Pages

12 Oktober 2010

kek coklat bakar dan kukus Liza

Kek coklat bakar ker kek coklat kukus? kek coklat kukus ker kek coklat bakar?pening nak pilih mana satu nih! Ha korang suka mana satu?. jangan tamak yer? pilih satu jer hehe. Oklah setelah sekian lama tak update blog nih so rasanya kali nih mcm ada masa dan idea plak teman nak tulis dan kongsikan resepi kek coklat bakar dan kek coklat kukus. Saya dapat resepi  nih selepas makan kek coklat   teman sekerja, si Liza namanya tuannya. Nama teman chek nih sebijik dengan nama selebriti Chef Liza tuh! kalau korang nak
 tau, nama bapak pun sama. Anyway berbalik kepada cerita kek coklat. Memang bnyak versi kek coklat dalam dunia nih tapi saya amat tertarik dengan resepi kek coklat Liza nih pasal rasanya pergghh hingga menjilat 10 jari lah. Dia kata resepi nih student dia bagi, memang mashuklah. Si Liza nih kalau bab2 simpan dan cuba2  resepi dessert nih mmg A!  kalau korang nak lebih resepi lagi pergilah ke blog dia nih, klik jer link dia di Sini. Dia nih bukan saja ada blog resepi tapi diapun ada blog resepi rumahtangga sekali pasal dia nih sudah berumahtangga so banyaklah cerita pasal keluarga dia yang diceritakan dalam blog khas untuk gossip2 keluarga gitu! ha kalau nak mintak resepi rumahtangga roger2lah dia almaklumlah mesti banyak pengalaman dalam bekeluarga kan? coz anak pun dah dua dengar kata nak masuk tiga dah (opss! itu ayat tambah jer pasal belum nampak ada tanda2 awal untuk tambah sorang lagi heheh, very soon kot Insyallah). so bila saya puji yang kek dia buat tuh sedap hamboi kembang lah makcik nih  lantas dia kata kek kukus yang dia pernah buat lagi sedap katanya... Oh yeker balas saya? So apalagi saya pun kata nak resepi dengan muka tak malunyakan? tapi Liza nih memang tak kedekut  bab2 resepi nih,. pas kena puji jer, dia kata kek coklat kukus lagi sedapppp tau( kata dialah) saya pun kata minggu depan kau buat, kau bagi aku rasa erk hehehe (ayat pancing nak makan kek free jer nih haha) kau nih main order jerkan ... kata  Liza.. perli aku lah tuh haha. tak kira janji dapat makan free! takkisahlah ko nak kata apa, katalah ahaha, ok taknak bebel lama2 lidah pun dah kecur , terasa cam  nak makan kek coklat so apa lagi, korang leh pilih resepi mana yang nak dibuat tapi resepi bakar tuh agak costly sikit pasal menggunakan cream tetapi rasa kek nih memang sedap dan lembut sebab menggunakan cream. Yang kukus pula memang super duper delicious! lembut dan lembab pasal dikukus. Tapi kalau kukus nih kena lama sikitlah  pasal jika dikukus masa untuk mengukusnya memerlukan masa yang lama baru kek tuh masak. So selamat mencuba dan enjoy ngan kek coklat ini . Alahai lupa plak nak ucap terima kasih kepada Liza pasal dia bermurah hati kongsikan resepi nih! Terima kasih MAKCIK! hehe

Kek Coklat bakar

Bahan-bahan
200gm /mentega
250gm/ 1 ¼  cawan gula kaster
5 biji telur
60gm/ ½  cawan serbuk koko
160gm / 1 ¾   tepung superfine
1 sudu teh coklat emulco (pilihan)
1 sudu teh soda bikarbonat
125ml / ½ cream


Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati.dan campurkan coklat emulsco, kacau sebati.
  3. Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat.
  4. masukkan cream dan akhir sekali masukkan tepung. Kacau sebati
  5. Masukkan dalam acuan kek dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 45 minit atau sehingga kek masak.

Kek Coklat kukus 

Bahan-bahan
250gm mentega
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik/ baking powder
1 3/4 cawan tepung gandum superfine
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air panas

Cara-cara penyediaan
  1. Larutkan koko dengan susu pekat manis dan air panas sehingga sebati. Sejukkan sebentar.
  2. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung dan bancuhan koko tadi. Kacau sebati.
  5. Tuangkan dalam acuan. Balut atas acuan supaya semasa kukus air tidak menitik dalam kek.
  6. Panaskan pengukus dan barulah dikukus kek selama 1 1/2 jam.

Bahan-bahan untuk topping
500gm coklat masakan -cincang kecil2
2 cawan whipping cream
Cara-cara penyediaan
  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk stainless steel dan letakkan atas periuk yang mengandungi air mendidih dan kacau sehingga coklat cair (cara ini dipanggil double boiler). Sejukkan dalam peti dingin sehingga mengeras dan bolehlah disapukan pada kek
  2. Sekiranya anda tidak menggunakan double boiler tetapi hendak pnaskan terus di atas api boleh  tetapi gunakan api yang perlahan kerana dikhuatiri coklat dan cream akan menjadi hangit dan sentriasalah kacau sehingga coklat cair. Simpan dalam peti sejuk dan biarkan mengeras sebelum digunakan.

8 comments:

Mama Un-A-nas berkata...

dah lame x update recepi kan??huhuhu..hanim tunggu resepi dari cikgu:)
nak try kek cuklat ini :)

sonata anak kancil berkata...

salam...nak C&P resepi kek kukus la...suruh pilih saya pilih satu la...so, kata kek kukus sedap...maka saya amabik kek kukus la...TK

"myheart"-abieyazaly- berkata...

cedapnyer....

Watie Rose berkata...

salam...sy dah selalu buat kek kukus tu, nak try yg bakar tp tak berapa cantik la pulak...

Tanpa Nama berkata...

hi am a new blogger let's exchange link http://foodplayer.wordpress.com/

lynda berkata...

cheff.. kalau whipping srean=m tu tak da dan sy tukarkan dengan milk boleh x? huhu

Unknown berkata...

chef azli.. mmg sedap kek coklat kukus ni.. marveles..senang nak buatnya.. tq

akmal berkata...

salam chef....tq krn memberi resepi kek coklat kukus.kek ni mmg sedap dan lembap walaupun dibakar.keluarga saya x jemu makan kek ni.dah 2 kali saya buat kek ni dlm minngu ni.saya buat 2 biji sekali buat dan pada kali ke-2 saya wat dlm cupcake.