PASTI ada yang tak pernah mendengar nama makanan ini bukan? baiklah cream anglaise (sebutannya krem awn glezz) adalah definisi bahasa Perancis untuk sos vanilla atau sos custard. Sos ini sering dimkanan dengan puding roti( bread butter pudding) atau pun makanan lain seperti kek. Sememangnya anda memerlukan teknik untuk membuat sos ini , jika tersalah tekniknya sos yang anda masak akan berketul-ketul. Ada sesetengah chef suka memasaknya diatas air mendidih kerana sos yang anda masak akan masak dengan cantik dan tidak berketul ketul. ada juga yang suka memasak diatas api tetapi harus selalu mengacaunya. Ia senang berketul-ketul kerana ada protein dari telur dan susu.
Anda digalakkan menggunakan wire whisk supaya kacauannya lebih sekata tetapi jangan terlalu kuat kerana anda akan memerangkap udara yang akan membuatkan sos anda berbuih pula nanti.Jika anda memasak diatas api pasanglah api yang sederhana dan kacau dia sehingga likat. Ia akan memekat apabila ia sejuk. JIka anda terlebih masak pula sos ini akan set atau terlalu pekat untuk dijadikan sos. jangan khuatir anda hanya perlu menambah susu didalamnya dan panaskannya semula untuk mencairkan sos ini. Jika anda terleka dan sos anda berketul, tak perlu gelabah atau panik. Saya ada cara untuk menyelamatkan sos anda. Apa yang anda perlu buat tapiskan sos anda dan tambah sedikit air atau susu Insyallah sos anda akan tidak berketul dan masaklah ia semua supaya ia pekat. Anda boleh menggantikan setengah dari sukatan susu ini dengan krim putar (whipping cream) jika mahu sos ini berasa lebih enak! tetapi kos membeli bahan perlulah ditambah kerana harga krim sedikit mahal dari susu. Resipi ini saya dapat dari buku profesional baking dan anda boleh mencubanya. Seperti saya katakan awal tadi sos ini sesuai dimakan dengan bread butter pudding jadi jika anda hendakkan resipi bread butter pudding bolehlah klik resepi 1 dan resepi 2.

Bahan-bahan
500ml susu- gantikan 250ml susu dengan 250 whipping cream jika suka
6 biji kuning telur kuning
125gm gula
1/2 sudu makan vanilla
Cara-cara penyediaan
- Campurkan semua sekali didalam mangkuk dan kacau sehingga sebatii.
- Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas api yang sederhana. Kacau sehingga likat.
- Biarkan sejuk dan bolehlah dinikmati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan