08 Jun 2010

kek Butter

Kek butter atau mentega juga dipanggil kek pound di United Kingdom. Kek ini memang kek yang paling senang di dunia untuk dibuat . Selain itu, bahan-bahannya juga senang dicari. Tapi kena tau jugak teknik dan cara membuat kek walau sesenang mana pun  kek tuh kalau  tak tau  membuatnya maka jawapannya confirm dapat kek tak jadi betul tak? Kek Butter sebenarnya adalah asas kek , selain ia amat sesuai untuk membuat kek cawan/cup cake  ianya juga terpulang  kepada kita untuk mengolah rasa kek nih. Kalau suka perasa coklat tambahkan coklat, kalau suka rasa oren pula boleh jer curah oren sunquick terpulang kepada u all nak rasa apa, tepuk dada tanya tekak eh silap tepuk dada tanya seleralah hehe! Ok apalagi try lah kek butter nih

Bahan-bahan
250gm mentega
250 gm gula
5 biji telur
250gm tepung naik sendiri
1 sudu teh vanila essen

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan Telur satu persatu dan kacau sebati
  3. Masukkan vanila dan kacau.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati.
  5. Tuang dalam  acuan kekyang bersesuain yang telah disapu mentega dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celsius sehingga masak kekuningan atau dalam masa 30-45 minit atau menggunakan pencucuk kek jika bersih pencucuk bolehlah diangkat.

3 comments:

inabu berkata...

chef, kek ni bleh tak dijadikan base utk cupcake tu?

fzzh berkata...

chef, boleh pakai tepung biasa instead of self raising flour?

Azli Razali berkata...

fzzh: boleh tapi tepung untuk membuat kek kita panggil rose flour/cake flour bukan tepung capsauh tuh yer kalu guna rose flour awk kena tambah b powder 1 sudu teh ok

inabu:kek ini sangat sesuai untuk cup cake.