Pages

27 Julai 2010

BUtter cream

Saya masih ingat masa kecik-kecik dulu- asalkan kek untuk majlis harijadi atau untuk majlis keraian seperti bertunang dan perkahwinan kebanyakannya  mesti menggunakan aising buttercream a.k.a aising mentega, kalau masa kecik dulu memang saya  suka sangat dengan kek2 nih, lagi2 kalau guna buttercream- habis mulut dan tangan berminyak dibuatnnya  maklumlah guna butterkan memang comot  dibuatnya.  Sebenarnya kalau kita nak aisingkan kek, banyak sahaja aising yang boleh kita buat atau beli. Contohnya di pasaran ada topping cream yang diperbuat daripada tenusu -cuma pukul sehingga kembang dan bolehlah kita sapu pada kek, tidak perlu ditambah gula kerana rasanya sudah manis. Kita juga boleh menggunakan whipping cream  atau krim putar tetapi perlu ditambah dengan gula aising kerana krim putar ini tawar  rasannya. Topping cream berbeza dengan whipping krim kerana topping cream memang dikhaskan untuk mengaising tanpa ditambah gula tetapi Whipping cream selalunya digunakan untuk membuat sos atau digunakan dalam pastri atau bersama bahan lain untuk dijadikan sebagai pencuci mulut. Sekiranya anda rajin ke kedai menjual bahan-bahan pastri dan kek, anda boleh membeli krimwel. Ini adalah sejenis  aising  yang serupa dengan lemak tumbuhan atau shortening. Krimwell sering digunakan untuk mengaisingkan kek cawan yang juga dikenali sebagai cupcake atau cuppies.  Harganya tidak lah terlalu mahal dan ia
 mudah digunakan dengan hanya memukul bersama dengan gula aising. Kemanisannya boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kesukaan masing2.  Jika anda suka anda boleh meletakkan pewarna agar kek yang dihias lebih berseri dan menyelerakan. Walaubagaimanapun aising mentega masih digemari oleh segelintir orang kerana rasanya yang tersendiri yang lain daripada yang lain. Penggunaan mentega juga memerlukan kos kerana harga lemak tenusu ini sedikit mahal. Buttercream yang sangat mudah dibuat adalah dengan memukul mentega dengan gula aising, tetapi lemak mentega mudah mencair pada suhu yang sangat panas. Lebih-lebih lagi jika ia memerlukan untuk kerja2 menghias kek. Ada juga aising mentega yang dimasak gulanya terlebih dahulu untuk menjadikannya sirap yang likat. Ini akan membantu aising mentega kita menjadi kental semasa anda memukulnya. Jadi atas permintaan teman facebook saya< akak syeeda > saya ingin berkongsi butter cream/aising mentega yang mudah dibuat tetapi perlu fokus yang penuh terutama ketika memasak sirap. Tip yang ingin saya kongsikan di sini adalah memerlukan anda untuk memasakkan gula dan air dahulu sehingga likat. Anda perlu menguji gula yang dimasak itu dengan menitiskan setitik gula itu ke dalam sebekas gelas yang berisi air sejuk. Sekiranya titisan itu membentuk bulat di dalam air sejuk itu maka ia adalah kelikatan yang kita mahukan, jadi sekiranya cara-cara ini  agak sukar untuk anda membuatnya maka saya cadangkan anda membuat sahaja buttercream yang lebih mudah penyediaannya iaitu dengan hanya memukul mentega dengan gula aising shaja, mudah bukan?. Jadi ayuh! anda bisa mengambil risiko dengan resepi kali ini! saya ucapkan selamat berjaya!

Bahan-bahan
60gm gula
50 ml air
180 gm mentega
70gm marjerin



Cara-cara penyediaan.
  1. Masakan air dan gula sehingga likat seperti membuat air gula yang pekat untuk minuman. Tetapi lebih pekat sedikit.
  2. Kemudian, biarkan sejuk sedikit  dan keputihan dan bolehlah dipukul dengan mentega sehingga kembang
Tip Chef Azli Razali
Jika anda tidak mahu menggunakan marjerin boleh gantikan 70gm marjerin itu dengan mentega. Kalau menggunakan mentega terus 250gm pun boleh aising mentega itu lebih berlemak dan sedap.

7 comments:

Anna Qawina berkata...

salam Chef..nak tanyala, mentega tu kalau guna marjerin mcm Planta ke..Daisy ke..jadi ke?
Pastu krim ni blh sapu atas kek & buat corak2 gitu & blh ke paipkan atas biskut?
T.kasih.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

mohon tuan betulkan resipi ini kerana bahan-bahannya: 180gm mentega, 70gm mentega. saya rasa ada kesilapan. terima kasih

Azli Razali berkata...

salam Anna. JIka awak menggunakan semua marjerin kurang enak kerana arjerin rasa dia berminyak kerana diperbuat daripada lemak sawit. yer aising ini boleh disapu di atas kek dan boleh diwarnakan. cuba ok

Anonymus terima kasih kerana blog walking ker blog saya. sebenarnya resepinya mengguinakan 250gm butter tapi saya telah menngolah resepi ini dengan membuang 70gm mentega dan menambah 70gm marjerin. tersilap taip maaf diatas kesilapan dan kesulitan ya.

Tanpa Nama berkata...

good info tentang buttercream for aising atas kek or cupcake..tQ chef...

Miss xoxo berkata...

salam chef...
nak tanya ada x recipe royal icing?
apa beza royal icing dan butter cream?

Mashitah berkata...

salam chef..
krim dlm tin spray tu ape namenye ye...boleh ke digunakan untuk hiasan kek,puding dll?

Tanpa Nama berkata...

chef bleh guna buttercup kh ?