Pages

05 Februari 2013

Kek Tiramisu Mudah


Bahan-bahan A

4 biji kuning telur
100gm gula
1 sudu teh esen vanila
500gm keju krim-jenama kraft atau mascarpone cheese
1 ½ sudu besar jus lemon
20gm serbuk gelatin
¼ cawan air panas
300gm krim putar/whipping cream -putar sehingga kembang

Bahan-bahan B

1 biji kek span coklat 12 inci (potong 3 lapisan) / 20 keping lady finger
1 cawan larutan air nescafe/kopi pekat
½ cawan serbuk koko untuk ditabur atas kek


Cara membuat

1.    Untuk krim kastard keju: Satukan telur, gula dan vanila dalam mangkuk yang sesuai, kemudian letakkan mangkuk itu atas periuk yang mengandungi air mendidih (water bath) sambil dikacau menggunakan gegelung besi sehingga kembang. Kacau selalu dengan panas dan pastikan jangan sampai ia menjadi keras. Padam api dan alihkan.
2.    Selepas itu campurkan krim keju atau keju mascarpone dan jus lemon. Pukul sehingga sebati. Larutkan gelatin dengan air panas dan masukkan gelatin itu dalam adunan. Kacau sehingga betul-betul sebati. Kemudian kacau ke dalam adunan keju dengan krim yang telah diputar. Kacau sebati.
3.    Jika anda menggunakan Lady Finger, celupkan dalam bancuhan kopi dan susun satu lapisan dalam mangkuk atau gelas. Jika menggunakan kek span sapukan lapisan pertama kek span dengan dengan air kopi yang dibancuh.
4.    Kemudian letakkan adunan krim kastard keju atas sponge finger itu dan lapisan kek span. Ulang proses mencelup dan melapis ini secara berselang seli sehingga Lady Finger habis dan sehingga lapisan kek yang terakhir. Kemudian bahagian atas sekali lapiskan dengan krim kastard keju.Sejukkan.
5.    Ayak sedikit serbuk koko atas kek dan bolehlah dihidangkan.

2 comments:

ciktie berkata...

Kalau guna kek vanila... Celup dlm air kopi nnt kek tu xhancur ke masa nk pindahkan ke dalam gelas @ bekas tu nnt?

iza berkata...

Assalamualaikum...chef...camner nak dapatkan sebuk gelatin halal?