Ini adalah artikel ruangan saya sendiri iaitu Dari Dapur Azli Razali Utusan Malaysia pada 23 Julai 2010 yang lalu. Pada mereka yang terlepas nak membaca Utusan Malaysia Jumaat lepas boleh lah baca artikel dibawah ini ok. Happy Reading! Ikuti DARI DAPUR AZLI RAZALI JUMAAT DEPAN di UTUSAN MALAYSIA OK, cubalah resepi minggu ini... Mudah jer! Resepinya klik jer link dibawah artikel ini atau tajuknya...
KALAU dah dinamakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan pastilah ada produk-produk yang berkaitan dengan pertanian, penternakan dan perikanan yang dipamerkan.
KALAU dah dinamakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan pastilah ada produk-produk yang berkaitan dengan pertanian, penternakan dan perikanan yang dipamerkan.
Tentu sahaja kita punyai pelbagai pilihan produk makanan yang berkaitan apabila kita mengunjungi gerai dan khemah makanan di tapak pameran dan jualan. Boleh rambang mata juga dibuatnya.
Salam satu Malaysia kepada pembaca Utusan Malaysia. Mungkin anda tertanya-tanya kenapalah saya menyentuh tentang Hari Peladang, Penternak dan Nelayan pula pada minggu ini. Apa pula kena-mengena dengan makanan? Bukan apa, saya sebenarnya telah memenuhi undangan sebagai chef jemputan untuk demonstrasi masakan dan hakim oleh Jabatan Pertanian Pulau Pinang sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Pulau Pinang dan Pesta Buah-buahan. Sebab itulah saya ingin menceritakan dengan lebih lanjut pengalaman saya sepanjang acara ini berlangsung. Acara yang dianjurkan setiap tahun ini telah berlangsung pada 8 hingga 11 Julai 2010 lalu di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. Demonstrasi masakan saya perlu menggunakan buah-buahan tempatan sebagai salah satu platform untuk mempromosikan buah-buahan tempatan supaya dapat menggalakkan orang ramai menggemari buah-buahan tempatan. Agensi-agensi lain seperti Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Veterinar dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (LKIM) telah bekerjasama memeriahkan lagi hari tersebut. Selain daripada demonstrasi memasak, Jabatan pertanian telah mengadakan jualan, promosi produk industi asas tani, menganjurkan pertandingan hasil-hasil pertanian berproses dan pertandingan memasak. Yang menariknya saya telah diberi
tanggungjawab menjadi hakim untuk pertandingan mengubah bunga-bunga kering. Terasa macam pelik dan kelakar pula rasanya apabila tawaran itu diberikan kepada saya maklumlah bidang menghias bunga adalah di luar kebiasaan saya, tetapi saya masih diberi kepercayaan untuk menilai hasil seni kreatif peserta-peserta yang kesemuanya terdiri daripada kaum wanita. Walau bagaimanapun bagi saya, memasak dan menghias bunga-bungaan mempunyai persamaan iaitu kesenian. Kedua-duanya digubah menjadi sesuatu yang cantik dan sedap mata memandang. Makanan yang telah saya sediakan perlu disusun dan dihias sebelum dihidangkan. Jadi pengalaman inilah yang saya gunakan untuk menilai hasil kerja menghias bunga-bunga kering peserta-peserta pada hari itu. Sebenarnya teknik dan kemahiran menghias perlu ada pada setiap orang yang bergelar chef, penyedia makanan atau suri rumah kerana makanan perlu dihias agar ianya kelihatan menarik untuk dijamah. Jadi saya amat bersetuju bahawa seni kulinari adalah salah satu cabang seni. Saya telah menyediakan juadah pemanis mulut dan snek iaitu tart dan popiah pisang. Kedua-keduanya menggunakan buah tempatan iaitu pisang. Bagi saya pisang ini adalah buah yang sangat versatil kerana boleh dipelbagaikan penggunaannya. Sebagai mengakhiri, saya berharap agar acara-acara seperti ini dapat diperbanyakkan supaya dapat menyemai minat kepada orang ramai untuk menikmati buah-buahan dan hasil pertanian tempatan yang lain.
http://azlirazali.blogspot.com/2010/07/popiah-pisang.html
http://azlirazali.blogspot.com/2010/07/popiah-pisang.html
2 comments:
Hi Azli. Very nice blog.
Cantk tu bro...harap2 ko bleh ganti Chef Wan suatu hr nanti..
Catat Ulasan