SALAM dan Selamat hari Isnin korang! Mesti ada yang dah cutikan? maklum lah budak sekolah pun ada yang dah cuti. Orang bekerja pulak ambik kesempatan bercuti sekali hingga sampai tahun Baru Cina kan? senang. Apa nak kisah cuti pun banyak lagi betul tak? Apa menu untuk hari ini?. Sudah fikir2 nak masak apa. Kali ini cuba buat menu santai. waldoft salad dengan ayam bbq. Saja jer buat dua menu dalam satu. Nampak kelainan sikit. Menu ini saya kategorikan sebagai snek appetizer. Snek tuh pasal ada ayam bbq goreng dan appetizer tuh mengandungi starter daripada salad. Tap ikalau rasa malas nak buat dua2 tuh, u all buatlah salah satu. Yang mana satu idaman kalbu! bak kata lirik P Ramlee. Ok happy mencuba!
31 Januari 2011
29 Januari 2011
Yellow River Bun
Roti Yellow river nih warna dia kuning dan bentuknya umpama air yang mengalir di sungai membuatkan nama dia dipanggil yellow river. Pada siapa yang pernah buat tocang rambut memang senang nak buat roti nih pasal kalau nak buat bentuk roti nih anda perlu tocang roti nih seperti menocang rambut. Roti ini dikategorikan dalam kumpulan roti manis (sweet bun).
Labels:
Roti dan donut
28 Januari 2011
Sup Lobak Merah Berkrim
Salam kepada semua bloggers dan pengunjung. Saya harap anda semua dalam kesejahteraan. Dari Dapur Azli Razali kali ini akan menceritakaan tentang sup so apa kata bacalah artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut ok. Selamat membaca!
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar:Utusan Malaysia
---------------------------------------------------
BANYAK kategori sup terdapat di dunia ini. Jika di Malaysia kita mempunyai sup-sup yang sungguh popular seperti sup ekor dan gear box yang boleh dihirup begitu sahaja atau menikmatinya dengan nasi atau roti pound.
Saya sendiri suka menghirup sup-sup yang panas serta berempah kerana ia boleh melegakan badan selepas menikmatinya. Mungkin anda sudah biasa membuat sup dengan mengunakan produk segera yang dibeli di pasaran.
Labels:
Artikel
Sup Lobak Merah Bekrim
Slurppp! ha tuh bunyik bila kita sedang menghirup sup yang panas hehe. Baiklah anda suka hirup sup? why not u all cuba sup berkrim yang dibuat sendiri. Senang jer buat sup berkrim kalau nak buat sayur2 yang lain pun boleh ganti jer dengan carrot nih. U all boleh gantikan dengan cailiflower, brokoli, jagung dan macam2 lagi. Guna aja asas sup krim nih ya. Pastuh beli roti Perancis, bakar dan sapu dengan mentega bawang putih. Aduhh mashukkknya tidak terkira! resipi adalah dari artikel saya yang keluar di Utusan Malaysia dan jika u all nak baca artikel dan tgk gambar sup nih klik lah kat sini. Apa lagi jom kita menghirup sup!Selamat menghirup!
Labels:
Sup
27 Januari 2011
Kek peach dengan cokies bersos
![]() |
Kek peach dengan cokies bersos |
![]() |
Kek peach sebelum diterbalikkan |
Bahan-bahan
Kek
250gm mentega
250gm gula
5 biji telur
250gm tepung halus/ tepung kek (superfine)
1 sudu teh serbuk penaik(baking powder)
4 ketul buah peach dalam tin-hiris
Labels:
Kek
Langgan:
Catatan (Atom)