Pages

17 Oktober 2012

Pemblogger boleh dapat duit!

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olssss! Sudah2 sudahlah dengan Cerita Korea aku tuh kan? dah berzaman dah jadi pekasam dah, duk sama jer post tuh tak ubah2 . Dah takde idealah tuh!?? hello... bukan takde idea ok!  cuma kemalasan jer hehe.( Eh bukan cam sama ker? hehehe) lagi pun takde sapa yang rindu kat I nih so takde lah mak jemah nak mengupdate blog nih hehe. Tetiber mak jemah jadi emosenel sangat nih kenapez? haha hehe. Tapi tidak untuk post kali ini, entah kenapa tiba-tiba diri menjadi rajin! sebenarnya bukan apa, teman nih merajinkan diri nak mengepose sebab teman nih ada talk hari nih nak bagi, kena cakap pasal tulis blog. Entah anak murid sapa yang duk gatai2 duk menjemput aku bagi talk pasal macamana nak mengenerate income dari blogg nih! sapa lah cikgu dia nih?!  haha ya ampunnn! hehe. Hellooo aku nih takde lah  kaya raya ngan berbblog nih! apsal kena panggil pakcik yang tak berapa kayo nih nak bagi talk pasal macamana nak menjana kekayaan dengan berblog! hahaaha. Tapi FYI! teman pernah lah dapat duit gak ngan berblog NIH hehhe. Well boleh lah kongsi sikit2 ilmu didada nihkan! Ish sebenarnya berbloging nih memang boleh buat duit ok! Dengan berbloging nih macam2 kita boleh jual. KO baca jer cerita mak jemah hari nih pasal macamana nak buat duit dengan blog haha (tetiba mak jemahkan? geli dudee!!). Well sepanjang menjadi pemblogger nih saya akan share kan lah apa yang saya tau ok!
        Dengan blog nih kita bebas untuk memasarkan produk apa yang kita nak jual dan cerita apa yang kita nak jaja tanpa  batasan. Hello... tapi dengan tatasusila yang betullah kan? kang aku kata tanpa batasan kang habis korang langgar batas2 agama plak nantikan?. takmohlah macamtuh. nauzubillah! Maksud saya  kan cam gini, pertama nya apa yang korang nak sampai kan tuh akan sampai ke seluruh dunia tanpa korang perlu nak memarketkan produk dan post2 cerita korang tuh kat tempat yang jauh dari korang seperti kat US ker kat London ker kat Congo malah sampai ker Bangla pun boleh! Dengan serta merta lagi ok! tapi dengan syarat blog kita nih mestilah mudah orang nak cari dengan cara kita boleh register dalam google. So bila orang klik boleh lah sampai info korang tuh pada mereka dengan mudah. Lagi satu mengkonectkan blog dengan twitter atau dalam muka buku pun salah satu cara leh mengembangkan network blog kita. Jangan dalam talam dua muka sudah lah!. Dengan twitter dan Facebook kita akan melebarkan lagi urusan perniagaan kita. Baru lah lagi banyak pelanggan kita!
       
   Ok kita juga boleh subcribe beberapa syarikat pengiklanan untuk memaparkan iklan dalam blog  kita. Caranya senang jer, korang register kat mana2 syarikat yang ada offer iklan untuk dipastekan dalam blog korang. Syaratnya senang jer korang kena lah paste kod yang diberi. Untuk dapat income pun senang lagi banyak orang pergi kunjung le blog kita dan banyak orang klik iklan yang dipaparkan lagi banyak wang akan kita dapat. Banyak syarikat yang mengoffer khidmat pengiklanan seperti google adsence, nuffnang, bivertiser. Setakat nih di blog saya, saya cuma subscribe 2 syarikat pengiklanan iaitu nuffnang dan bidvertiser. Tip nya mudah sahaja anda kena rajin mengupdate post setiap masa. Jika ada pelbagai isu yang boleh membuatkan lagi ramai orang pergi ke blog anda lagi bagus! sebab lagi banyak iklan akan muncul dan lagi ramai yang berpotensi untuk klik iklan yang dipaparkan. Jadi cerita anda takde lah boring kan! macam cerita mak jemah nih ha (curlass tak) tetiber angkat periuk sendirik kan? ha kau buat lah cita gossip retis ker gitu! mesti berduyun duyun pi blog ko! ( teman ada cadangan! buat lah cita2 Gossip teman ngah bercinta ngan neolofa ker ngan fazura ker atau lain retis2 yang hot2? wakaka... cadangan? macam nak muntah kan? hahaha.  

      FYI jugak, Korang boleh cari and subscribe advertising site for blog korang kat link nih ok! nah hambik kau! http://www.hongkiat.com/blog/sites-that-pays-you-to-blog/ , http://blogoola.com/blog/list-blog-advertising-opportunities-bloggers/
Baiklah, lagi satu di dalam blog, jika anda membuat perniagaan online seperti menjual tudung ker, jual jamu ker jual kek ker waima menjual diri macam teman nih sekali pun ( ini jerlah yang mampukan? hehe,  anda perlulah menyediakan informasi yang lengkap kerana informasi yang tidak lengkap akan membuatkan potential customer anda akan lari kerana sukar untuk menghubungi anda. Ok lah rasanya cukup lah kot tip2 yang teman bagi bagaimana nak berblogging dan mendapat duit dari blog yang penting kita kena lah kreatif, menulis dengan beretika dan rajin mengupdate blog kita so duit akan mashyukkk jerlah cam air terjun hehe . Sebenarnya topik hari nih dah macam lari plak dari  topik yang biasa teman tulis tapi tak mengapa saya tetap nak mengeshare resipi hari ini supaya image saya berbloging tidak lari dari yang kenbiasaan. Cubalah resipi pasta marinara saya nih yang pernah keluar dalam majalah Saji bulan Ogos lepas! Selamat mencuba resipi nih dan selamat berblog!


Spageti marinara
Bahan-bahan
300gm spageti yang telah direbus
3 ulas bawang putih-cincang halus
½ biji bawang merah-cincang halus
1 sudu kecil  thyme kering
1 sudu kecil oregano kering
70gm udang harimau-buang kulit dan bersihkan
60gm sotong-bersih dan potong kecil
6 keping kepah separuh cengkerang
1 tin(422gm) tomato puri
4 biji (400gm)tomato merah-direbus sebentar , buang kulit dan dadu kasar
1 cawan air
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada hitam kisar

Cara membuat
  1. Tumis bawang putih, bawang merah  sehingga layu kemudian masukkan thyme dan oregano. Kacau sebentar.
  2.  Masukkan semua makanan laut dan tumis sehingga masak. Masukkan buah tomato, tomato puri dan air dan kacau sehingga pekat.
  3.  Perisakan dengan garam dan alda hitam.
  4.  Tuang kuah marinara atas spageti dan sedia untuk hidangan.

2 comments:

ietams berkata...

Tenkiu mak jemah..
Tetiba jadi mak jemah pula awk ni yer..
Kekekeke...

mimi amylea berkata...

friend la ngan i.