Puding roti coklat ini adalah olahan saya sendiri daripada resepi puding roti biasa. Kebiasaannya roti putih atau lebihan roti sering digunakan untuk membuat puding roti. Saya mendapat ilham ini kerana saya suka makan roti gardenia choco raisin itu. Saya sangat suka dengan rasa coklat dan ia sungguh lembut. Memang layan habis!. so dari situlah saya telah mencipta resepi ini. Puding ini telah saya kongsikan bersama-sama pembaca Utusan Malaysia pada minggu lepas 26 June 2010 di dalam kolumn saya Dari dapur Azli Razali. dengan artikel yang bertajuk Pengaruh Coklat. Ada beberapa respon yang mengatakan mereka sangat berpuas hati dengan keenakan puding ini sehingga mendapat pujian rakan2 dan saudara mara mereka. Ada juga yang teruja membuatnya hingga sanggup menyalin resepi pada tisu semasa membaca di restoran ketika menikmati makan di restoran itu. Dan ada juga yang terlupa untuk menyimpan keratan akhbar setelah membaca artikel saya pada minggu lepas. Seperti biasa mereka meminta saya untuk uploadkan resepi ini di blog dan facebook. Bagi tidak mengecewakan pembaca yang begitu mencintai dan meminati coklat, saya kotakan janji saya untuk menerbitkan resepi puding roti coklat ini dalam blog saya ini. Diharap anda tidak kecewa ok! selamat mencuba puding roti coklat ini!
Bahan-bahan
12 keping roti gardenia (choco raisin)
600ml @ 2 1/2 cawan susu coklat
25gm @ 1/4cawan gula halus/kaster
5biji telur
1 1/2 sudu mentega untuk disapu
sos coklat Hershey’s
Cara-cara penyediaan
1. Sapukan mentega atas roti sedikit. Susun atas acuan pembakar.
2. Kemudian bancuh gula, telur dan susu. Curahkan dalam bekas berisi roti yang disusun.
3. Bakar 25 minit pada suhu 180 darjah celsius atau sehingga puding memejal dan tidak basah.
4. Sedia untuk dihidangkan. Nikmati dengan buah seperti pisang dan sos coklat.
Sos coklat
Bahan-bahan
110 gm coklat masak
180ml @ 3/4 cawan susu coklat
1 sudu tepung jagung
Cara-cara penyediaan
Masakkan semua bahan atas api yang sederhana sehingga likat dan sejukkan untuk dijadikan sos.
2 comments:
This looks really good... will definitely try making it.
Thanks for sharing:-)
sos coklat hershey's tu camna? nak dpt katne? =)
Catat Ulasan