Pages

30 Julai 2010

Sup Isi Ketam dan Jagung

Kalau tidak dikongsi seperti seakan kasihan dan rasa seakan serba salah pula kerana sudah berjanji akan berkongsi dengan dia , kalau asyik bagi alasan... " saya akan cuba uplodkan resepinya bila-bila free ye!..., pun tak boleh juga sebab selalu berjumpa di tempat kerja, bukan apa janganlah pula anda berasa pelik kerana kali ini saya tetap akan menulis tentang
makanan.

Resepi makanan ini saya postkan adalah atas permintaan rakan sekerja saya iaitu (X) bukan nama sebenar! Gender?; wanita; Kegemaran?; Suka memasak serta membaca blog gossip (agaknya lah!)  dan blog masakan; Status?gadis tetapi awas! sudah berkahwin! hikhikhik. 

Katanya pada suatu hari dia telah menikmati sup ketam dan jagung ketika di kelas serving students di coffee house Hotel ini, selepas itu dia asyik mengidam ingin makan  lagi sup tuh walaupun doktor  pakar sakit jiwa telah mengesahkan dia tidak mengandung hehehe. Dia mahu mencuba membuat sup itu sendiri di rumah. Oklah tak mahu panjang sgt mukadimahnya, sebenarnya memang makanan ini adalah atas permintaan kawan saya di tempat kerja di sini. Sedikit info tentang sup ini yer. Sup isi ketam dan jagung ini adalah dalam kategori sup likat dan berkrim kerana ia menggunakan agen pemekat yang dinamakan roux. Cara-cara pembuatan roux akan dikongsikan dibawah ini nanti tetapi kepada mereka yang malas nak membuat roux mereka boleh memekatkan sup ini dengan tepung jagung tetapi kurang enak rasanya umphh...walaubagaimanapun tetap layan... isi ketam boleh dibeli di dipasaraya di bahagian beku@ frozen. sekiranya anda tidak mahu menggunakan ketam bolehlah menggantikan dengan isi udang atau ikan. Baiklah sampai disini sahaja cerita pasal sup ketam dan saya mengucapkan kepada  teman sekerja saya Nita (alamak tersebut nama pulak! terlupa off  record lah  hikhikhik) akan mencuba resepi yang diidam-idamkannya sangat  ini dan juga kepada pembaca blog yang lain ya! p/s Sup ketam dan jagung  ini mengingatkan saya kepada cerita Isketambola sebab tajuk drama ini ada nama ketam hehehe.

Bahan-bahan A

20gm/1 batang celery
20g bawang besar ( holland onion yg warna kuning tuh)
700 ml air
1/4 sudu herba campuran (mixed herbs)
1 1/2  sudu serbuk Stok ayam
30gm butter
150gm roux
1 cawan susu UHT
1/4 cawan krim putar (whipping cream)
secukup rasa garam
Secukup rasa  lada putih

Bahan-bahan B (isi)

1 biji kentang-potong dadu kecil
3/4 @ 150gm cawan isi ketam 
3/4 cawan isi jagung dalam tin

 Bahan-bahan roux


100gm butter
100gm tepung


Cara -cara penyediaan


  • Tumis bawang dan celery dengan butter sehingga sedikit layu dan harum. 
  • Masukkan  herba campuran dan kacau.
  • Biarkan air mendidih.
  • Biarkan ia sejuk, kemudian mesin sehingga halus, tapis dan didihkan semula.
  • Masukkan  kentang dan biarkan kentang empuk
  • Masukkan jagung dan isi ketam. Perisakan dengan serbuk stok ayam, garam dan serbuk lada putih @ lada hitam.
  • Tutup api dan kacaulah dengan krim.
Cara-cara pembuatan roux


Cairkan butter kemudian masukkan tepung dan kacau sebati sehingga menjadi adunan yang lembut.




Tip Chef Azli Razali
Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama sup itu sejuk anda boleh menyejukknya dengan ais di dalam bekas dan rendamkan periuk yang berisi stok rebusan tadi, atau cara yang paling ekspress adalah dengan mesin celery dan bawang dahulu dan kemudian tumis pada langkah pertama. Tidak perlu tunggu sejuk baru hendak dimesin, anda boleh terus masuk bahan-bahan lain. tetapi anda akan mendapat tekstur yang tidak halus apabila menikmati sup ini juka tidal mesin selepas mendidih. Jangan gunakan jagung manis gunakan isi jagung(corn kernel) agar anda lebih asyik menikmati sup ini.

10 comments:

ayie berkata...

hisshh sodap eh..:P

DIA Muhammad Ashraf Alexis berkata...

saya bantu chef kan...hehe...

sal ya berkata...

sedap!!!

sarina izryn berkata...

bes jugak nih chef ! my kids suka sangat sup..i will try for them..tenkiu

Veraa berkata...

sedap2...:))

a LoT oF LuV berkata...

yummmm... yum... sedapnya.. nak try aarrr..

IbuAimy berkata...

ermmm...sdpnye....

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ berkata...

roux tu yg buat die pekat ke?

sonata anak kancil berkata...

salam...sedapnya...saya nak C & P resepi dulu - boleh? boleh la kot..TK

maisyah berkata...

salam...
aduuuh..cam sedap ni..mau cuba..tuan blog kita exchange link ya...ada banner x?