CENDANAS? ha mesti ada yang garuk kepala coz tak pernah dengar juadah nih kan. hehe. Sebenarnya Cendanas tuh singkatan untuk cendawan dan nenas so jadilah cendanas hehe. Alah ingat penyanyi ngan pelakon jer nak nama glamaour. Latifah jadi Letty, Zabedah jadi zebby haha. Cam gitulah. Makanan pun nak ada nama glamour gakkan? baru ada kelas dan selera nak makan hahaha. Baiklah sebenarnya menu nih saya reka2 jer dalam kelas comercial saya. Rasa sos nih sedikit manis2 dan masam2. Kalau u all dah naik buhsan dengan ikan tiga rasa apakata cuba Ikan siakap cendanas nih pulak hehe. Selamat mencuba!
Pages
▼
31 Mac 2011
29 Mac 2011
Kek Kacang buah pinggang
KADANG2 bila kita dapat resipi, kita kena kaji dulu sama ada resipi itu lojik atau tidak. Kalau tak pun kita kenalah pandai2 ubah kalau resipi yang kita buat tuh tak jadi! bab2 tak jadi nih mesti u all semua dah naik kejang nak layan sebab pernah terjadi kepada batang hidung sendiri kan? Orang kata jgn mudah putus asa. Kalau tak jadi tuh jgn lah patah semangat. Memasak nih perlu berani dan kreatif untuk mengelakkan daripada benda2 tak jadi nih berlaku. Kesiankan? dah buat tak dapat plak nak ngap kan. Dahhhh kempunan. Macam tuh jugak saya, kadang2 tuh gatal gak tangan dan tekak nih nak cuba resipi baru. Selalunya resipi kat internet dan majalah serta kat bukulah yang menjadik mangsa keadaannya. Macam resipi kali inilah yang saya dapat daripada majalah. Asalnya resipi apam kacang merah Sarawak tapi guna 10 biji telur putih? banyak giler! sebab tuh saya cam kurang yakin nak terus menggunakan resipi asal; tapi saya ubah kepada kek, jadiklah kek kacang buah pinggang.
Bukan apa, niat di hati nak lah merasa apam kcang merah Sarawak tapi naluri nih kata cam tak jadi jer kalau saya buat resepi nih, pastuh guna sampai 10 biji telur putih lak, konfirmlah rugi telur kuning tuh jadi untuk lebih menjimatkan dan tidak membazir maka saya jadikan resipi ni menjadi kek. Mintak maaf lah pada empunya resipi coz saya telah memandai-mandai sendiri mengubahnya daripada genre apam ke genre kek. Jadi cubalah genre kek saya kali ini yer!
28 Mac 2011
Lepat pisang sagu sabar jerlah!
Selama kerje jadi lecturer nih macam2 pengalaman saya dapat. Pengalaman terbaru yang tak boleh saya lupa bila minggu lepas dalam kelas komersial pastry ada dua orang pelajar dari wakil kelas budak degree masuk kelas pastry. Dua2 dari Sarawak. Menu yang dia orang patut buat adalah salah satunya pengat pisang. Oleh kerana saya ada hal yang perlu saya buat saya keluarlah sebentar selepas arahan kerja apa yang patut diorang buat telah saya explainkan. Saya fikirkan pengat pisang adalah makanan yang bukan pelik dan baru kat bumi Malaysia nih tapi sangkaan saya meleset giler bila saya balik ke kitchen saya tengok minah sarawak nih tengah duk baik melenyek pisang nangka yang dah saya order. Ya Allah pitching darah saya terkeluar daripada otak bila budak sarawak nih S bukan nama sebenar (terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan negara haha) buat cam tuh.
26 Mac 2011
Kek Keju Labu
KEK keju labu yang saya buat ini menggunakan labu yang direbus dan dilenyekkan. Rasa manis daripada labu memang sesuai digabungkan dengan kek keju. Kira cam lagu Stacy tuhlah bergabung dan meletup! yeahh! haha. Bila ada yang makan kek nih mereka macam pelik. Katanya idea baru. Tak sangka pulak labu leh buat jadi kek keju yer katanya lagi. Eh taklah ini menu lama! aku lagi tak sangka sebab hangpa tak pernah makan kek keju labu, kata aku kat depa haha Opss. Terlazer pulak!
Yelah, betulah tuh bukan semua benda kita pernah try makan kan kan kan? termasuklah saya nih ha. Baiklah pada mereka yang tak pernah makan kek keju labu ha inilah masanya! tak reti2? duk jamu mata jer apa yang dapatkan? Buat dan jamu tekak anda, mesti layan! P/s teringat kat kampung labu dekat dengan kampung saya. Camana yer nama kampung tuh leh jadi kampung labu? hmm renung2kan dan selamat beramal!
25 Mac 2011
Salad Romaine bersos tomato
Lagi hidangan sihat! Apa?ada yang mengeluh? pasal apa cik oii? meh cecita sikit hehe. Nih mesti kes hangpa tak makan sayur mentah nihkan? Ingat kambing!. Alah apasalahnya demi kesihatan yang berpanjangan, belajaq2 lah makan sayur dik oi hehe. Cecuba rasa dulu mesti lepas nih jatuh cinta dengan salad. Menu kali ini sangat senang nak buat. Beli jer daun salad Romaine nih (sebut betul2 yer, bukan romen ok!) kang jadi cam pelik jer nanti haha. Biasa salad jenis Romaine sangat popular dibuat Caesar salad.Kali ini saya tak guna dressing biasa tapi buat dressing tomato yang dicampur dengan mustard. Saya taburkan dengan parutan keju parmesan untuk menaikkan lagi rasa dia. Rasa rangup daripada daun salad nih memang membuatkan kita asyik menikmati salad nih tau! Hidangan ini sungguh ringkas dan tak leceh dan pening2 kepala. koyak2kan salad nih. Susun, tuang sos dia dan taburkan sahaja dengan keju parmesan yang diparut! senang tak puan-puan dan tuan-tuan. Ha tunggu apa lagi kalau senang, jom lah buat!
Kulit Tart/Sugar crust/Tart shell
KALI ini saya kongsikan bagaimana hendak membuat kulit pai. Walaupun sebelum ini ada post resipi kulit tart yang telah saya kongsikan. Banyak term atau panggilan yang digunakan untuk resipi kulit tart ini. Ada yang memanggil sugar crust, tart shell dan pai shell dll. Apa2 apa pun kulit pastry yang diperbuat daripada mentega, tepung dan gula ini mudah dibuat jika tahu tekniknya. Doh jangan terlalu lembik atau keras. Teknik memasukkan air adalah paling penting jika terlalu banyak air nanti doh akan lembik dan jika dibakaria tak jadi rangup kalau terkurang air keras pula nanti. Apa2pun kita kena pandai mengagak dan selalulah praktis, sure anda akan tahu konsistensinya nanti. Resipi ini boleh digunakan untuk membuat sebarang tart dan pai!
24 Mac 2011
Terung bakar
TERUNG selalu dibuat goreng, selain daripada tuh terung selalujugak digunakan dalam masakan berkuah seperti masak asam pedas. Betul tak? Kalau cakap bab terung nih, saya suka sangat kalau terung nih dibuat paceri sebab rasa dia sedap. memang masyukkk! Baiklah kali nih apakata cuba terung bakar bersama daging yang disumbat. Menu nih sebenarnya adalah salah satu menu sumbangan saya untuk majalah I sihat keluaran bulan Mac 2011. Konsep menu yang saya sajikan untuk collumn menu sihat di majalah ni adalah Bakar. Semua makanan ala2 bakar lah! Hari tuh bila saya buat 6 menu, semuanya bakarr jer. Sampai mak saya complain "Hari nih kita makan takde kuahlah yer azli oi!" saya pun menjawab, mak hari ini kito takdo kuah lomak-lomak mak, ari nih kito makan lauk sihat! hehe. Makanan yang dibakar memang sihat tapi kena tengok juga bakar yang macamana, kalau u all buat menu bakar ala2 bbq yang dibakar atas api arang alamatnya memang tak sihat yer sebab karbon yang terhasil merupakan sumber karsinogen yang menyumbang kepada kanser (alah benda hitam2 cam arang kat makanan yang korang bakar tuh!). Jika buat BBQ yang bakar2 nih eloklah sediakan sekali dengan sayur sayuran segar supaya dapat meneutralkan balik karsinogen yang kita duk telan tuh. Oklah rasanya cukuplah sesi kesihatan bersama Dr tak jadi Azli Razali kali ini hehe. Kang banyak2 sangat kuliah kesihatan kang hilang pulak selera makan korang nantikan?. Baiklah semoga post saya hari ini dapat menaikkan nafsu dan gelora selera makan anda. Selamat mencuba! p/s teringat dialog usop dalam filem hantu kak limah "Kita bako dia!" ahak!
23 Mac 2011
Kek kukus
SALAM hari Rabu. Pagi nih dapat email dari saudari Farah Faisol, dia minta saya uploadkan resipi kek kukus yang dah saya keluarkan dalam Utusan bulan lepas. Saya pun pelik binti ajaib gak, rasa macam dah upload tapi rupa2nya belum (termalu sekejap hikhikhik!@) sabar jer lah Farrakan? Tapi terima kasihlah sebab meronda ronda dalam blog saya nih mencari resipi tapi tak ada. Tapi demi tidak menghampakan harapan dan perasaan Saudari Farah nihkan hehe saya uploadkanlah resipi kek kukus nih. Kalau nak tau lebih lanjut tentang artikel resipi nih cekit out artikelnya ngan klik jer kat sini. At least tahu sedikit tentang infonya! ps! sekarang nih famous tul kek kukus polka dot dan macarons yer. Makanan2 memang ada musim nya erk! hmmm apa lagi cuba lah resipi nih!
22 Mac 2011
Cookies Sultanas
BILA saya buat cookies nih masa time buffet hari tuh. Ada dua tiga orang teman cakap rasa dia macam cookies kat Subway cafe. Teman pun jawab yeker? hmm tak pernah pulak teman keje kat sana or makan cookies dia kat sana. Jadi response klise saya cuma berkata iyeker? hehe.. Baiklah pada mereka yang nak mencuba cookies memang senang sangat. Tak payah terap2 tapi apa yang anda perlu buat adalah ambik sudu dan tenyeh jer kat atas dulang. Cookies nih jenis drop cookies. Resipi asal menggunakan raisin atau kismis tapi saya tukarkan pada sultanas. Rasa dia tak terlalu rangup sangat tapi rasa chewy dan sedikit crispy jer. Jadi buatlah dan simpan dalam bekas kedap udara. Leh makan masa boring2 tengah keje ker, masa buat assingment ker or masa tengok tv ker. Tapi kalau makan sambil minum ngan kopi lagi layan. Buatlah kopi janda ker? Kopi janda! bukan nak menggoda, tapi nak berniaga ahak!
21 Mac 2011
Pavlova
SEBENARNYA saya tak pernah teringin nak buat Pavlova sehinggalah saya makan dan rasa kesedapannya semasa kelas komersial kat sini. Cik Puteri teman saya tuh yang buat masa kelas dia. Aduhh manisjer rasanya semanis tuan yang membuatnya, opss kang tak pasal kena makan parang ngan pakwe dia kang hahha. Ya ampuun. Tapi serius memang sedap. Ia rasa
20 Mac 2011
Cendawan bakar berinti
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang mendrop by kat blog saya. Amacam hari ahad anda? apa plan hari ini? semalam kebanyakan tempat hujan, harap2 cuaca hari ini cerah dan baiklah. Jadi siapa yang ada urusan boleh lancar urusannya! Baiklah seperti biasa apa lagi,kongsi bahan makanan lah. Teman nih dah takde koje lain. Bila bab post jer mesti nak post cita makanankan. Yelah apalagi bahan yg nak dikongsikan, tak gitu? Baiklah, bebel2 jugak, hari ini teman nak kongsi bahan makanan yang agak special jugaklah. Cendawan bakar berinti. Yang nih saya cilok dari kelas teman sekerja teman Nurina nama dia. Bila saya makan aduhh mashukkk! sedap! Untuk anda yang nak buat benda nih, benda paling penting kena ada kat rumah adalah oven, kalau takde oven kena lupakan hajat nak buat. So kalau nak buat, kenalah pi wusha oven dan beli lah sebiji. Alah beli lah yang harga ciput tuhkan! Senang nak buat kek ker, nak buat biskut ker dan apa2 makanan yang dibakar! makanan nih boleh dijadikan lauk sampingan atau dimakan begitu sahaja sebagai snek. Jadi apa lagi kalau rasa2 nak ganti goreng pisang untuk minum petang, anda semua leh lah buat menu cendawan bakar nih! Selamat mencuba!
19 Mac 2011
Udang goreng Guacamole
Asyik2 cicah ngan cili sauce, lau tak cili sos biasa, dengan sos cili thai. Gitulah kalau dah makan udang atau sotong goreng tepung. Kali ini saya kongsikan udang yang digoreng dengan bread crumb atau nama glamernya serbuk roti. Tapi menu ini saya buat jadi appetizer (first course) ala2 mexico, udang yang dicicah dengan guacamole. Sebenarnya guacamole nih adalah dip atau pencicah yang orang latin terutamanya org Mexico yang gemar makannya bersama nachos atau sayur. Selain daripada tuh, guacamole boleh dijadikan spread pada roti! Ia diperbuat daripada buah avocado yang telah masak! Rasa dia creamy atau berlemak tapi memang enak dowh! Walaupun sudah menjadi kebiasaan kita bila makan udang goreng dengan sos cili tapi untuk satu kelainan apasalahnya sesekali kita tukar citarasa betul tak? (baik korang setuju kalau tidak aku bakor nanti haha). Buat udang goreng nih sangat mudah. Anda hanya perlukan breadcrumb untuk menyalut udang. Camana? sudah bersedia untuk satu kelainan pada
16 Mac 2011
Black pepper sauce/Sos lada hitam
SAYA mendapat banyak pertanyaan dan permintaan macamana nak buat black pepper sauce yang sedap dan mudah.Ramai yang suka makan stik atau barbecue tapi tak tahu macamana nak buat blackpepper sauce.Kadang2 saya tengok macam 2 version blackpepper sauce yang keluar. Memang agak leceh kalau nak buat blackpepper sauce yang ori sebab proses merebus dia tuh yang panjang. Untuk buat sos ni yang ori, kita kena sediakan stok perang dulu, pastuh dari stok perang kena buat demi glace pulak, then barulah boleh guna demi glace untuk buat black pepper sauce. Hmm macam2 prosesnya! Sebenarnya, kalau nak cari demiglace kat pasaraya, tak semua pasaraya yang jual. Kalau ada pun, kadang saiz dia besar sangat! kalau nak buat catering atau berniaga sesuwe lah besar2kan?. Ini nak guna ciputttt jer. Dah tuh jarang2 lak buat hmm. Oklah ada beberapa brand black pepper sauce yang instant ada kat pasaraya. Well u all kenalah pandai geledah pasaraya tuh ok! antaranya adalah jenama MAGGI yang boleh anda cairkan dan gunakan terus. Jenama lain yang menjual gravy utk steak/bbq adalah seperti Mccormick, u all cuma perlu dilute dengan air jer, pastuh campurkan lada hitam tumbuk macam produk Maggi tadi. Baiklah kalau u all nak gak buat yang original saya kongsikan resipi yang juga telah saya kongsikan dalam Utusan minggu lepas. Anda juga boleh baca artikel pasal blackpepper sauce nih dengan klik disini. Selamat mencuba!
Sos lada hitam,piza
Macam nih lah rutin saya setiap minggu. M endapat soalan dari pembaca dan kenalan, sa ya jawab kat kat Utusan Malaysia, patuh saya publish pulak dalam blog nih. InsyaAlah kita akan mendapat kebaikan bersama kan? Aminnn! ok apa lagi, hangpa semua bacalah soalan minggu lepas dari En Abdullah yang bertanyakan pasal sos lada hitam. Sebenaqnya ada dua soalan yang telah saya hantar dan jawab tapi tak keluar. Mungkin akan dikeluarkan dalam keluaran yg akan datang kot, tapi apa2pun layan jer lah!
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
Tarikh: 4 Mac 2011
Soalan:
SAYA memang minat stik. Saya dah cuba membuat kedua-duanya tetapi masalahnya tentang penyediaan sosnya yang kurang sedap walaupun saya ikut seperti dalam buku masakan. Boleh chef bagi tip yang betul cara membuatnya atau ada bahan lain yang perlu ditambah?
ABDULLAH THANI,
Jawapan:
Sos black pepper menggunakan asas stok iaitu stok perang yang dimasak secara perlahan-lahan sehingga isipadunya menjadi setengah. Stok perang ini kemudian digunakan pula untuk membuat sos perang yang dikenali sebagai demi glace.
Demi glace merupakan konsentrasi stok perang tadi dan digunakan untuk membuat pelbagai jenis sos dan antaranya adalah sos lada hitam (blackpepper sauce). Untuk menyediakan stok perang anda memerlukan tulang lembu (anda boleh juga menggunakan tulang lain selain tulang lembu), lobak merah, bawang merah, seleri, tomato puri, tepung dan herba campuran yang dipanggang sehingga keperangan dan kemudian direbus.
Masa merebus perlulah lama supaya rasa daging dapat diekstrak. Masa merebus boleh mengambil masa lebih dari satu jam bergantung kepada berapa banyak stok yang ingin anda sediakan.
Teknik membakar juga perlu betul. Anda perlu membakar sehingga semua bahan betul-betul menjadi perang gelap tetapi tidaklah sampai menjadi hangus. Hasilnya, stok anda akan menjadi perang gelap. Warna inilah yang diingini dalam penyediaan stok perang. Oleh itu apabila anda menggunakan stok, warna demi glace anda tidak menjadi pudar.
Saya telah mengubah suai sedikit proses dan bahan-bahan yang digunakan agar proses dan masa membuat black pepper sauce menjadi lebih mudah dan singkat. Untuk pengetahuan saudara, saya pernah berkongsi resipi membuat sos piza dalam keluaran yang lalu.
15 Mac 2011
Kek Pisang coklat urai
KALAU dah biasa dengan kek pisang biasa, cubalah kek pisang coklat urai nih. Tak tahu apa bendanya coklat urai tu? ish u all nih. .. Chocolate rice tau? Mesti ramai kenal chocolate rice kan kan kan?Kita tak panggil coklat beras yer? lain bebenor pulak bunyiknya. Bahasa mencerminkan budaya! so kita gunakan coklat urai dalam bahasa Melayu hehe. Bila kek nih masak u boleh rasa ada sikit2 rasa coklat dari coklat urai tuh. Warna dia pun agak gelap pasal coklat urai dah cair. Jadi kalau tak suka rasa coklat anda boleh remove jer coklat urai nih dalam resipi. Selamat mencuba!
13 Mac 2011
Sup Lobak Merah Berkrim
MUNGKIN ada yang pernah baca tip2 macamana nak buat sup krim dalam post saya sebelum ini dan juga dalam artikel saya di Utusan bulan Disember 2010 lepas. wahh dah dua bulan kan? kalau buat pekasam dah boleh goreng dah! kalau buat tapai plak silap2 air dia leh buat tuak (eh haram tuh! manaleh) haha. Saya juga dapat repon2 ada juga yang dah mencuba dan menyukai rasanya alhamdulillah! Baiklah, bukan apa.. bila saya cek2 dalam nih, saya hanya berkongsi tip2 nya sahaja tapi tidak resipinya, jadi apa kata kali nih saya kongsikanlah resipinya. Pada mereka yang terlepas mengambil resipinya. Takper! di sini ado ajo dan kalau nak tau tip2 membuat sup krim, klik ajo kat sini yo dan baco! Selamat berhappy happy!
12 Mac 2011
Kek Lobak Merah 2
Ini ada resipi kek lobak merah yang baru! nak cuba? Rasa not bad jugak. lembab2 lembut. Yang penting yummy. Well, ini adalah resipi yang kedua kek lobak merah yang saya kongsikan dalam nih. Anda pilihlah mana satu resipi yang lekat di hati. Bagi saya kedua kedua ada beza dari teksture dan rasa serta warnanya. Ada yang bertanya pada saya camana nak parut carrot nih. Baiklah tuan2 dan puan2, pakcik2, akak2 dan adik2 (Uish banyak bebenor hehe)! Senang je, gunakan pemarut yang agak sedikit kasar lubangnya, jangan gunakan pemarut yang halus lubangnya tuh. Kalau kat pasaraya tuh ada pemarut bentuk empat segi, lebih dikenali sebagai grater. Selalu orang buat parut keju. Yang halus tuh- kurang sesuai digunakan untuk buat kek lobak merah. Baiklah selamat mencuba!
11 Mac 2011
Lengkong coklat
SEBELUM nih saya ada sharekan resipi agar2 coklat dengan anda semua dalam blog nih. Tapi sukatannya semua dalam gram. Saya faham kalau sukatan dalam gram nih ada orang tak suka. Nak2 yang warga2 emas (bukan consider yang makcik2 ker?) opss. tak pasal2 mulut aku kena jahit lak nanti! hehe. Kira golongan2 yang old timer lah gitu maksud saya. Yelah betul gak kalau guna cawan nih senang cuma kurang accurate (tepat)jer sukatannya, tapi masih boleh mendapatkan hasil yang memuaskan!. Kalau guna dua2 sukatan metric nih lagi advantage kan? Cawan reti guna, penimbang pun boleh guna. Apalah salahnya beli jer penimbang. Bukan beribu ribu lemon pun harga nya tak sampai pun 30 hinggit harganya kan? so bakor jer! eh silap beli jer sebiji. Oklah pada u all yang nak membuat lengkong tapi ada cawan jer kat umah. Apa kata cuba lengkong nih atau bahasa sopannya agar-agar hahaha (padahal dua2 sama jer kan?). Kalau nak tau tip masak lengkong bolehlah baca post saya sebelum ini pasal agar2 coklat ok.
10 Mac 2011
Filo gulung bersayur
FILO PASTRY merupakan doh nipis yang diperbuat daripada tepung gandum. Ia akan menjadi rangup apabila dibakar. Strudel epal merupakan makanan yang popular dan menggunakan kulit filo untuk membalut inti epal. jangan keliru ok dengan kulit popiah kerana ketebalannya adalah tidak sama. Filo pastry boleh dibeli di pasaraya. Apabila menggunakan filo pastry ini pastikan ia tidak terdedah kepada udara terlalu lama kerana dikhuatiri ia akan kering. Baiklah kali nih cubalah makanan ini yang saya dapat daripada student Perhotelan semasa saya sekodeng (ish3x) dari kitchen ker kitchen dan apabila saya rasa makanan ini agak unik dan rasanya wala!. Boleh tahan sedapnya hehe. Apalagi kalau dah biasa sangat makan popiah kita cubalah makanan yang ala2 popiah nih. Jom kita main gulung filo pastri ahak! Ohyer kalau susah2 sangat nak carik filo pastry nih u all guna jerlah kulit popiah tapi pakai inti yang nih! habis citakan? Selamat mencuba!
09 Mac 2011
Cream Puff
UUU lala lala! Ini adalah antara favorite dessert saya. Cream puff. Dibuat daripada choux paste. Resipi ini saya kongsikan dalam DDAR di Utusan minggu lepas 4 Mac 2011. Dalam jawapan saya saya kongsikan tip-tip membuat cream puff, so kalau nak tau lebih lanjut tipnya leh klik artikel ini. U all leh buat apa2 bentuk yang anda suka. Terpulanglah nak buat apa2 janji hati sukakan. Jangan lah buat bentuk yang bukan2 dan tak leh diterima selera! kang ada pulak yang buat bentuk gajah ker kambing ker! kan tak sesuwe tuh namanya! Buat terbeliak biji mata jer nanti. Apalagi cubalah resipi nih. Makan masa sejuk2 memang sedap! Silap2 boleh jadi histeria sebab sedap sangat haha (nampak sangat membohongnya! kan?)
Tip cream puff
Oh my! oh my! oh my. ada yang bertanya apa sudah jadi dengan kolum saya di Utusan Malaysia (Dari Dapur Azli Razali). Terus terkedu tak boleh nak cakap apa dah. Im soryy...! sebenarnya saya terlupa nak email artikel saya kat editor kak Siti di Utusan walaupun saya dah siapkan artikel tuh awal2. Well things happen sekali lagi hamba minta maaf atas kekontroversian yang tak berapa kontroversi tuh dan dah membuatkan pembaca2 setia Utusan pending! Alhamdulillah Im back in my collumn as usual! Jadi kali ini saya nak kongsikan soalan yang telah ditanya oleh dua pembaca Utusan yang telah bertanyakan soalan untuk saya jawab dalam kolum itu. Jadi u all! bacalah soalan mereka ini.
Artikel dari Dapur Azli Razali
Akhbar:Utusan Malaysia
Resipi: Klik disini
08 Mac 2011
Umai Bronok
Ko ada apa2 program hujung minggu nih tak? Tanya seorang teman sekerja saya, Chef Rahman namanya. mmm.. pantas jer saya jawab tak ada, pastuh saya tanya kenapa? Dia membalas.. Ko nak join trip budak2 under kelab rekreasi pi Pangkor tak? ko takyah bimbang pasal benda lain, bawak badan dan baju jer.. Katanya lagi. Eh! sapa taknak pi jalan2 freekan? Pas tuh ada BBQ pulak lagi, sambil tuh leh mandi manda laut hehe. Leh jugak release tension walaupun tak tension manapun keje nih hahaha. Selain dari tuh dapat sedut udara baru kat tempat lain . Dalam masa yang sama dah tebayang bayang nak beli sotong kering dah kat jeti Lumut haha.
07 Mac 2011
Sup lada benggala dengan jagung
ALHAMDULILLAH! saya suka dengan kerja saya sebagai pensyarah. Bukan apa boleh jadi CSI! main cuba2 resipi hehe. Pas tuh leh tepek kat dalam blog. Orang kata sambil nyelam tangkap ikan haha. (cam salah jer peribahasa nih) Ha! kali nih saya dah membuat cubaan CSI membuat sup yang diperbuat daripada lada benggala (sebut betul2 !) sat lagi ada yang tersebut benda lain. Tak pasal2 jadi isu kerakyatan plak hahhaa. Oklah sup nih memang cair dan warna dia kuning pasai saya guna banyak capsicum warna kuning. Kalau u all nak sup nih warna merah, letaklah semua lada benggala yang berwarna merah jer. Satu tip penting bila buat sup nih ialah masa u all roastkan capsicum nih. Make sure roast dia sampai kulit dia burn sikit . Pastuh u all masukkan dalam plastik dan ikat plastik tuh bagi beruap. Ini akan memudahkan kulit dia untuk dikupas. Makanlah sup nih dengan crouton atau roti perancis.
06 Mac 2011
Sos halia mastard
Sos boleh menambahkan rasa sedap pada makanan tuh. Itulah antara fungsi sos bila kita makan sesuatu makanan tak kira lah dibakar, dikukus dsbagainya. kalau buat ayam bakar or ikan bakar cicah dengan pencicah tertentu comfirm meleleh punya lah wa cakap luuu heheh. Kali nih saya nak kongsikan sejenis sos yg bukanlah pelik tapi mungkin ada sesetengah dari u all baru first time mendengar atau mungkin ada yang tak pernah rasa sos nih. Sos nih menggunakan basic brown sauce atau demi glace, u all boleh beli di pasaraya. Kalau takde, cari jenama mccormick yang ada tulis gravy tuh. Larutkan dengan air campur jer. Cepat pun cepat! Sos ini sungguh enak dimakan bersama ayam panggang , apa lagi hujung2 minggu nih moh buat barbeque! camana? sempoi tak idea saya nih? makan plak dengan sos yang saya kongsi nih. adoiii! best giler!
05 Mac 2011
Kek yogurt dengan plum
Kek plum nih memang sedap rasanya, lembut dan lembab. Rasanya sedikit masam2 sebab menggunakan yogurt! Anda perlu sejukkan dahulu kek ini supaya teksturnya menjadi padat dan lebih senang dipotong. Kalau tak sabar, boleh jer potong lepas masak! no problem punyo! haha. Tuh kalau tak tahan sangatlah nak makan kan kan kan? Apabila masak buah plum ini , pastikan buahnya tidak terlalu lembut. Nanti hancur! jadi jem pulak nanti. Kalau anda suka nak rasa buahnya apabila anda menggigit kek ni, masaklah buah itu sebentar sahaja. Jika anda tidak mahu menggunakan sparkling wine, anda hanya perlu masakannya dengan air gula sahaja. Tapi saya lebih suka rasa sparkling wine tu sebab dia memberikan aroma dan rasa yang best! Selepas merebus, jangan lupa keluarkan rempah kayu manis, bunga lawang dan cengkih tuh. Nanti tergigit potong stim jer nak makan kek nih hahaha. Ok selamat membaking! ahak!
04 Mac 2011
Sotong goreng tepung
Alah... siannya dia! lepas baca message Tini dalam shoutmix nih. Jatuh kesian pulak saya. Katanya puas dia mencari resipi sotong goreng tepung nih dalam blog saya, tapi tak jumpa2. Mana nak jumpa Tini oiii! sebab saya tak postkan lagi resipinya. Oklah Tini, abang datang memberi bantuan! cewah! (ayat gelis) haha. Sebenarnya bukan apa, saja jer nak wusha market! rupa2nya ada juga yang berminat nak resipinya ya. Maaflah Tini, sebenarnya saya terlupa nak tepek resipi dalam nih. Apa2pun saya minta maaf kerana keterlekaan saya telah menyusahkan anda. Mesti habis semua label dah awak kelebek kan? silap2 dari tahun 2009 punya post pun dah duk awak selak2, tapi masih tidak berjumpakan?. Nah copy dan pastelah resipi ini. Selamat mencuba!
Bava cotta with chocolate sauce
Adoi! lain yang dirancang lain pulak yang jadinya. ha nih nak gossip sat. Bukan apa gossip baiklah bukan tak baik punya tau ! haha. sebenarnya saya merancang nak buat bavarian cream dalam kelas komersial saya, entah macamana method yang saya gunakan tersalah. Maklumlah kadang2 dah terkelam kabut cam ginilah jadiknya. Method yang saya gunakan untuk membuat bavarian sebenarnya perlu memukul cream terlebih dahulu sebelum dicampurkan dalam adunan telur tuh tapi saya telah menggunakan method membuat dessert Pana Cotta yang dimasak susu dan cream. Apa nak cita benda dah jadi. Nasib baik rasa dan teksture dia menjadi. Gelabah jugalah mula2 tapi berk at gabra proof yang saya gunakan alhamdulillah dessert nih menjadi. Saya tidak menamakan dessert nih sebagai bavarian cream tapi menamakannya sebagai Bava Cotta sebab saya dah menggunakan resipi bavarian cream tapi dalam masa yang sama saya membuatnya dengan menggunakan method membuat panna cotta. Cam komersial pulak teman rasa nama Bava Cotta nih! tiada di pasaran lagi tau ahak!
03 Mac 2011
berry mousse
Mesti ramai suka makan buah berry kan? Tk kiralah strawberi ker, raspberry ker, blue berry atau lain-lain buah berry. Buah berry memang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Antaranya kaya dengan sumber anti oksida, mengandungi sumber vitamin C dan macam2 vitamin yang ada dalam buah berry nih. Cuma harga dia sedikit mahal tapi masih lagi mampu untuk dibeli lah. Baiklah, Mousse yang saya sediakan ini menggunakan campuran buah2han strawberry, dan blueberry sahaja. Kononnya saya nak campurkan buah raspberry tapi bila order raspberry tak sampai pulak jadi cam sedih sikitlah hehe. Tapi apa2pun walaupun menggunakan dua jenis buah berry, rasanya tetap sedap sehingga menjilat sudu tau. Silap2 mangkukpun kena jilat haha. Mousse ini perlu di sejukkan kerana ia lebih sedap dimakan! Selamat mencuba!