Pages

05 Februari 2013

Tiramisu halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini saya akan menulis tentang Tiramisu. Makanan yang memang tidak asing bagi kita kerana ia mudah dibeli di mana-mana sahaja. Walaupun ianya disukai dan popular tetapi tidak ramai yang tahu  cerita di sebaliknya. Dan saya percaya tidak ramai juga yang mahu membuatnya. Tiramisu merupakan pencuci mulut yang berasal daripada sebuah restoran yang bernama El Touga di Treviso di negara Italy. Tiramisu bermaksud ‘bawa saya’ kerana resipi aslinya menggunakan kopi espresso yang dicampur dengan alkohol dan disapu pada kek didalam makanan ini. Rasa alkoholnya membuatkan seolah-olah si pemakan dibuai dengan mimpi yang indah di alam khayalan selepas menikmatinya.
Anda tidak perlu risau! walaupun resipi aslinya ada menggunakan alkohol seperti Rum dan Marsala namun kita masih boleh membuatnya dengan tidak mencampurkan alkohol dalam larutan kopi yang kita gunakan. Tiramisu sebenarnya adalah lapisan lady finger iaitu sejenis kek span yang berbentuk jejari.yang diselang selikan dengan krim kastard yang diperbuat daripada keju mascarpone. Kek span itu akan direndam dengan kopi yang bercampur dengan alkohol dan barulah dilapiskan dengan krim kastard yang disediakan. Oleh kerana ia dibuat dengan melapiskan kek itu dengan krim kastard maka ia menyerupai seakan-akan trifle yang biasa. Dengan itu juga ia dikenali sebagai Trifles Italy. Jika hiasan atas untuk Trifles yang asli anda perlu menghiasnya dengan buah-buahan segar  tetapi tiramisu hanya cukup dengan parutan coklat atau serbuk koko sahaja. Tetapi jika anda ingin menghiasnya dengan buah-buahan segar seperti strawberi atau raspberry ianya tidak menjadi masalah. Terdapat pelbagai versi menyediakan Tiramisu ini. Untuk keknya, jika anda sukar mendapatkan Lady Finger anda boleh menggantikannya dengan kek span yang boleh anda buat atau beli sahaja di kedai kek. Tiramisu juga boleh disajikan didalam mangkuk atau gelas jika anda suka. Jadi jika anda menghidangkan didalam gelas atau mangkuk anda tidak perlu memotongnya kerana anda boleh menyenduknya sahaja ketika ingin menikmatinya. Untuk membuat Tiramisu adalah sangat sesuai anda menyediakannya sehari sebelum anda ingin menikmatinya. Ini kerana rasa Tiramisu ini akan sebati bersama kek span anda dan ia menjadi set (mengeras) dan jika anda jadikannya bentuk kek maka ia  boleh dipotong untuk dihidangkan. Jika anda mahu ia cepat mengeras masukkan dalam peti beku sebentar dan kemudian alihkan dalam peti sejuk sehingga ia betul-betul mengeras. Untuk membuat Tiramisu keju dan kek spannya serta adunan kopinya merupakan bahan penting dalam penyediaannya. Untuk resipi yang saya kongsikan ini saya telah mengubah sedikit resipi aslinya untuk memberikan sedikit kelainan dan agar ia sesuai dinikmati semua orang. Jika resipi asli menggunakan kek span vanila tetapi kali ini saya menggunakan kek span coklat untuk resipi ini. Untuk resipi krim kastardnya pula saya menggantikan keju Mascarpone dalam resipi asli dengan keju krim kerana harga keju mascarpone agak mahal. Keju Mascarpone merupakan keluarga keju krim yang teksturnya lembut, halus dan lemak. Rasanya tidak banyak berbeza jika anda menggunakan keju krim walaupun begitu jika anda tidak kisah dengan harga yang sedikit mahal anda boleh menggunakan keju Mascarpone kerana kelainan rasanya pasti memuaskan hati anda. Teknik anda merendam atau menyapu kopi pula adalah penting juga kerana jika keterlaluan Tiramisu anda akan berasa pahit jadi larutkan kopi dengan kadar yang sepatutnya agar rasa pahitnya tidak keterlaluan. Saya hanya menyapukan permukaan kek span coklat yang saya gunakan sebelum melapisnya. Pastikan anda mancampurkan gelatin ke dalam krim kastard dengan sebati supaya semua gelatin larut dalam kastard dan tidak ada ketulan gelatin. Ini penting supaya Tiramisu anda mengeras dengan sekata dan apabila dipotong tidak ada ketulan gelatin yang tidak larut  yang akan anda nampak nanti. Sejukkan dalam peti sejuk supya rasanya lebih enak. Jadi ambillah cabaran minggu ini untuk membuat kek Tiramisu yang saya kongsikan untuk resipi klik disini.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

mdzbeqbwg www.newdiscountlouisvuittonhandbags.com rxtakadhr [url=http://www.louisvuittonhandbagsdiscountsale.com]louis vuitton handbag[/url] vfpqehlhk
livyppajh www.newdiscountlouisvuittonhandbag.com lykzpfmmg [url=http://www.louisvuittonhandbagsdiscountsale.com]louis vuitton outlet[/url] zjmyvnkqv
roowktthx www.louisvuittonhandbagson-sale.com lwlumgxzr [url=http://www.louisvuittonhandbagsdiscountsale.com]louis vuitton handbag[/url] shujbcdgz
edneohxsl www.louisvuittononsaleshoes.com dzgwkqaub [url=http://www.louisvuittonhandbagsdiscountsale.com]louis vuitton[/url] qgopizkqu
jfnkcwxwh www.louisvuittonreplicbagsonline.com higlavgvz [url=http://www.louisvuittonhandbagsdiscountsale.com]louis vuitton wallet for women[/url] veslqbgis