Pages

12 Julai 2010

Spagetti olio

Pasta pasta pasta! inilah antara makanan  Italy yang sangat popular selain daripada pizzanya yang memikat selera. Yang istimewanya pasta dan pizza adalah rasanya boleh dipelbagaikan  mengikut citarasa masing masing. Antara makanan yang berasaskan pasta yang paling popular adalah spagetti bolongnaise, spagetti carbonara, lagsagna, macaroni dengan sos tomato dan sebagainya. Pizza pula biasalah kalau tak pizza pepperroni  anda boleh merasai pizza keju dan sebagainya dan di sini restoran pizza yang terkenal adalah Pizza Hut dan Domino's pizza. Pasta sebenarnya mempunyai banyak bentuk dan setiap bentuknya akan memberikan nama yang berbeza tetapi bahan asas pembuatan pasta adalah sama iaitu ia diperbuat daripada gandum berprotein tinggi . Kali ini saya ingin berkongsi membuat pasta yang  mudah untuk disediakan! Akhir kata CUCINA FELICE e BUON APPETITO!


Bahan-bahanA


500 gm isi udang- kupas dan potong
150gm isi ayam-potong kecil
2 sudu jus lemon
1/4 cawan daun parsley-dicincang
1sudu teh serbuk cili kering kisar ( chilli flakes)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih-dicincang
3 sudu minyak zaitun
Secukup rasa garam

Bahan-bahan  B

500gm spagetti
1/4 cup minyak zaitun
1tin /28gm ikan bilis jeruk (anchovies)/ boleh guna ikan tuna dalam tin
8 ulas bawang putih  dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 cawan daun parsley-dicincang
Secukup rasa garam

Bahan C-pilihan jika suka

Roti yang disapu dengan mentega bawang putih-bakar dan potong kiub
150gm keju parmesan

 
Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga lembut kemudian masukkan udang, ayam dan kacau sehingga masak. Kemudian masukkan cili dan lada hitam. Gaul mesra.
  2. Masukkan jus lemon, garam dan daun parsley. Tutup api dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan bahan-bahan B pula Rebus spagetti sehingga masak dan kenyal.
  4. Kemudian panaskan1/4 cawan minyak dan tumis bawang putih, sehingga layu dan wangi. Pecah-pecahkan anchovies,  kemudian masukkan anchovies (ikan bilis jeruk) dan lada hitam. Gaulkan spagetti  dan daun pasrley sehingga sebati. Perisa dengan garam secukup rasa.
  5. Untuk menghidang curahkan bahan-bahan A yang telah dimasak ke atas spagetti. Taburkan dengan bahan-bahan C jika suka. 

 Tip Azli Razali
  • Tidak perlu menumis bawang putih sehingga terlalu garing dan perang memadai sehingga naik bau dan bolehlah dicampurkan dengan bahan lain.
  • Bahan- bahan A boleh dicampurkan sekali dan terus dimasak atas kuali yang panas sehingga udang dan ayam masak dan berbau wangi.
  • Roti yang disapu dengan sapuan mentega bawang putih  haruslah dibakar sehingga perang supaya ia sedikit rangup apabila dinikmati.

3 comments:

rajmah berkata...

ada keraguan sikit la chef...rasanya cara penyediaan untuk bahan A tu mcm tak lengkap je penerangannya, betul tak? Sebelum masukkan jus lemon, garam dan daun parsley tu kita tumis bawang putih, masukkan ayam dan udang serta lada hitam dan chili flakes, kan?
kalau takmo letak bilis jeruk, terjejas tak rasa keenakan spagheti olio tu? atau ada bahan lain yang boleh gantikan ikan bilis jeruk tu?
terima kasih kerana bersabar melayan :-)

Sal berkata...

Salam. Chef, sayang sekali, kenapa tak sertakan gambar Spaghetti Olio ni?? :)

Tanpa Nama berkata...

Assalam,chef..utk minyak zaitun..kena guna jenis yg mana ye??konfius gak..sbb byk jenis nya n harga pun..emmm blh tahan kan..