Pages

16 Disember 2010

Ikan taucu dengan terung

TAUCU sungguh sedap apabila dimasak untuk lauk pauk yang bergoreng atau kukus. Menu ini saya fikir anda sudah biasa menikmatinya bukan?  Banyak sahaja restauran yang ada menyediakan menu ini. Tapi saya tak kira saya nak share juga dengan pengunjung blog saya ini menu yang memang saya juga gemari. Untuk lauk ini saya menggunakan ikan selar. Tapi anda boleh menggunakan sebarang ikan yang sesuai dengan selera anda seperti ikan kembung, siakap atau lain-lain jenis ikan yang sesuai. Saya gandingkan masakan ini dengan terung yang digoreng. Kalau takde terung anda boleh gunakan timun sebagai ganti.nak cekup nasi putih jer hehe. Tip memasak lauk yang menggunakan taucu adalah pilih taucu yang tidak terlalu masin. Kalau boleh taucunya janganlah terlalu hancur nanti makan tak sedap sebab tak boleh rasa taucunya sebiji-sebiji. Lagi satu tak perlu tambah garam dah, sebab taucu dah masin. Nanti tak pasal-pasal kena serangan darah tinggi pula sebab terlebih masin hehe. Ikan masak taucu ini adalah lauk yang simple tapi menyelerakan. Selain itu ia mudah disediakan. Macamana dengan anda? suka? apa lagi, kalau suka buatlah sendiri menu ini dirumah ya!
 Lauk nih dah cukup dah nutrientnya sebab ada sayur  yang mengandungi vitamin dan mineral selain protin. Tinggal

Bahan A
5 ekor ikan selar
2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
1 biji bawang besar-hiris
5 biji bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris
1 tangkai cili merah-hiris
2 paket kecil taucu
3 sudu sos tiram
1 biji terung panjang-potong memanjang
5 sudu kicap
1/2 cawan air
1 tangkai daun bawang/ atau ketumbar
Sedikit serbuk lada hitam jika suka

Cara-cara penyediaan
  1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam kemudian goreng  ikan dan terung separuh masak.
  2. Tumis bawang, bawang putih dan halia sehingga harum.
  3. Masukkan taucu, sos tiram, kicap dan air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan  lada hitam, ikan dan terung.
  5. Akhir sekali hiaskan dengan cili, daun ketumbar atau daun bawang.
  6. Tutup api dan sedia untuk hidangan.

0 comments: