Pages

12 November 2019

Kari kekapis

Assalamualaikum! Resipi kari kekapis nih mudah untuk dibuat tetapi ia mungkin sedikit lain kerana menggunakan kekapis atau lebih dikenali sebagai scallop. dan memasukkan serbuk kunyit dan kacang buah pinggang. Saya menggunakan kekapis yang sejuk beku sebab harga dia lebih murah sikit dan mudah didapati jadi anda mahu merasai kari yang sedikit ada wow! Apakata cuba resipi nih, kalau nak wow lagi beli lobster masak kari... wow sangat kan!?  terima kasih https://iresipi.com/resepi/kari-kepala-ikan/show dengan resipinya, saya telah  ubah tambahkan dengan sedikit renovation hehe.. selamat mencuba!

Bahan Bahan

  • 700 gram kekapis
  • Bahan untuk di tumbuk
    • 3 ulas bawang merah*
    • 3 ulas bawan putih*
    • 1 inci halia.*
    • 1/4 biji bawang besar*
  • Bahan untuk di tumis
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 1 sudu kecil halba campur
    • 1 batang kecil kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • Sedikit daun kari
    • Bahan-bahan lain berkaitan
    • 2 cawan santan cair
    • 1 1/2  cawan santan pekat
    • 3/4 paket rempah gulai ikan
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu besar serbuk kunyit
    • 1 biji tomato di potong 4
    • 5 batang bendi
    •  2 keping asam keping
    • garam dan gula secukup rasa
    • 3 sudu besar  kacang buah pinggan( kalau suka lebih silakan)

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
  2. Bancuhkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk cili menjadi paste yang pekat.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
  4. Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan asam keping dan kekapis, tutup selama lebih kurang 2 minit di atas api sederhana.
  5. Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
  7. Angkat dan taburkan kacang buah pinggang. Siap dan sedia dihidangkan.

Sanwich Roti Artisan


Assamualaikum! lama tak menerjah ke blog sendiri dan berkongsi resipi... Tapi entah kenapa hari saya teruja pula nak berkongsi resipi sandwich. Kali ini saya akan kongsikan resipi sandwich roti ARTISAN. Mungkin ada yang tak biasa dengan roti Artisan. roti Artisan adalah lebih dikenali sebagai roti eropah kuno kerana untuk membuat roti ini kita perlukan starter atau agen penaik khas yang harus diternak sekurang kurang nya 2-4 hari di dalam peti sejuk dan kemudian kita campurkan dalam adunan tepung ketika ingin menguli doh roti. Membuat roti artisan lebih rumit sedikit daripada membuat roti biasa kerana hasil roti yang dibakar haruslah keras dan garing di luar tetapi lembut didalam. Baru baru ini saya ada mempelajari membuat nya dan saya akui ia memang rumit, dan kali ini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sandwich artisan. Tidak banyak kedai roti yang menjual roti artisan in. Mungkin French baguette yang lebih popular disini jadi anda harus rajin mencari nya di kedai kedai roti tertentu yang mungkin ada menjual roti jenis ini. Banyak jenis roti artisan  antaranya baguett,ciabatta, sour dough bread dan macam macam lagi. Anda jangan khuatir dengan tekstur luaran roti ini  kerasnya seperti papan kayu kerana anda hanya perlu toastkan nya sebelum manikmatinya atau membuat sandwich jadi selamat mencuba!


Bahan Bahan
6 keping roti artisan
2 Biji Telur
100gm isi ayam-potong dadu kecil
1 biji bawang kecil-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
150 gm brokoli dipotong kecil
2 ulas cili padi
Sedikit minyak dan garam

Cara membuat
  1. Panaskankan minyak dantumiskan bawang merah dan abwang putih.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sehibngga ayam masak.
  3. Masukkan telur dan brokoli kacau sehingga sebati. 
  4. Perisakan dengan garam. angkat dan makan bersama roti artisan.




04 Disember 2014

Daging goreng keledek dengan sos perang

Dari kecil saya nih tinggal bersama aruah nenek dan datuk saya di kampung Kondok Nilai Negeri Sembilan sehinggalah saya tamat sekolah menengah. Atuk saya nih jenis orangnya suka sangat bercerita terutamanya sejarah-sejarah Tanah Melayu, Cerita dari dia mula jadi askar sampai lah insiden zaman dia berperang berperang dengan rtentera Jepun. Datuk saya nih sebenarnya garang orang nya. Pernah saya dikejarnya keliling rumah sebab berebut siaran TV dengannya sahaja tetapi kadang-kadang lucu juga orangnya dan kerap jug cerita lucu yang keluar dari mulutnya. Nama panggilan datuk saya nih Lembab walaupun nama sebenarnya adalah Mahat.Tanyalah dengan semua orang kampong sapa yang tak kenal lembab Ketua kampong merangkap dukun kampong pada masa itu yang suka mengubati orang sakit. Walaupun nama panggilan popularnya lembab tapi ingatannya sangat kuat mengingati setiap peristiwa sejarah yang dilaluinya. 

02 November 2014

Gulab Jamun Manisan India

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Ish dah lama giler saya tak post kat blog nih lah, tapi hari nih tiba2 rajin pulak, bukan apa sebab ada bahan jadi copy paste jerlah. Sebenarnya artikel nih adalah salah satu dariapa dua artikel yang telah saya hantar kononnya untuk di kongsikan dalam ruangan saya Dari Dapur Azli Razali dalam akhbar Utusan setiap hari Jumaat untuk bulan Julai lepas. Selepas beberapa minggu masih juga tidak diterbitkan dalam ruangan itu saya menjadi blur2 hairan pasal apa lah artikel saya tak diterbitkan juga. Takde angin takde ribut rupa2nya ruangan saya itu telah ditamatkan tanpa pengetahuan saya. Walaupun saya ada bertanyakan samada ruangan saya itu masih wujud lagi atau tidak tetapi tetap tiada balasan untuk soalan saya itu. Sedihlah juga sebab dah hampir 3 tahun saya berkarya dlaam ruangan saya tuh. Tup tap tup tap ditamatkan akhirnya. takperlah bak kata Tun Mahathir Kalau makan kenyang sangat nanti kita akan jadi mual  jadi sebelum ruangan tuh menjadi mual lebih baik diorang tamatkan. Itulah alasan yang logik  bagi nak menyedapkan hati saya mungkin.

17 September 2014

22 Mei 2014

Ayam Percik Sempoi

Ayam percik merupakan juadah tradisioanal melayu yang mempunyai identitinya tersendiri. Ianya menggunakan pelbagai bahan masakan Melayu asli. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ayam percik membawa maksud yang ayam itu akan dipercikkan dengan kuah percik semasa ia dibakar atas pemanggang arang. Dengan percikan kuah yang dilakukan sepanjang proses membakar ayam itu maka rempah-rempah akan meresap dalam ayam dan akan memberikan rasa yang enak bersama  aroma asap salai dalam ayam itu. Menu ini merupakan juadah yang sering juga.saya sediakan apabila balik kampung kerana keluarga saya memang suka makan ayam percik yang saya sediakan.

24 April 2014

Jalan-jalan di Hongkong sambil cari Makan


 Hai assalamuailaikum dan salam sejahtera semua! Apa kabar? harap sihat. Lamanyalah tak mengomel dalam blog sendiri nih! Untuk pengetahuan anda, saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah tumpangan (guest house) apabila saya melancong dan cari makan ke Hong Kong baru baru ini. Chungking Mansion adalah kawasan rumah pangsanya yang telah diubahsuai menjadi bilik-bilik sewa. Ia.terletak di Nathan Road di Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong. Terdapat banyak pilihan rumah tumpangan disini yang terletak dalam rumah-rumah pangsa. Bila saya sampai jer kat tempat nih masyaAllah saratnya lah dengan orang! terasa macam dalam suasana kat tempat gangster dalam filem2 kongsi gelap Hong Kong tuh tau! Tapi nak wat camana dah tempah kat sini. Nak adventure sangat konon! Hambik kau!  hehehe. Saya garenti ada sesetengah orang sure berasa tidak selamat dan berasa rimas dengan keadaan yang macam nih. Dengan orang yang pelbagai manusia sibuk keluar masuk berkeliaran di kawasan ini!  
      Tetapi bagi saya ia suatu pengalaman yang baru dan menarik kerana ia ternyata berbeza dengan pengalaman saya melancong sebelum2 ini. Hongkong adalah sebuah Bandar yang cantik dan malamnya sungguh berwarna warni dengan lampu neon yang menerangi di setiap ceruk Bandar ini. Sebuah kota yang terancang, sesuai sebagai sebuah bandaraya pelancongan. Bangunan2 pencakar langit yang pelbagai bentuk ada di Bandar ini! Tinggi2 belaka! Kira ada jer bangunan2 yang cantik yang boleh kita selfie2 ok! Bagi mereka yang suker berselfie, kat bangunan pun jadi yer!
Tuh belum lagi dengan bus double decker dan bas elektriknya lagi. Pun cantik untuk dijadikan background untuk berselfie!! Hehehe tak kisah lah janji ada kenangan! Di Hongkong walaupun duitnya rendah tetapi kebanyakannya harga barangnya adalah dua kali ganda lebih mahal dari duit kiter!. Yang pasti kalau pi mana2 negara yang mahal jangan dokonvert duit kita! memang terbeliak-beliak lah biji mata sebab mahal! Bercakap pasal transportation plak di Hongkong Keretapi bawah tanahnya iaitu MTR memang memudahkan anda untuk kemana-mana. Yang penting sampai jer airport belilah kad MRT yang dipanggil Octopus card. Then boleh guna untuk berjalan sampai lebam!        
         Kalau boleh beli yang unlimited travel tuh lagi bagus berharga 300dollar bersamaan 150hinggit! Saya sampai di Hongkong malam jadi jawapannya berehat jer lah esok jerlah baru mula jalan! So hari pertama di Hongkong saya telah mengunjungi The Peak iaitu puncak dimana anda boleh melihat permandangan Hongkong yang cantik dari atas bukit. Untuk sampai ke puncak tuh kita boleh menaiki bas atau kereta atau teksi sebab ada jalan raya ker atas sana kalau nak lebih rasa classic boleh naik keretapi klasik ke atas yang dipanggil tram Di sini, jika anda ingin ke tempat menarik yang berbayar anda perlu datang awal. Jadi tidaklah anda beratur terlalu panjang dan menunggu lama untuk masuk ke tempat itu. pi awal pagi dalam kul 9 camtuh ! itupun dah beratur dah! Di sini juga terdapat Madame Tussauds, muzium lilin yang dmempamerkan patung seleberiti popular dunia. Terdapat dua buah taman tema yang sangat popular di Hongkong iaitu Disneyland dan Ocean Park. Oleh kerana saya cuma mempunyai tiga hari di sini. (Hmmm orang tak lama kat sini sedih!) Jadi saya hanya sempat ke Ocean Park sahaja. Mungkin lain kali jika ke Hongkong lagi pasti saya akan ke Disneyland pula. Ocean park adalah taman laut yang mempunyai taman tema permainan seperti roller coaster, whirly bird, the flash dan macam-macam lagi. Selain itu terdapat akuarium hidupan laut, pertunjukan ikan dolphin dan singa laut dan zoo panda. Memang cantik tempat nih taman temanya kalau nak pi boleh naik kabel car atau train! tepi laut lokasinya!  Hari terakhir kami berjalan-jalan di Bandar Hongkong dan destinasi yang kami kunjungi adalah Pelabuhan Harbour, muzium seni dan star avenue.Di waktu malam aktiviti yang harus dilakukan adalah berjalan-jalan sekitar Hongkong dan membeli belah. Apa lagi shopping lah uolll! Banyak tempat shopping ala2 street market kat sini contohnya seperti di lady’s market, sneakers street dan temple street market. Ia umpama kedai-kedai di Petaling street tetapi disini lagi meriah!
Apa yang penting kalau nak soping sakan bawak duit lebih! habis cerita. Kau shopping lah macam nak rak! No hal nya. Kalau bawak duit ciput cam saya nih, shopping ala2 sopan2 manja jerlah, beli mana yang patut jer! tetttt! Bagi pelancong Islam, makanan Halal boleh kita cari disni. Saya mendapatkannya di sekitar penginapan saya dan di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre yang terletak di 40 Oi Kwan Road Wanchai, Hong Kong, Wan Chai, Hong Kong. Disini terdapat makanan Cina yang yang halal dan jika ke sini jangan lupa mencuba dim sum halal yang sangat popular di jual di kantin dalam bangunan ini. Tapi kat sini pun kalau nak pi kena pi awal. Kalau tak dimsum wasalam !  A.K.A akan cepat habis kerana memang sangat ramai yang datang ke kantin ini. Rugilah kalau pergi then u oll tak cuba dimsumnya yang enak itu. Di sekitar masjid ini juga terdapat makanan yang halal seperti makanan arab dan India. Baiklah Saya kongsikan satu resipi dimsum goreng yang telah diubah suai.Terima kasih kepada Chef Hidayat atas resipi ini.
 

17 Februari 2014

Kelebihan Sayur Kangkung!


Sayur kangkung turun harga dan berita ini memang benar-benar! Sebelum ini cerita penurunan harga kangkung oleh PM kita mendapat berita yang sangat meluas di media massa. Dengan pengumuman penurunan harga sayur kangkung itu telah membuatkan ramai yang memuat naik cerita tentang sayur ini dalam status facebook mereka. Bermacam-macam cerita tentang kangkung yang dimuatnaikan mengikut cara masing-masing.  Ada juga yang membuat parody lucu tentang kangkung dengan begitu kreatif. Kelakar pula membaca tentang cerita kangkung itu. Tiba-tiba pula ia menjadi sensasi! Walaupun cerita tentang kangkung agak suam-suam berbanding sebelum ini tapi saya tetap mahu bercerita tentang kangkung kerana ada infomasi yang baik untuk kesihatan sebenarnya sayur kangkung ini ya.

Kerabu Daging dengan Kangkung

Bahan-bahan

160gm kangkung

250gm daging

100gm kentang

1 biji bawang besar-hiris

3 batang serai-hiris

50gm daun selasih-hiris

2 biji cili merah-hiris

10 biji cili padi-hiris

2 ½ sudu besar jus limau nipis

¾ cawan kelapa parut putih

80gm kerisik

Secukup rasa garam

12 Oktober 2013

Kuah Rojak Buah Kakcikku!

Kadang kala ada juga saya ke pasar malam membeli juadah untuk isi perut yang kebulur nih jadi kesempatan saya berkunjung di pasar malam saya ada terlihat ada orang yang menjual rojak buah di sana dan mungkin pada sesiapa yang berminat untuk berniaga kuah rojak atau rojak buah bolehlah menggunakan resipi kuah rojak yang saya kongsikan minggu ini. Jika tidak menggunakannya untuk sumber pendapatan sampingan sekalipun anda bolehlah membuatnya dirumah untuk dimakan sendiri. Saya harus berterima kasih kepada kakcik saya Puan Sarimah kerana berkongsi resipi ini dengan saya. Apabila merasa kuah rojak yang dibuatnya terus sahaja saya meminta resipinya untuk dibuat sendiri dirumah ternyata rasa kuah rojak kakcik saya ini sungguh sedap sehingga menjilat jari. Kalau tak caya cubalah sendiri! Rojak buah boleh dikategorikan sebagai salad namun kebanyakan lebih gemar mengambilnya sebagai makanan sampingan. Hidangan ini merupakan hidangan yang sihat kerana menggunakan buah-buahan tropika seperti mangga muda,nanas, jambu air dan jambu batu. Semestinya buah-buah ini mampu membuat kita kecur lidah terutamanya mangga muda!. 

02 September 2013

Salad Epal


Salad ini adalah antara salad yang paling mudah nak buat. Selain itu salad ini juga berkhasiat untuk anda kerana buah epal memang kaya dengan pelbagai vitamin antaranya vitamin C dan ia juga mengandungi tinggi antioksida. Kalau tidak takde lah kata-kata an apple a day can keep the doctor away kan?. Oklah apakata kita sihat selalu dengan makan epal!


Bahan-bahan
2 Biji epal hijau
2 Biji epal merah
¾ cawan mayonis
¼ cawan jus limau
Secukup rasa garam, gula dan lada sulah

Cara membuat
 Kupas epal dan potong dadu kemudian campurkan semua bahan dan gaulkan sebati.

Hero Dapur

Bersama pengarah Shuhaimi Lua
Tgh memasak bersama aesar Mustafa
Selesai Shooting
Assalamualaikum & salam sejahtera. Minggu lepas saya sempatlah merakam satu segmen Chef Blogger untuk program masak memasak iaitu Hero Dapur terbitan Tanah Beris Production Sdn Bhd. Segmen ini dihoskan oleh Aesar Mustafa dan Nik Micheal tayangan untuk TV2 dan segmen ini lebih kurang 7-8 minit sahaja. Jadi saya telah menunjukkan satu resipi ringkas dan sihat iaitu roti sapuan kentang lenyek untuk semua penonton rancangan ini. Ok pada mereka yang nak dapatkan resipinya kena tunggu siaran program ini very2 soon dan yang pastinya saya akan war2kan bila program ini akan bersiaran. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pengarah rancangan ini yang berkaliber dan kreatif dan namanya sedang meletup letup naik  sekarang ini iaitu saudara Shuhaimi Lua kerana sudi mengundang saya sebagai chef jemputan, kepada hos Aesar Mustafa dan team produksi yang sangat best!


23 Ogos 2013

Cari Makanan Halal Di Bankok

Saya pernah menulis artikel saya mencari makan ke Surabaya sebelum ini dan banyak sekali maklumbalas yang positif daripada pembaca kerana mereka suka akan konsep tulisan ini. Rentetan daripada itu ada juga yang mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman melancong saya  ke tempat lain pula terutama di negara-negara bukan Islam kerana katanya jika saya coretkan pengalaman ke negara-negara seperti  ini ia pasti dapat membantu dan memudahkan mereka untuk mencari makanan halal. Baiklah pada minggu ini apakata saya berkongsi pengalaman saya melancong dan mencari makan ke Bankok Thailand pula. Minggu lepas saya telah ke Bankok Thailand kerana membentangkan kertas kerja. Walaupun baru dua kali saya berkunjung ke negara gajah putih ini namun soal mendapat makanan halal bukanlah masalah besar kerana banyak makanan orang Islam yang boleh anda cari.
Bankok bagi saya adalah kota pelancongan yang tidak pernah mati. Carilah apa saja di sini pasti akan anda temui. Yang paling seronok adalah budayanya yang memang menjadi tarikan utama kepada pelancong. Bukan setakat budayanya yang indah tetapi makanannya juga enak-enak belaka. Satu tip yang suka saya nak kongsikan dengan pembaca adalah jika mahu mencari makanan halal disini anda hanya perlu google dan carilah masjid di kota Bankok kerana dimana ada masjid di situ pasti ada makanan halal.  Kami bertolak ke Bankok daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5.05 dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke lapangan terbang antarabangsa Don Mueang Bankok.

Lapangan terbang ini adalah lapangan terbang lama sebelum Lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi dibuka. Sebaik sampai saya terus menaiki teksi ke Jalan Khaosan. Disini ada makanan halal dan malam itu kami makan di restoran Sarah iaitu restoran Lebanon. Keesokan harinya kami ke Pasar terapung Damnoen Saduak yang mengambil masa 1 jam 30 minit  untuk sampai.
Di Pasar terapung Damnoen Saduak 
 Anda perlu ke sini kerana keunikan pasarnya adalah mereka menjaja dalam sampan dan memang sangat teruja melihat suasana pasar disini. Ada satu restoran halal disini yang pemiliknya beragama Islam dan berasal daripada Patanni Thailand.
Makanan Halal di Pasar Terapung
Kami mengambil pakej pelancongan setengah hari yang yang berharga 20 bhat lebih kurang RM 20 kita disini. Petangnya kami kembali ke Jalan Khaosan kerana disini ada beberapa gerai dan restoran halal di sekitar masjid Cakrabongse dan anda hanya perlu menyusuri lorong Trok Surao untuk mendapatkan makanan Islam. Aras tanda yang paling mudah dicari adalah ia berhadapan dengan pasaraya Tang Hua Seng kerana tempat makan ini berada di bahagian lorong dan untuk ke masjid pun anda perlu berjalan melalui lorong ini.

Lorong Trok Surao


Restoran halal di Cakrabongse 
Gerai-gerai disini dibuka seawal 7pagi dan tutup selepas waktu Isyak. Kemudian kami ke Silom pula untuk menginap disini. Tempat makan seterusnya adalah kami menuju ke restoran Cili Padi tidak jauh daripada tempat tinggal kami anda hanya perlu menaiki keretapi BTS ke stesen Surasak dan dengan mudah anda akan sampai dengan pengangkutan BTS kerana restoran ini berhampiran stesen keretapi ini. Restoran ini menyajikan masakan Malaysia. Hari seterusnya adalah mencari makan halal ke lokasi di Jalan Phetchaburi 7
Salah satu restoran halal di Petchaburi
MAKANAN HALAL DI PETCHABURI SOI 7
Antara temnpat shopping popular di Bankok

Membeli belah di pasar Chatuchak

Makanan halal di Restoran Hayati di Petchaburi Soi(Jalan) 7

Restoran Cili padi  di Bankok!
Pasar ini sangat luas dan memang puas hati jika anda membeli belah disini kerana kesemua barangnya dijual dengan harga yang sangat murah. Memang rambang mata di buatnya!. Minggu ini saya kongsikan satu makanan yang saya nikmati disini.

30 Julai 2013

Kek/Apam gula hangus

Berikut saya kongsikan Kek atau apam gula hangus selamat mencuba!

Bahan bahan
2 cawan gula
2 cawan air
5 biji telur
1/2 tin besar susu pekat amnis
2 cawan tepung
125gm butter
2 sudu makan soda bikarbonat
1 sudu teh vanilla essense

Cara-cara penyediaan
  1. Masak gula hingga perang kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula sebati
  2. Masukkan mentega/marjerin
  3. Ayak tepung bersama tepung
  4. Campurkan gula dengan vanilla dan susu biarkan sehingga sejuk sebentar..
  5. Kemudian masukkan tepung dan kacau sebati
  6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celsius selama 40 minit.

16 Julai 2013

Bungkusan manis Tropika

Bungkusan Manis Tropika nih sebenarnya cam popiah jer ! Tapi rasa dia manis. Hidangan pencuci mulut nih sebenarnya adalah hidangan segmen ke3 dalam Hidangan Barakah  episod 7 yang bersiaran di TVAlhijrah ok! hehe. Sebenarnya ada cerita disebalik menu nih. Sebenarnya pada masa shoot segmen nih hari tuh sepatutnya bentuknya tak begini . Sepatutnya saya nak bunjut dia macam parcel tapi entah macamana jenis popiah yang disediakan pihak hotel nih, alahai sedih . Jenis yang tak boleh melekat. Serius cuak giler gak biler tenyeh2 taknak lekat adoiii! yelah  sebab benda tengah buat nih kamera tengah rakam. Giler tak cuak! Tapi still kontrol macho lah haha. Jadi oleh kerana nak cover malu yang amat nih saya just gulung dan cucuk dengan pencucuk gigi. Alahai masa rakam pun saya goreng ngan pencucuk gigi tuhsekali  u oll tapi alhamdulillah menjadi. So kalau nak beli kulit popiah belilah kulit popiah yang bagus kualitinya ok. Lagi satu jangan dibiar kat luar lama sangat nanti keringkulitnya, susah nak melekat. Nanti bila tak leh lekat mulalah nak tergelabah kan? akhirnya ambik action buang jer kulit plak nanti. Jangan!!!! tak baik membazir tau. Ia masih boleh diselamatkan dengan cara cam apa yang saya buat. Apa lagi tak nak try ker menu terkejut saya nih! sedap tau kalau tak buat rugi semua main boh jer! senang!

SUP BEBOLA DAGING BIJIRAN

Kali ini saya kongsikan pula resipi  dalam menu segmen kedua Hidangan Barakah Yang bersiaran di TV Alhijrah. Saya suka sup nih sebab berkhasiat . Saya gunakan emping jagung dalam bebola daging so dia tambah fiber dalam sup nih ok! lagi satu saya buat bebola daging sendiri u olll. Daging kisar sendiri! Kalau guna yang mesin sendiri lagi bagus sebab lagi sihat. Yang beli tuh banyak lemaknya nanti sup pun penuh jerr minyak. Habislah nanti diet u olll kan? leh tambah spare tayar kat badan plak nanti. dah tak cun & x berapa nak sihat ok . Jadi seeloknya proses sendiri daging tuh guna pemproses makanan. Oklah taknak bebel banyak apakata anda cuber resipi nih. Yang penting bebola tuh buat comel2 cam saya ok ! hahaha comellah sangatkan? perah santan tua betul! cauu! assalamualaikum!

Ayam bakar oat


Lah jangan susah-susah hati, senang jer buat resipi nih campak2 bohjer bakar dah jadik! Kalau nak guna daging pun boleh tak semestinya ayam jerpun. Baiklah saya kongsikan resipi dalam Hidangan Barakah Episod 7 yang bersiaran di TV Alhijrah. kepada yang terlepas menonton bolehlah ambik resipi nih dan cuber ok!

Hidangan Barakah Episod 7 di TH Hotel Alor setar

Assalamualaikum semua! hari ini apa menu untuk berbuka puasa anda semua?. Apa! kepala sudah jem memikirkannya? ha...ada yang belum set menu apa nak masak? hmmm saya pun sama ahahaha.. Tapi apa2pun kepada yang jem tuh takyah beli roti nak sapu jem.. Saya ada penyelesaiannya. Saya just nak share kat u olls yang petang nih saya akan bersiaran dalam program masakan  Hidangan Barakah . Episod kali ini adalah rakaman yang telah dibuat di Tabung Haji Alor Setar Kedah Darul Aman selaku penaja utama rancangan ini. program ini akan keudara  petang ini di TV Alhijrah ok. Ya.. ya.. ya.. saya tau kul 4petang, ramai yang masih tersadai kat opis kan? lahh... takper.. kalau tersadai kat opis, korang leh tgk online semasa rancangan ini keudara di www.1malaysiaiptv.com.my! No hal nya! apa kat opis pun internet kena sidai tak leh nak tgk. Ish ish2 apalah semua kena block erk. nak tgk benda baik pun kena block gak ker? atau dah lama company tak bayar bil tenet tuh!!! tutttt hahaha. Takper anda masih boleh menonton rancangan ini secara ulangan! jam 12.30 pagi. jangan tidur dulu ok! ha kau! baiknya TV Alhijrah, siap bagi ulangan sebab tak knak kecewakan penonton2 sekalian alam ok! nak bagi korang tengok gak lah tuhkan? hahaha. Oklah saya akan kongsikan semua resipi dalam episod kali ini dalam blog saya nih. Just tgk jer gambarnya ok! kasi besar sikit kalau nak salin silakan, kalau nak copyy pun silakan, kalau nak snap gambar pun suka hati korang lah, cukup bulan bayar royalti  kat I..hahaha. Ish takde lah saya gurau jer, semuanya ikhlas dari hati ini cewah! yang penting korang boleh sebar2kan resipi nih kepada orang lain! Yang lebih penting lagi jangan duk copy jer resipi buat pekasam tapi tak pernah nak cuber! penat eden duk mengedit gambar nih ok! Oklah jangan luper temujanji kita petang ini yer. wah berdating kita u oll wakakaka. Assalamualaikum!

18 Jun 2013

Percutian Ke Surabaya

Dua minggu lepas saya sempat melancong ke Surabaya selama 3 haribersama Editor saji abang Joha dan make up artis terkenal abang Zul Fazli. Pada mulanya saya terpaksa membatalkan percutian saya ini kerana ayahanda saya yang tercinta baru lima hari pulang ke rahmatullah sebelum saya berangkat. Insiden sedih ini telah membantutkan semangat saya untuk bercuti tetapi setelah dipujuk oleh rakan dan ditambah lagi semua tiket dan pakej telah dibayar jadi saya kuatkan semangat untuk terus juga.Tak pergi membazir pula nanti! Tak apalah saya hanya mampu redha kerana Allah lebih sayangkan aruah. Mungkin percutian ini saya dapat tenangkan hati yang sedih ini disamping dapat juga saya membuka mata melihat tempat orang.Yang paling penting pengalaman percutian saya ke Surabaya dapat saya kongsikan bersama pembaca setia ruangan ini. Surabaya memang satu tempat percutian yang menarik. Surabaya merupakan Bandar kedua terbesar selepas Jakarta. 
 Surabaya bermaksud buaya dan ikan jerung dalam bahasa jawa kerana legendanya kedua binatang ini pernah bergaduh berebut Surabaya. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat di Surabaya antaranya jawa, Madura, Sunda, Batak, Banjar, Minangkabau dan Bugis. Jadi kehidupannya memang dekat dengan kita di Malaysia terutama yang ada pertalian darah dengan kaum masyarakat ini maklumlah kita ini serumpun. Penerbangan ke Surabaya mengambil masa 2jam 30 minit dan kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya jam 11 pagi. Kami terus menuju ke kampong Monopoloh di Bandar Malang kerana menghantar pembantu rumah teman saya ke sana untuk meraikan majlis perkahwinan anaknya. Kami telah melewati satu kawasan banjir lumpur yang telah menenggelamkan sebanyak 16 buah kampung. Banjir lumpur panas Sidoarjo atau Lumpur Lapindo adalah peristiwa penyemburan lumpur panas di lokasi penggalian PT Lapindo Brantas di desa Renokenongo, Sidoarjo sejak 27 Mei 2006 Kawasan ini telah dibina tembok yang tinggi juga supaya lumpur tidak sampai ke jalan raya. Dikatakan pada mulanya kawasan ini dirancang untuk menggali minyak tetapi kerana kecuaian pihak berwajib maka berlaku kecelakaan sehingga tersembur banjir lumpur. Perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke kampong bibik teman saya yang saya panggil bah saja. Jauh juga rumah bah nih sampai naik lenguh buntut. Tapi apabila sampai dikampungnya saya teruja melihat kehidupan kampungnya. 
  Yang paling menarik dapurnya masih lagi tradisional iaitu dibuat dari lumpur dan menggunakan kayu api. Best giler! Setelah selesai makan malam di rumah Bah Kami bermalam Grand Palace Hotel di Malang. 
Pelbagai Jenis Kuih . Enak bangat!
 Hari kedua pula kami sempat singgah di pasar pagi kota Malang dan disini saya sungguh teruja kerana pelbagai makanan tradisi orang Surabaya terutamanya masyarakat  Jawa yang tidak pernah saya nampak dan rasa saya temui di sini seperti tape bakar,dawet, lumpur dan leker dan macam-macam lagi. Yang paling seronok adalah melihat tempe yang dijual di pasar ini.Macam2 jenis dan bentuk tempe ada dijual disini.
Pelbagai tempe dan tauhu

 Selepas itu kami ke daerah batu Malang menuju ke Kusuma Agro Wisata  sebuah kawasan tanah tinggi yang terkenal dengan penanaman epal. Tetapi malangnya musim buah epal adalah pada bulan Ogos. Kami berasa sedikit kecewa tetapi kami sempat memetik limau di ladang ini. Kami hanya dibenarkan memetik 2 biji limau ajer! Jadilah dari pada takde kan?
Di Ladang Epal!
Selain buah-buahan sayur sayuran turut ditanam di ladang seluas 70 hektar ini. Sebelum berangkat kami disajikan dengan jus dan puding guava merah.
Mmmm sedap betul rasanya! 
Jus Guava dan puding Guava merah. Yummy!

  Selepas itu kami ke air Terjun Coban Rondo. Air terjun yang setinggi 84 meter ini tersimpan cerita legendanya iaitu seorang puteri telah menjadi janda di air terjun yang menunggu kepulangan suaminya yang telah mati mempertahankannya dari gangguan seorang jejaka.
Ini kes cinta sinetron, jantan ngorat bini orangler! Cis bedebah kau! Jantan x guna! Hehe. Setelah kejadian itu air terjun ini dinamakan Coban(air terjun) Rondo (janda) dalam bahasa jawa.
Setelah itu kami menuju ke lokasi seterusnya iaitu Gunung Bromo  yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, di timur kota Malang. Kami tidur satu malam disini. Kawasan ini sejuk yang amat jika di bulan Ogos dan suhu boleh mencecah 2 darjah Celsius. Pada malam tuh suhu hanya 10 darjah Celsius jer. Itu pun dah berasap asap mulut bila bercakap! Gunung Bromo (dari bahasa Sansekerta atau Jawa Kuna adalah Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai kawasan pelancongan di Jawa Timur.Tidak lengkap kiranya kalau berkunjung disini jika tidak melihat panorama matahari terbit.
Melihat sunrise di Gunung Penanjakan
Orang melihat sunrise di Gunung penanjakan
 
 Seawal jam 3 pagi kami telah bangun menuju ke gunung Penanjakan dengan menaiki kenderaan Jeep Pacuan 4 Roda. Suhu di di sini sungguh sejuk iaitu sekitar 10 darjah Celsius.  Jalan menuju naik ke gunung ini berliku-liku dan sangat tajam. Ianya berbahaya jika tidak berhati hati. Macam Camel troffi rasanya masatuh! hehe. Untuk sampai ke sini perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Apabila sampai di puncak penanjakan kami sempat pekena kopi panas tapi lepas 5 minit kopi dah jadi kopis dingin sebab suhu sejuk di atas puncak nih! Matahari mula terbit jam 5.15 pagi dan saat itu semua orang sungguh teruja termasuk saya apabila dapat melihat kecantikan matahari terbit ciptaan Tuhan! Saujana mata memandang! Dari sini kita boleh melihat gunung Bromo, gunung Semeru dan gunung Batok. Selepas 2 jam kami menuruni gunung penanjakan dan menuju ke savannah di kaki Gunung Bromo.
Savannah di kaki di Gunung Bromo. 

Gunung Bromo merupakan kawah gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 2011. Kawasan ini digelar lautan padang pasir kerana dilitupi oleh belerang gunung berapi dulu dan hanya rumput dan lalang sahaja yang tumbuh. Disini ada tempat menarik lain antaranya padang pasir yang digelar pasir berbisik. Ia dikatakan pasir berbisik kerana pada Bulan Ogos merupakan musim angin kuat dan apabila pasir ini ditiup ia akan mengeluarkan bunyi seperti psst psst psst kerana pasirnya bergesel antara satu sama lain apabila angin bertiup.  Menarikkan? Tempat ini juga pernah dijadian lokasi filem Pasir Berbisik lakonan hebat Dian Sastrowardoyo dan Chritine Hakim. Walaupun untuk sampai ke sini dalam 20 minit tapi saya tak sempat nak pergi ke paasir berbisik ini, maybe next trip pasti saya akan pergi.



Permandangan Gunung Bromo dari bawah


Permandangan Gunung Bromo dari lokasi hotel kami

Hari Ketiga adalah peluang kami membeli belah sakan di Kota Surabaya! sebelum itu kami singgah di Muzium rokok Sempoerna. Rupernya ada makna sempoerna iaitu sempurna dalam kehidupan. adoiii isap rokok tuh sempurnaker?
Bukankah merokok itu memberbahayakan kesihatan? apa2 pun muzium ini best sebab ada sejarahnya yang tersendiri dan yang paling  cool sebab leh shopping dalam tuh! saya bukan shopping rokok tapi shopping bajunya. Tapi pada mereka yang nak shopping rokok dia ada kilang dia yang boleh anda beli sakan. Sukerlah saya nak memberi nasihat bahawa rokok merbabahayakan kesihatan hehe! Kami juga sempat berkunjung ke muzium kapal selam di sini. Terasa macam askar tentera laut pula bila kat dalam kapal selam nih! terbaboom! Kami juga ambil peluang pergi ke Pulau Madura dan membeli belah kain batik Madura.
Dalam Kapal selam Pasopati 410
 

Shopping!

Sebelum ke airport nak balik kami singgah ke restoran IBC dan kami sempat mencuba pelbagai jenis sup di restoran ini seperti soto, dan sup rawan. Memang layan habis! 
Antara makanan Surabaya yang kami nikmati!

 Oklah kepada pembaca sekalian, jika ke Surabaya jangan lepaskan peluang membeli batiknya yang memang cantik-cantik sampai rambang mata dibuatnya dan dan yang pasti jangan tidak mencuba makanannya yang enak-enak sekali. Minggu ini saya kongsikan satu makanan yang sangat popular di Surabaya iaitu Pecel Lele yang bermaksud ikan sambal.