Pages

08 Mac 2011

Umai Bronok

Ko ada apa2 program hujung minggu nih tak? Tanya seorang teman sekerja saya, Chef Rahman namanya.  mmm.. pantas jer saya jawab tak ada, pastuh saya tanya kenapa? Dia membalas.. Ko nak join trip budak2 under kelab rekreasi pi Pangkor tak? ko takyah bimbang pasal benda lain, bawak badan dan baju jer.. Katanya lagi. Eh! sapa taknak pi jalan2 freekan? Pas tuh ada BBQ pulak lagi, sambil tuh leh mandi manda laut hehe. Leh jugak release tension walaupun tak tension manapun keje nih hahaha. Selain dari tuh dapat sedut udara baru kat tempat lain . Dalam masa yang sama dah tebayang bayang nak beli sotong kering dah kat jeti Lumut haha.

Sabtu pagi, bertolaklah kami ke Pulau Pangkor. Saya rasa pengalaman bercamping nih memang sonok. Kami tidur dalam khemah, masak pun cara camping. Kira lain dari norma kehidupan normal yang dah biasa dilalui! cewah. Oklah saya ada satu pengalaman yang nak share selama semalam di Pangkor. Maybe pengalaman nih adalah takde menda bagi mereka yang dah biasa dengan kehidupan di laut. Saya tengok  di Pangkor nih banyak benor timun laut yang dikenali dengan nama Bronok. Bila mandi laut jer binatang dari keluarga sama species ngan gamat nih bersepah sepah.  Best! 

Ini pengalaman baru juga bagi saya. Kalau hangpa nak tau, bronok nih sebenarnya boleh dimakan fresh. Jadi kerana excited sangat nak tau camana rasa bronok nih saya telah buat umai bronok! hehe. Tuh pun selepas dihasut oleh rakan2 yang lain, kalau tak, tak kuasa teman! hehe .Semua preparation menyiang bronok nih saya buat ala2 survivor gitu.Saya buat upacara penyembelihan bronok pun tepi pantai gak. Untuk hidangan nih bronok tuh tak payah dimasak, cuma perah dia dengan lemon dan gaul dengan bawang dan cili. Garam  tak payah letak sebab dah rasa masin. Rasa dia liat seperti makan perut lembu dan sedikit kelat. Of course dia kaya dengan pelbagai vitamin termasuk protein. Jadi kali ini saya kongsikan resipi dari pengalaman bercamping di Pangkor. Takpelah, mana yang tak leh dapat bronok leh lah gantikan dengan sotong atau ikan ker. At least dgn apa yang saya kongsikan ini korang kenal juga dengan binatang nih kan? Masakan ini ala2 cara masak Umai (makanan dari Sarawak) yang tidak dimasak dengan api tapi dimasak dengan asid. Saya juga kongsikan gambar2 mesra saya bersama bronok. Jangan jeles ok! Kira time nih adalah masa untuk saya beramas mesra dengan bronok di tepian pantai ahak! Seronoklah!

 
Inilah rupa bronok atau timun laut! See! saya sedang beramas mesra dengan bronok. Rasa dia lembik cam jeli bila ada dalam laut, tapi bila kat luar dia jadi keras! (tough)

Gambar belah kanan nih pula apabila saya menyiang bronok. Senang jer cucuk jer perut dia dan bersihkan isi perut dia. Mula2 cam kesian tapi belasah jer. Rasa cam pembunuh bersiri pula masa nih!

Ini pula cara2 nak buat kerabu bronok nih. Memang seronok bila buat kerabu bronok nih Nama dekat2 nak seronok pulak kan? haha! Resipi yang saya nih buat simple jer!


Bahan-bahan
1 ekor bronok
2 sudu jus lemon
2 ulas bawang merah
3 ulas cili padi

Cara membuat
  1. Siang bronok dan hiris semua bahan.
  2. Campurkan dan gaul dengan jus lemon.

5 comments:

emak. bukan penari tiang berkata...

saya penah pi camping di pangkor neh dan binatang ni sangat wadehel..

saya terpijak dia dalam air, then dia dah pancut getah warna putih atas sneaker saya..

orang panggil ni

hmmmm

kote keling!

hahaha! :P

Shasha berkata...

wakakaka..lawaknya nama..anyway..kerabu tu nampak sedap tapi bila ingat makhluk macam gamat tu..isk...

LIFE IS SHORT, MAKE IT SIMPLE berkata...

nie bukan bronok, ni memg kote keling pun,sy asal langkawi, bronok warna merah pink gitu.

Juadah berkata...

bronok warna coklat kemerahan. banyak kat Langkawi setahu saya. yg kat atas ni haiwan lain kot

Tanpa Nama berkata...

Benda nie bukan bronok nie..kt langkawi bersepah binatang nie kt pantai..org langkawi x makan nie sebab org tua2 kata klu kita terpijak binatang nie akan kluar cecair pekat warna putih klu kena mata boleh buta..