Negeri Melaka memang kaya dengan sejarah begitu juga dengan makanannya yang beraneka. Antara sejarah yang paling tidak boleh kita lupakan adalah negeri ini sangat masyur dengan heronya iaitu Hang Tuah. Selain daripada itu, makanannya juga unik kerana turut dipengaruhi masyarakat luar negeri maklumlah banyak pedagang singgah untuk berdagang. Macam2lah pengaruh makanannya seperti kaum Portugis, Baba dan Nyonya dan sebagainya.betul kan? Bila sebut negeri Melaka saja, saya sangat tertarik dan menggemari kuih ondeh-ondeh atau nama lain adalah kuih buah Melaka. Walaupun kuih ini berasal daripada negeri Melaka tapi kita mudah mendapatinya di negeri selain negeri Melaka. Terdapat dua jenis kuih ondeh-
ondeh ini iaitu ada yang dibuat dengan warna hijau dan ada yang putih warnanya tapi masih menggunakan gula melaka sebagai intinya. Jika resepi tradisionalnya warna hijau itu menggunakan jus daun pandan yang diperah selepas pandan itu dimesin, tetapi sekarang semua nak ekspresskan apa susah tuang jer pewarna hijau habis cerita! setel keje. Tetapi yang asli itu pasti lebih sedap dan aroma pandannya confirm menusuk kedalam kalbu ahak! kalau nak lagisenang, tak payah letak pewarna! lagi mudahkan?. Bukan apa kalau letak pewarna nih leceh sikit sbb nak kena uli betul2 sampai sebati. Silap haribulan warna hijau tuh melekat kat tangan. Kalau silap tahun, boleh melekat warna hijau kat pipi plak hahaha. Tapi saya lebih suka jika ondeh2 itu bewarna hijau, nampk cantik. jadi kali ini saya telah menukar sikit fesyen sajian ondeh2 dengan menjadikannya sbagai bubur. Idea untuk menulis resepi ini apabila saya mendapat jemputan untuk menjadi hakim pertandingan masakan BAKAT di Kem Sg Udang Melaka tahun lepas. Saya sangat tertarik dengan idea peserta menjadikan ondeh2 sebagai bubur. Saya cuma mengolah intinya dengan menggunakan buah melaka dan coklat masakan. Jadi jika anda makan anda akan dapat merasai rasa buah melaka dan coklat yang cair jika dimakan panas. Variasi yang baru dan enak saya pasti! Ok apa lagi seperti biasa selamat mencuba lah yer ....

Bahan-bahan A
Ondeh Ondeh
500 gm tepung pulut
250-300ml air
4 keping gula melaka
200gm coklat masakan
sedikit pewarna hijau
Bahan-bahan B
Kuah santan
500 ml santan kotak
300 ml air
1/2 cawan biji sagu
4 keping gula melaka
1 1/4 cawan/secukup rasa gula
Cara-cara penyediaan
- Gaulkan Bahan-bahan A sehingga membentuk doh.
- Potong gula melaka dan coklat menjadi dadu untuk diisi dalam ondeh-ondeh.
- Ambil sedikit doh ondeh-ondeh dan isikan dengan gula melaka dan coklat yang telah didadu. Bentukkan bulat-bulat.
- Rebuskan ondeh-ondeh dalam air yang mendidih sehingga terapung dan boleh diangkat.
- Letakkan dalam mangkuk.
- Untuk menyediakan kuahnya, campur semua bahan-bahan B.
- Masak sehingga sebati dan mendidih.
- Tuangkan kuah ke dalam mangkuk yang berisi ondeh-ondeh dan kacau.
- Boleh dimakan ketika sejuk dan panas.
0 comments:
Catat Ulasan