
Lapisan bawah
3 paket biskut oreo-kisar/hancurkan sehingga halus
180gm mentega-dicairkan (sekira tak cukup tambah aja)Bahan bahan B (kek)

375 gm krim keju ( jenama philadelphia)
65 gm mentega
110gm gula kaster
3biji kuning telur
3 biji telur putih
30gm susu cair
80gm krim putar
1/2 biji jus lemon
1 biji kulit kulit lemon-parut halus
1/2 sudu teh pes lemon ( pilihan jika suka)
2 sudu makan tepung jagung

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
  2. campurkan semua bahan-bahan A dan gaul sehingga boleh dikepal. Padatkan atas acuan kek keju. Sejukkan.
  3. Pukul mentega, keju, gula, sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan telur kuning dan kacau sebati.
  5. Masukkan tepung jagung dan kacau.
  6. Campurkan jus lemon, pes lemon dan kulit lemon dengan susu dan cream.
  7. Kemudian masukkan dalam adunan kek. Kacau rata.
  8. Pukul putih telur sehingga kembang dan gebu kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sehingga agak sebati.
  9. Tuangkan adunan kek dalam acuan yang mengandungi lapisan biskut oreo tadi.
  10. Balut bawah acuan kek dengan plastik wrape/ aluminium foil supaya air tidak masuk semasa membakar dan bakar atas dulang yang berisi air (cara pembakaran ini dinamakan steam bake~ perlu meletakkan sedikit air diatas dulang pembakar semasa proses membakar kek) selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan.
  11. Kemudian, hiaskan dengan krim putar dan cebisan biskut oreo.
*Tip chef
Banyak yang konfius letak air atas dulang tuh .Kenapa kena letak air?. Sebenarnya dalam ovenkan ada dulang yang warna hitam tuh (oven bulat tak ada lah~kalau guna oven bulat tak digalakkan kerana cermin dia mudah pecah). Kalau oven empat segi tuh anda perlu meletak sedikit air lebih kurang setengah dan barulah bakar kek. Pastikan air tidak kering semasa membakar~jika air kurang just tambah jer air sehingga kek anda masak. Air atas dulang boleh bagi stim semasa membakar dan stim ini akan memberi kelembapan pada kek keju. Takdelah dia kering lepas dibakar nanti. Tetapi pastikan bawah kek anda dibalut dengan plastik wrap atau aluminium foil supaya air tak masuk dari bawah kek. Especially acuan kek keju mudah dimasuki air kerana bawahnya ada ruang.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam. bila nak masukkan tepung jagung tu?

Mamahikal's berkata...

sedapnya cheese kek ..nak try le resepi chef ni...sya sblm ni bt ikut suka hati tu sbb bila siap pon kek mcm suka hati x jadi..hi2..nk try cara chef punya resepi..biasa ibu2 blogger jer tepek resepi..

Fizah Ibrahim berkata...

eyh, dah jumpe, thanks ! =)