Bahan-bahan A
250 gm margerin
180 gm gula halus
Bahan-bahan B
260 gm tepung halus
2 camca makan serbuk koko
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla
250 gm susu cair
2 camca makan pewarna merah
1 camca teh cuka makan
1 camca teh soda bikarbonat
Cara-cara penyediaan kek
- Panaskan oven 180 darjah celsius. Lengserkan tin kek dengan mentega dan tepung.
- Ayakkan tepung, baking soda dan serbuk koko. Letak di tepi.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur bersatu sebati dengan adunan mentega.
- Tambahkan esen vanilla dan cuka ke dalam bancuhan kek. Kacau dengan cepat.
- Di dalam mangkuk berasingan, campurkan susu dan pewarna merah. Kemudian, masuk tepung dan susu secara selang seli sehingga habis.
- Masukkan adunan kek yang telah siap ke dalam acuan kek yang telah dilengserkan. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga tiada kek yang melekat pada lidi pencucuk apabila dicucuk. Sejukkan kek, kek yang telah sejuk ia boleh disalut dengan aising seperti krim putar.
3 comments:
Chef, nak tumpang tanya...selalunya resepi red velvet ni kena letak buttermilk/susu tu kita campur sekali dgn cuka.
Utk resepi kat atas, tak perlu ye?
boleh x kek ni dikukus?
isi 3/4 suku cawan juga?
Catat Ulasan