Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada yang menyinggah blog saya nih? Terima kasih lah sebab sudi menyekodeng hehe... Apa perancangan musim cuti-cuti sekolah nih. Mesti banyak perancangannya bukan. Yang pastinya musim cuti nih mesti ramai yang membawa anak2 ke majlis perkahwinan kawan2 atau sedara mara, maklumlah inilah musim nya gitu hehe. Ish saya takdelah nak share menu untuk orang kahwin, tapi kali ini chek nak kongsikan menu yang sesuai untuk budak2 memasak di rumah. Yelah cuba kita terapkan minat memasak ni dikalangan adik2 yang masih bersekolah. Daripada diorang melepak kosong kat rumah atau merayau ke rumah kawan2 tak tentu hala buat benda yang tak berfaedah ( kalau diorang buat benda yang berfaedah takper biarkan!) jadi kali nih saya nak berkongsi menu yang telah saya tunjukkan dalam segmen Berita Adik bersama adik Afiq yang comel dan peramah nih! Disini saya nak mengucapkan terima kasihlah kepada krew penerbitan Berita Adik TV9 kerana sudi bertandang ke rumah saya untuk mengeshoot segmen masak-masak nih. Masak kat laman lagi u olll ! ala2 santai. Walaupun saya cakap menu nih adalah untuk dibuat oleh adik2, tapi sebenarnya kakak2, abang2, makcik2 dan pakcik2 pun boleh buat menu nih tau!. Kalau tok wan nak buat pun takde masalah lah! hehe Mudahjer nak buat!. Kalau malas nak panggang ayam tuh, u oll beli jer kat pasar raya! ada jer ayam panggang yang dah siap dijual kat sana. Kalau nak jimat lagi, pegi lepas kul 9.30 malam sebab ada less 30-50%, pas tuh simpan jer dalam peti sejuk. Bila nak pakai ambik jer.
09 Jun 2012
01 Jun 2012
Celuq-celuq
Ha.. post kali nih saya akan kongsikan resipi celur2 seperti apa yang telah saya janjikan sebelum nih . Mak saya kata janji kena kotakan? kalau tak kotakan janji dia suwuh pi kota Bharu! atau Kotaraya! hehe jadi saya shesharekan lah resipi nih kepada semua pembaca! Sebelum ni saya dah cita panjang2 dahhh pasal makanan nih tau! kalau nak baca apa yang saya merapukan sebelum nih klik ajalah kat sini . Kat situ korang leh tau cita pasal celur2 nih kenapa dia panggil celur2 dengan nama celur2 dan sebagainya! Ada tip2 lagi ok! alah tak yah cita panjang2 lah perut pun dah lapar nih apa kata kita layan celur2 yang dah saya composekan di Utusan Hari ini! Di sini saya kongsikan juga gambar saya menikmati celur2 nh dengan tokeh kedai dia! Terima kasih juga kepada Chef Ady kerana bermurah hati berkongsi resipi sos celuq2 nih! Adios!
CELUR-CELUR (Celuq-celuq)
Bahan-bahan
2 dozen celur-celur
( Pilihan makanan terproses untuk dicucuk adalah mengikut kesukaanmasing-masing)
Bahan sos Hitam manis
10 sudu makan kicap karamel pekat
5 sudu makan petis udang
100gm gula merah
2 sudu makan cuka putih
2 sudu makan kacang tumbuk
1 sudu makan biji bijan
Secukup rasa garam
Labels:
Snek dan Sandwich
13 Mei 2012
Celur-celur Gerai 7
Ha engkau! kenyang gila aku semalam, ingatkan bl balik2 malam tadi jer teman cadang naklah sharekan pengalaman makan di gerai kawan teman di permatang pauh tuh tapi semalam lepas jerrr teman makan macam ular sawa apalagi terbungkanglah jawabnya. Ha... bukan apa sebab saya nih dah lah berjanji nak tulis pasal pengalaman saya makan juadah celur-celur di gerai teman tuh dalam FB. jadi kenalah penuhi janji kalu tak takpasal teman kena sumpah hehe..Pemilik kedainya nih aku panggil ady jer, dia nih dah bukak gerai jual makan-makan ala2 western, clay pot dan sizling. Nak dijadikan cerita pada suatu hari (dah macam drama plak kan? ish hehe) si ady nih ajaklah saya pg ke gerai dia utk cuba try ngap produk makanan dia yang terbaru. Kira menu barulah nih yerk! " wei kau pernah dengar makanan nama celur-celur tak'? jap! aku cuba bayangkan seminit dua balas saya? tapi dalam bayangan saya nih duk membayangkan makanan itu perlu dicelur! Tapi oleh kerana nafsu yang membuak nak tau juga saya pun membiarkan aja lah si kawan teman nih mengexplain apa dia lah ko bondo celur celur tuh! rhuper rhupernya celur celur tuh adalah skewer food. Alahhhh makanan macam fish ball, crab stick, fish cake, tauhu yang dicucuk dengan lidi pencucuk tuh kemudian di celur dan dimakan dengan sos istimewa.
Konsepnya celur2 kemudian celup dan ngap. Cuma putar dan jilat jer takde macam biskut oreo tuh! kalau nak buat jugak suka hati korang lah asalkan bahagia hehe. Bagi teman konsep ini sangat bagus diketengahkan! cuba korang teka sebab apa makanan celur2 nih patut diketengahkan? sapa jawab betul boleh menang tiket ke NOWHERE city berhari hari 2 ke 3 malam! hehe. Pandaiiiipun... sebabbbb makanan konsep begini tak banyak dibuat oleh orang melayu, kebanyakannya banyak dibuat oleh masyarakat Cina, maklumlah! inikan makanan mereka jadi tak ramailah orang melayu yang buat dan paling bagus celur-celur di gerai no 7 nih adalah HALAL tiada apa yang perlu diragukan. Gerai no 7 ini terletak di Pusat komersial Permatang Pauh Pulau Pinang, berhampiran hadapan UiTM Permatang Pauh tau. Jadi kalau agak2 sesat nak pi try boleh carik land mark dia UiTM Permatang Pauh tempat dia kat depannnn jer UiTM .
Alah senang jer lah nak carik tempat nih. Sebenaqnya apa yang sya paling suka dengan celur2 di gerai ini adalah kerana konsepnya yang melepak sambil ngap, boleh bawak family atau kengkawan makan sebab konsep celur-celur ini adalah konsep makan sambil bergathering gitu. Yang lagi best ialah ( amboi promote gileerr dah nih hehe) korang boleh layan movie kat layar perak walaupun layarnya tak sehebat TGV dan Golden Screen Cinema tapi bolehhlah dari tak ado kan? hehe. Eh korang jangan ingat tokeh nih duk promote celur2 jer okeh! dia ada gak promote dan jual menu2 yang lain jugak tau! nasi clayport dia jual, mee sizlling dia jual, chicken chop ada fish and chip pun ada pokoknya order dan bayar jer hehe. Harga berpatutan macam celur2 tuh RM1 jer secucuk murah giler!
Labels:
Snek dan Sandwich
25 April 2012
Roti pita sumbat hirisan daging
Post kali ini saya akan berkongsi resipi exclusive yang telah saya kongsi bersama penonton Nona 22 April lepas. Kenapa saya kata ekslusif adalah kerana saya telah memasak pita daging bakar sumbat dan menyediakan satu minuman sihat jus buah dan sayur-sayuran bersama Pengacara dan DJ paling popular APBH 2012! Sapa lagi... Fafau lah. Saya rasa sangat beruntung coz dapat masak dengan cik Fafau kita nih pasal dia memang sempoi dan hot sampai saya sendiri menggigil lah masak depan dia hikhikhik. Aircond dalam studio yang sejuk tuh pun saya rasa panassss entah kenapa tah?? yelah hot sangat! ala2 Hot FM! hehe. Bila saya share gambar saya masak dengan Farah di FB, banyak yang mintak untuk saya kongsikan resipinya, jadi kali ini sebagai post paling exclusif saya akan kongsikan resipinya ok!, dalam post nih juga saya kongsikan gambar saya masak dengan Fafau. Takdelah nanti orang kata saya nih sembang lebat jer tapi bukti takdekan?. nah cuba korang cetengok! hahaaha. Saya nak mintak maaf kerana kualiti gambar makanan dan minuman yang saya kongsi nih kurang menarik sebab ini jer lah yang sempat saya ambik maklumlah nervest nya pasal masa tuh! pasal masak depan hos yang popular dan cun!! hehe. Takper, nanti2 saya ambik gambar yang cun punya ok.. Ok pada pembaca yang tak sempat tengok saya beraksi memasak dalam Nona lepas, bolehlah pi tonton.com.my dalam episod 17 dan jangan lupa cuba resipi sihat yang saya yang telah kongsikan ini selamat mencuba! JIka inginkan resipi minuman yang saya telah buat dalam nona leh klik di link ini http://azlirazali.blogspot.com/2012/04/jus-buah-buahan-dan-sayur-sayuran.html#axzz1syTnCUcR
Roti pita sumbat hirisan daging
Bahan-Bahan
2 keping Roti Pita gandum penuh (wholemeal)
600gm daging stik
80gm hirisan timun
80gm hirisan tomato
50gm sos barbeque
50gm sos lada hitam
50gm sos cili
Cara membuat
- Perapkan daging dengan lebih kurang 1 ½ sudu kecil sos lada hitam, sos barbeque dan sos cili. Anda boleh meletakkan lebih jika suka. Sebaiknya semalaman.
- Gunakan kuali jenis tidak melekat (non stik),kemudian grilkan daging tadi sehingga ¾ masak atau masak dengan sepenuhnya jika suka.
- Hiriskan daging nipis-nipis. Sapukan bahagian roti pita dengan sos lada hitam, sos barbeque dan sos cili.
- Kemudian sumbatkan dengan timun, tomato dan hirisan daging. Siap untuk dihidang.
Jus buah-buahan dan sayur-sayuran
Ini adalah jus buah dan sayuran yang saya demo di rancangan Nona bersama Fara Fauzana. Boleh dapatkan lagi satu resipi menu sihat yang juga saya demo di Nona di link ini ok
http://azlirazali.blogspot.com/2012/04/post-kali-ini-saya-akan-berkongsi.html#axzz1syTnCUcR
http://azlirazali.blogspot.com/2012/04/post-kali-ini-saya-akan-berkongsi.html#axzz1syTnCUcR
Bahan-bahan
300gm buah melon
150gm mangga masak
150gm tomato
150gm timun
400ml air
Cara membuat
Mesin semua bahan dan sedia untuk diminum.
Langgan:
Catatan (Atom)



