Pages

03 September 2010

Biskut Nestum


PADA minggu ini di ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia saya kongsikan resepi biskut nestum. Dari blog ini ada yang message kat saya  agar saya tepek resepi biskut ni di dalam blog, pasal dia kata dia tak sempat salin resepi sebab surat khabar yang dia duk baca tuh dah dikidnap oleh kawannya ahak. Adus tragisnya!  kesiannn si Maya, sanggup kawan awak larikan surat kahbar itu ya! tapi takper Maya! awak leh salin jer resepi  biskut nestum tuh kat sini !Kepada yang lain yang nak cuba buat biskut sendiri di rumah, selamat membuat biskut ok!.  Tahun nih biskut kat umah tak yah nak tunjuk2 lagi dah, buat jer sendiri! so tahun nih kalau buat biskut sendiri, namakan biskut gentel dan bukan lagi biskut tunjuk2 heheh.

Sekiranya u all tak mahu menggunakan nestum boleh lah digantikan dengan emping jagung atau oat. Pasti ia akan memberi rasa yang berbeza. Oh yer lagi satu mesti korang kompius dengan emplex tuh kan. Emplex tuh fungsi dia nak bagi biskut kita rangup. Emplex ada dijual di sesetengah pasaraya dan mudah didapati di kedai2 menjual bahan-bahan pastri. Tapi dont worry be happy! kalau dah puas jalan2 satu Malaysia tak jumpa jugak dengan cik Emplex tuh hehe, U all leh gantikan aja emplex tuh dengan baking powder. Insyallah naik lah biskut korang tuh dengan tembam dan comelnya heheh.  Untuk membuat biskut atau cookies of course memerlukan kemahiran dan pengetahuan asas tentang cara pembuatannya so U all boleh mendapatkan tip2 asas membuat biskut dengan klik di SINI.


Bahan-bahan



½ cawan gula kaster
1 cawan mentega
1 biji telur
1 camca teh vanila esen
1 ¾ cawan tepung halus@superfine
1 ½ cawan tepung jagung
1 camca teh emplex (boleh digantikan dengan baking powder)
1 cawan nestum-kisar



Untuk hiasan atas



1 kuning telur
½ cawan nestum




Cara-cara penyediaan



  1. Pukul mentega dan gula kaster sehingga hampir kembang. Kemudian masukkan telur dan vanilla esen. Kacau sehingga sebati.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung, emplex dan nestum. Kemudian campurkan dalam adunan mentega, gula dan telur yang dipukul tadi.
  3. Kacau sehingga membentuk doh yang lembut. Sekiranya doh lembik tambahkan dengan sedikit tepung.
  4. Canaikan doh setebal 5-8mm dan terapkan mengikut bentuk yang disukai.
  5. Untuk hiasan, sapukan atas biskut yang belum dibakar dengan kuning telur dan taburkan dengan nestum.
  6. Bakar dalam ketuhar selama 10-12 minit pada suhu 180 darjah celsius atau sehingga biskut menjadi keemasan.

6 comments:

ietams berkata...

nak try la nanti..
tq sharing

IMANSHAH berkata...

saalam, sedap tol tengok,, walau sya tak suka masak, tapi saya suka makan..tahniah blog yang bermanfaat

Tanpa Nama berkata...

I can see that you are an expert at your field! I am launching a website soon, and your information will be very useful for me.. Thanks for all your help and wishing you all the success.

Ruziawati Bukhari berkata...

sedap kuih ni...

ari tu ada baca dalam 1 magazine ni.. x silap jelita cover maya karin.. ada info pasal makanan yg menyihatkan.. suka baca artikel tu.. tq chef!

Ruziawati Bukhari berkata...

lama chef x update blog.. bz ye?

DeeN berkata...

Salam,
Resepi dah sangat okay dah, tp sampai kat sukatan pakai cawan ni yg saya lemah hehe... boleh bagi petua camner nak tau sukatan dia dlm gm, chef Azli? :D
Terima kasih!