Pages

13 Mac 2011

Sup Lobak Merah Berkrim

MUNGKIN ada yang pernah baca tip2 macamana nak buat sup krim dalam post saya sebelum ini dan juga dalam artikel saya di Utusan bulan Disember 2010 lepas. wahh dah dua bulan kan?  kalau buat pekasam dah boleh goreng dah! kalau buat tapai plak silap2 air dia leh buat tuak (eh haram tuh! manaleh) haha. Saya juga dapat repon2 ada juga yang dah mencuba dan menyukai rasanya alhamdulillah! Baiklah, bukan apa.. bila saya cek2 dalam nih, saya hanya berkongsi tip2 nya sahaja tapi tidak resipinya, jadi apa kata kali nih saya kongsikanlah resipinya. Pada mereka yang terlepas mengambil resipinya. Takper! di sini ado ajo dan kalau nak tau tip2 membuat sup krim, klik ajo kat sini yo dan baco! Selamat berhappy happy!

Bahan-bahan A-Sup
½ biji (40gm) bawang besar
3 biji (15gm) bawang putih
½ sudu (5gm) teh herba campuran-Mixed herbs
batang(400gm) lobak merah-potong kecil
1 batang (60gm) seleri-hiris
½ sudu makan mentega
1.250 liter (5 cawan) air
2 ketul kiub ayam
250ml (1 cawan) susu
125ml (½ cawan) krim-whipping cream
½ cawan (90gm) jagung dalam tin
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada putih

Cara-cara penyediaan
  1. Cincang/mesin bawang merah dan bawang putih.
  2. Kemudian tumiskan dengan mentega yang telah dipanaskan dalam periuk bersama herba campuran sehingga wangi.
  3. Masukkan seleri dan lobak merah. Tumis sebentar.
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  5. Padamkan api sebaik-baiknya biarkan suam. Kisar air rebusan bersama lobak merah dan seleri yang direbus sehingga halus.
  6. Tapiskan dalam periuk dan panaskan kembali bersama kiub ayam.
  7. Masukkan roux dan kacaukan dengan pembancuh gegelung(wire whisk) sehingga sebati dan tiada ketulan roux lagi.
  8. Perlahankan api .Masukkan susu dan jagung . Biarkan mendidih sebentar.
  9. Masukkan garam, lada sulah dan krim. Kacau perlahan dan tutup api.
  10. Hidangkan dalam mangkuk dan hiaskan atasnya dengan krim atau daun parsly.
Bahan-bahan B- Roux
90gm mentega
90gm tepung gandum

Cara-Cara penyediaan
Cairkan mentega dalam periuk. Kemudian campurkan tepung dan kacau sehingga ia membentuk adunan. Padamkan api.

0 comments: