Ini adalah resipi Kek Blackforest yang pernah saya kongsikan dalam kolumn saya di Utusan. selamat mencuba ok!
Black Forest cake
Bhaan Kek:Bahan A
250 gm chocolate sponge mix (kek span coklat segera)
250 gm telur
60 gm air
Bahan B
62 gm minyak jagung
Bahan inti:Bahan A
1 tin dark pitted cherry
300 gm krim putar non dairy (topping cream)
Krim coklat: Bahan B
50 gm coklat masakan
40 gm susu segar
250 gm chocolate sponge mix (kek span coklat segera)
250 gm telur
60 gm air
Bahan B
62 gm minyak jagung
Bahan inti:Bahan A
1 tin dark pitted cherry
300 gm krim putar non dairy (topping cream)
Krim coklat: Bahan B
50 gm coklat masakan
40 gm susu segar
Bahan Hiasan
12 biji ceri Maraschino
200 gm coklat urai
200gm coklat masakan yang diparut
Cara membuat- Untuk membuat sponge kek, pukul Bahan Kek (Bahan A) dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga naik gebu.
- Kemudian, masukkan bahan B (minyak Jagung) dan gaul sebati.
- Tuang dalam acuan kek bulat bersaiz 9 inci. Bakar dengan 180 darjah Celsius selama 40 - 45 minit atau sehingga kek masak.Biar sponge kek sejuk dan potong kepada 3 lapis.
- Pukul krim putar sehingga gebu. Simpan dalam peti sejuk.
- Untuk membuat Krim Coklat, cairkan bahan B (coklat masakan dan susu) atas api. Sejukkan.
- Setelah semuanya siap proses seterusnya adalah untuk assemble kek ini iaitu,anda perlu sapukan lapisan kek yang pertamadengan air sirap buah dark pitted cherry. Air sirap ini boleh anda dapati apabila membuka tin buah pitted cherry ini. Ini akan melembabkan lapisan kek anda.
- Kemudian sapu nipis krim coklat yang telah dibuat.
- Selepas itu sapukan pula dengan krim putar atas lapisan coklat yang telah disapu pada kek tadi.
- Susun dark pitted cherry,selepas itu tutup dengan krim putar dan sapu rata sekali lagi.
- Kemudian ambil lapisan kek kedua dan tutup lapisan kek pertama tadi. Ulang proses yang sama seperti yang telah dilakukan pada lapisan pertama tadi.
- Habiskan proses yang sama sehingga lapisan kek ketiga.
- Selepas habis proses melapis untuk semua lapisan kek,anda perlu sapu krim putar di seluruh kek.
- Hias coklat urai nipis di ditepi kek.Paipkan krim putar bulat di atas kek.
- Hiaskan juga di tengah kek dengan coklat masakan yang di dihiris nipis. Akhir sekali susun buah ceri Maraschino di atas krim putar yang dipaip.
1 comments:
adeh! pening nak baca cara nak wat nye... ble btol kan balik?? hehheheh tQ...
Catat Ulasan