Pages

13 Julai 2010

MEE KARI

Mee kari di Old Town adalah antara mee kari yang sedap rasanya. Saya menggemari rasanya yang pekat dan betul betul kaw!. Kali ini saya nak berkongsi resepi mee kari tapi versi mee kari ini agak berbeza sedikit kerana ia menggunakan isi ikan sardin yang dikisar kasar. Saya mendapat resepi mee kari dari salah satu laman web di internet dan berasa resepi ini agak istimewa.  Saya tertarik dengan juadah ini kerana ia lain dari yang lai. ,Saya telah olah dan merangka resepinya dalam bentuk resepi lengkap. Orang kata mencantikan lagi anggaran-bahannya dalam bentuk resepi standard. Jadi pada mereka yang ingin mencuba mee kari ini pasti anda dapat merasai suatu kelainan yang ada pada mee kari ini. Sekiranya anda tidak mahu rasa sardin anda boleh tidak menggunakan isi ikan sardin. Sekiranya anda tidak suka pedas boleh juga mengurangkan penggunaan cili boh itu ok. Jadi saya ucapkan selamat masak-masak!


Bahan-bahan  A

1paket kecil serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
1.5 liter air + 2 kotak santan (200)/ 2 kilo santan segar
1 tin isi ikan sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur - ambil isi sahaja
400gm ayam – dipotong kecil-kecil
4 tangkai daun kari
4 kumtum bunga cengkih
4cm kayu manis secukupnya
2 kuntum bunga lawang
3 sudu cili boh-dikisar(*)
1 labu bawang besar – dikisar (*)
6 ulas bawang merah – dikisar (*)
6 ulas bawang putih – dikisar (*)
200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
5 keping fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
120gm bebola ikan-dibelah 2
5biji tauhu kapas belah dua
4 keping asam keping / asam gelugur
Garam & perasa secukupnya


Bahan-bahan B

1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
70gm taugeh – dicelur
4 keping tauhu – digoreng dan dihiris
6 biji telur rebus
6 kepeing Fish cake – goreng dan hiris
4 batang cili merah – dihiris halus
1 tangkai daun bawang & daun sup – dihiris halus
8 biji limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara Penyediaan

  1. Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan kerang, bebola ikan, kek ikan dan juga garam dan perasa.
  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
  8. Cara hidangan :  Celur mee. Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

1 comments:

husNa berkata...

sy setuju 200% dgn chef psl Old Town pye mee kari...2x sy mkn mee kari dkat sn,2x tu jg rase mee kari die ttp kaw gle...mmg mkn xtggl setitik pon....mmg sedap smpi menjilat jari la...(tp mkn pki garfu n sudu la)..heee~~