Pages

Memaparkan catatan dengan label Minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minuman. Papar semua catatan

19 Disember 2010

Strawberry blended/ Strawberi kisar


JIKA bercakap tentang ice blended nih tentu anda setuju Coffee Bean dan Starbuck menjadi pilihan kerana  ice blended coffeenya memang giler KAW! betul? Tapi kali ini apa kata cuba ice blended perasa strawberi pula. Pasti ada kelainan sikit. Yang penting dah boleh jimat 12 hinggit  dan kalau buat sendiri u all leh buat bergelas-gelas! puas hati. Bak kata orang jimat poket jimat belanja! hehe. Namun jika anda membuat ice blended jangan lupa pulak nak mencuci blender tuh betul2. Kalau boleh kisarkan dulu dengan air sabun atau dengan buah2han citrus. Kalau tak cuci nanti tak pasal2 pulak jadi ice blended perasa cili! So apa tunggu lagi cuci lah blender sekarang dan buat ice blended strawberi nih. Selamat mengisar!

15 Disember 2010

Melon licious

MINUMAN ini sangat menarik bagi saya sebab dicipta secara tak sengaja. Pada mulanya saya merancang nak  membuat jus tembikai merah yang dicampur dengan aiskrim soda. Yelah bila buat makan-makan, air kena lah best gak kan? baru layan. Tetapi anak sedara saya yang cerdik2 tuh telah membeli tembikai kuning untuk buat minuman. Aduh apa lagi kena bebel free lah dengan saya. Lain yang org suruh beli, lain pulak dibelinya, pastuh tembikai kuning nih kan biji dia byk! nak mesin ke benda... alih alih terciptalah melon licious nih hahaha. Nama kemain lagikan? Instantly jer idea datang nak buat minuman nih. Cara dan bahan untuk membuatnya sangat-sangatlah mudah! apa yang anda perlu lakukan adalah mencincang-cincang atau melecek-lecekkan tembikai nih. Jangan dimesin yer, biji dia tuh akan rasa pahit pula nanti. Anda boleh  lenyekkan tembikai nih dalam mangkuk dengan  pelenyek supaya jusnya keluar. Nanti apabila dicampurkan dengan aiskrim soda bolehlah terasa jusnya. Walaubagaimanapun, ada cara yang paling cepat, murah dan senang apa lagi RAMASlah. Ada berani? Syyyy... yang nih saya tak bagi tau kat kaum keluarga saya masa tuh tau yang saya dah RAMAS buah tuh. Tau2 depa kata sedap dan air nih habis licin hahaha. Agak mengerikan sikitlah cara nih pasal kena ramas-ramas tembikai tuh kan tapi yang penting depa semua dah minum air tangan saya hahaha.  Slurppp!!!. Kalau nak nampak sopan sikit, lecek-leceklah dalam mangkuk guna gelas plastik or sarung plastik ker so nampak lah bersih sikit ahak!

12 Disember 2010

Hot Chocolate

CUBALAH membuat minuman yang menyegarkan dan mengasyikkan ini. Cara membuatnya sungguh mudah dan bahan-bahannya juga senang didapati di pasaraya. Gunakan chocolate yang gelap dan berkualiti mutunya supaya hot chocolate yang anda buat sedap rasanya. Anda perlu berhati-hati apabila memanaskan susu kerana susu mudah meruap.Panaskan susu dengan api yang sederhana sahaja. Jika di restoran lima bintang mereka akan memanaskan susu dengan menggunakan steamer sehingga susu berbuih namun jika anda tiada mesin ini, anda boleh menarik atau memukul susu dengan wire whisk yang tengah panas. Gunakan whipping cream yang dalam tin dengan spray sahaja di atas hot chocolate. Jenis cream ini sering digunakan untuk minuman seperti coffee blended. Jadi apa lagi selamat menikmati minuman ini ok! syokkk!

01 November 2010

Moktel Gelora

NAMA moktel ini saya beri nama Gelora! Bukan jiwa gelora  tetapi rasa dahaga sehingga bikin gelora hahaha. Gelora adalah perasaan yang tidak keruan jadi apa perasaan kita apabila kita berasa haus? pasti kita tidak akan berasa selesa apabila kita berasa dahaga maka air adalah jawapannya bukan? jadi air moktel ini pasti dapat menghilangkan dahaga kita maka  dengan itu saya  terfikir untuk menamakan air minuman campuran ini sebagai GELORA. Ia mudah dibuat jadi saya harap air ini akan semarakkan gelora dahaga anda, selamat mencuba!

30 Oktober 2010

MOKTEL sehati sejiwa

Moktel nih sangatlah mudah nak dibuat. Bahan-bahan dia sungguhlah senang nak cari. Hari tuh saya try  4 moktel sekali gus so ini adalah antara satunya cubalah. Insyallah boleh hilangkan dahaga anda!


Bahan-bahan
1 cawan aiskrim soda
1 ½ cawan jus jambu batu
1 cawan jus epal
1/4 cawan air bikarbonat perisa halia (ginger ale)
Ais yang mencukupi

Cara-cara penyediaan
  • Campurkan semua bahan kecuali  ais.
  • Jika ingin dihidang, letakkan ais.

29 Oktober 2010

Moktel Sentuhan Rasa


Ruangan Dari Dapur Azli Razali Utusan Malaysia hari ini saya berkongsi satu resepi minuman campuran yang dikenali sebagai koktel Sentuhan Rasa. Dalam ruangan yang sama   juga, saya telah menulis artikel tentang moktel. Sila klik disini untuk gambar dan membaca artikel yang penuh. Selamat mencuba resepi moktel pada minggu ini. Semoga minuman campuran ini dapat membasahkan tekak dan menghilangkan dahaga anda! Selamat meneguk!