Pages

08 Februari 2011

Agar-agar kacang merah batik

Haiya! kepada semua olang gua mau bikin announcement penting. Banyak penting punya announcement.  Sebenarnyaaaaa.. sebenarnyaaa... sebenarnyaaa.... gua mau ucapkan selamat datang pada bloggers! hehe saja jer bikin gempak kak Limah haha. Ok, kali nih saya nak share resipi yang saya cuba masa raya Cina lepas dengan anda semua tau. Sebab dah buhsan sangat dengan agar2  yang biasa saya pun duk gatal otak dan tangan, mulut pun gatai juga sebenarnya, sebab tuh lah saya mencipta resipi agar2 kacang merah nih. Menu nih saya rasa tak lah baru tapi keoriginalitian resipi dia memang saya sendiri cipta berdasarkan common sense membuat agar2. Kira senang cita, macam error and trylah! eh  terbalik lak, try and error! 
Saya pernah tengok agar2 kacang merah nih menggunakan kacang buah pinggang @ nama glamer dia ialah kidney bean so bila dipotong boleh nampak kacang dia sebiji2 dalam agar2 tuh.  Resipi nih saya gunakan red bean paste yang saya beli kat kedai menjual barang pastry. Red bean paste nih sebenarnya adalah kacang merah yang dihancurkan. Kalau sapa pernah makan pau kacang merah inti dia tuh lah yang saya gunakan. Tapi Kalau u all tak leh beli u all boleh rebus kacang merah sampai betul2 empuk dan hancurkan dia, kemudian masak balik dengan gula sehingga pekat. Sejukkan dan dia akan jadi pes. Mudahkan?. Tapi kalau beli lagi senang cuma sediakan ongkosnya sahaja hehe. Agar2 yang saya gunakan  pulak adalah jenis yang bertali tuh , bukan jenis serbuk yer.  Ok apa kata kita try agar2 nih!

Bahan-bahan
30gm agar-agar
7 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula( mengikut kemanisan
1 cawan susu cair
3 sudu tepung kastard
1 biji telur
sedikit pewarna merah
4 sudu paste kacang merah

Cara membuat
  1. Rebus agar2 dengan air  hingga agar2 larut dan  likat
  2. Larutkan tepung, telur dan susu. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan 1 cawan larutan agar2 sedikit demi sedikit dalam susu sambil dikacau. Jangan biarkan telur dan tepung masak jadi anda perlu kacau dengan rata dan pantas.
  4. Kemudian campurkan semua larutan dalam agar2 yang sedang masak.
  5. Tapiskan dan bahagikan tiga. Bahagian pertama kosong, bahagian kedua dicampurkan dengan kacang merah dan ketiga dengan pewarna merah.
  6. Tuang bahagian pertama dalam loyang. Diikuti dengan bahagian kedua yang dituangkan secara rawak. Kacau sedikit menggunakan pisau atau sudu supaya membentuk ton batik pada agar2.
  7. Biarkan 3/4 beku kemudian curahkan bahagian ketiga atas agar2 yang bercampur dengan kacang merah.
  8. Biarkan ia mengeras dan bolehlah dipotong.

1 comments:

EJHarraz berkata...

assalam chef,
idea yg menarik..lama gak mencari resepi agar2 kcg merah..hari ni baru berjumpa..kebetulan dlm peti ais ada pes kcg merah..boleh cuba nnt..sure sedap nih..