Pages

27 Julai 2010

lemon tart/lemon meringue pie


LEMON TART
Buah lemon adalah sejenis buah citrus yang berasa masam. Ia selalunya dimakan dengan makanan savoury (makanan  yang tidak bergula) atau dengan ikan atau dibuat salad. Tetapi tahukah anda lemon juga boleh dibuat pencuci mulut dan salah satunya ialah lemon tart dan lemon meringue pie. Dari namanya ia sudah tentu berasa sedikit masam2 manis kerana menggunakan buah lemon dan pemanis mulut ini sangat digemari dan memang popular dikalangan  masyarakat di barat. Yang uniknya lemon meringue pie ini adalah ia menggunakan putih telur dan dibakar dibawah api. Sekiranya anda mempunyai penunu gas boleh juga digunakan. Ia dinamakan lemon merigue pie kerana ia
ditutupi dengan putih telur yang dipukul sehingga menjadi kental dan Lemon meringue pie dibakar permukaannya. Definisi sebenar tart adalah terdedah isiannya tanpa ditutupi dengan doh atau meringue,jadi sekiranya anda menikmati makanan ini tanpa  meringue , ia perlu dipanggil tart kerana permukaan atasnya terdedah. Untuk makluman anda, pembuatan lemon merigue tart ini agak rumit kerana ia perlu dimasak kastardnya sehingga mencapai kelikatan yang betul, sekiranya tidak mencapai tahap kelikatan yang betul maka ia tidak boleh mengeras selepas disejukan, dah lagi satu semasa anda meletakkan meringue diatas , pastikan jangan terlalu tebal kerana ia akan mencair. Lemon merigue pai ini selalunya disediakan oleh orang barat semasa hari perayaan Thanksgiving. Walaupun begitu ada juga yang membuatnya selain dari musim perayaan. Jadi kepada mereka yang suka pemanis mulut yang berasa masam silalah mencuba. Sekira tidak cukup masam tambahkan lagi jus lemonnya. No problem! Di kesempatan ini saya ingin ucapkan terima kasih kepada saudara Farid atas kesudiannya berkongsi resepi ini dengan saya. Hanya tuhan dapat membalas jasa baiknya dan orang yang tidak kedekut sepertinya Insyallah diberkati hidup dan dilimpahi rezekinya aminnn.



LEMON MERINGUE

Bahan-bahan A
(Kulit tart)

250 gm tepung superfine
130 gm mentega
3 sudu mkn gula
1 biji telur
1 ½   sudu makan air

Bahan-bahan B

(Isi tart)

250gm air
80gm mentega
100gm gula
30gm tepung jagung
3 biji telur kuning
1 biji jus lemon dan parutan  kulitnya

Bahan-bahan B

(Meringue)

3 biji telur putih
80gm gula
½ sudu teh cream tartar
Cara-cara penyediaan

  1. Sediakan kulit tart terlebih dahulu dengan mencampurkan mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti, pukul menggunakan mixer kek.
  2. Kemudian campurkan telur, gula dan air, gaul sehingga membentuk doh yang lembut.
  3. Kemudian terapkan di acuan tart dan bakar dengan kepanasan 180 degree celsius selama 12 minit sehingga keperangan.

Tip Chef Azli Razali
Sekira doh keras, tambahkan dengan air sedikit dan jika doh terlalu lembik tambahkan dengan sedikit tepung.
Kulit tart mungkin akan naik sedikit dan apa anda boleh buat adalah ambil tisu ( kitchen towel) dan tekan ketika ia masih lembut dan belum mengeras. Keluarkan dari acuan tart.
Anda boleh juga menggunakan jus lemon yang terdapat dalam botol gunalah dalam 4 sudu lemon dari botol itu.


Cara-Cara penyediaan Isi tart
  1. Campur kan semua bahan-bahan B dan kacau sebati dahulu. Kemudian masakkan semua bahan bahan itu atas api dengan api yang sederhana. Masak sehingga likat. Seperti anda membuat kastard.
  2. Tuangkan isian lemon ini ke dalam kulit tart dan biarkan ia mengeras dengan sendirinya.
  3. Anda boleh menikmati begitu sahaja atau anda boleh makannya dengan meringue
  4. Untuk menyediakan meringue anda perlu memukul semua bahan-bahan sehingga putih telur menjadi kental. Apa yang perlu anda buat adalah masukkan meringue dalam piping beg dan paipkan atas tart. Dan bakar menggunakan api atas oven. Laraskan suhu dengan kepanasan 200 degree celsius dan bakarkan meringue sehingga keperangan.

Tip Chef Azli Razali
Anda hendaklah menjaga api kerana isian ini mudah hangus dan berketul jadi sentiasalah kacau semasa memasaknya.
LEMON TART

10 comments:

♥M.I.Z.A♥ berkata...

i loveee your blog...!~~
=) bole blajar masak...~

Kay Huliana berkata...

love ur blog chef.. kecur tgk coklat kek!!! wow, lec uitm.. i'm ex student uitm gak.. hehe.. chef nk bli buku u to bley? love coklat cake!!!!!

Cikgu Aini berkata...

nice tart chef!.. i really like it!.. cume, tak sempat nak try lagi.. dekat nak raye bole try kot.. sambil emak wat kuih, gunekan sedikit bahan tu utk buat tart lemon nih... yummmmy!~

Tanpa Nama berkata...

sedapnya...

Azli Razali berkata...

tq semua. Kay boleh. tapi kena bank inkan duitnya lah nanti saya ppost bank akaun lah senang kan.

Kay Huliana berkata...

yup2 chef kna bg num akaun dlu.. nnt sy bank in.. :)

Azli Razali berkata...

ok saya dah letak akaun number kay.

Azli Razali berkata...

lets follow

Myra Anne berkata...

shedapnye lemon tat..suke2! mai follow blog cek gak..ehehe

Notami berkata...

waa..sbg peminat tart yg fanatik, trliur aku tgk gmbar nie...sdpnye la hai..