Pages

28 Ogos 2010

Daging Masala



BANYAK orang  yang bertanya pada saya apa ke benda garam masala tuh?. MMM saya pun sambil menggaru-garu hidung menjawab.. itu adalah sejenis rempah, ia ada dijual di pasaraya atau boleh dibeli juga kat kedai rempah. Tak puaz lagi dengan jawapan saya, diorang pun dengan penuh ramah,  beramah mesra dengan teman ker (heehe perahsantan jap!) teman pun tak tahulah, dia tanya lagi...

27 Ogos 2010

Kek Pelangi


Engkau tiba bagaikan pelangi. Cewah tetiba lak teringat kat bait2 lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang merdu nih. Mesti korang ingat ngan lagu nih kan? bezz kan lagu nih?. Bukan apa saya memang minat gila kat Sudirman Hj Arshad nih sebab suara dia lain dari lain. Memang sedap lemak dan bekrim kesukaan ramai. Eh cam makanan plakkan? Tak kisahlah key point dia suara Sudirman memang memang sedap. Nak2 lagi kalau lagu raya dia

26 Ogos 2010

Ayam ala Mediterranean


Mediterranean? apa  benda plak tuh! mesti ada yang bertanya bukan? Oklah bagi mereka yang tak tau tuh, MARI DEKAT! MARI DEKAT! macam dialog Sheila Rusle bila dia buat iklan telur dadar guna mayonis tuh plak kan? Sebenarnya perkataan Mediterranean  berasal daripada ayat latin mediterraneus yang bermaksud di tengah dunia atau di antara dua daratan dan ia merujuk kepada negara-negara yang terletak di lautan Mediterranean dan terdapat 21 negara yang mengelilingi lautan Mediterranean ini antaranya adalah Sepanyol, France, Monaco, Malta, Itali, Slovania, Croatia, Bosnia Herzegovina, Montenegro Albania, Greece, Turkey. Untuk melihat peta negara-negara Mediterranean, u all lehla klik di SINI. Kebanyakan negara2 Mediterranean

25 Ogos 2010

Puding laici

WOKEH! hari pun dah petang. Tekak makin kering, perut makin nipis, bibir semakin merekah delima hehe(belasah jerlah!?) dan macam2 lagilah ujian kita pada masa berpuasa nih betul tak? Chek nih ha tengah duduk mengira masa jer nak berbuka walaupun lebih kurang 1 setengah jam lagi waktu nak berbuka puasa. Mesti time nih ada yang dah masak, ada  yang tgh berkungfu kat dapur memasak dan ada yang duk ronda2 beli juadah buka puasa. kat bazar Ramadan. Jangan ada yang borong berlebih-lebihan udah, kita kenalah kawal nafsu berbuka kita, jangan membazirrr bak  kata Ustaz Chef Azli Razali tuh hehe. Oklah kali nih apakata u all cuba puding laici nih. Laici dalam tin nih adalah  one of my paberet kalau buat mocktail lagilah terangkat!. Selalu gak buat air mocktail laici seperti Laici campur jus tembikai (CIKAI ~ bukan maksud selekeh yer!); Laici campur Teh O (LAITO~dah macam nama German plak kan? hehe); Laici campur Ribena (CIRIBEN). Camana? kelas tak nama air-air nih. Kelas dan komersial kan? dan cam kelakar pun adagak bunyiknya!. Tak kisahlah janji bezzz! kalau tak caya u all buat lah minuman2 nih masa berbuka puasa pasti terangkattt bebbb! nanti next post saya postkan resepi dia pulak ok! berbalik pada cerita puding nih. Resepi dan gambar nih dah lama saya peruk dalam draft tapi lum ada masa  sesuai nak postkan lagi. Saya dah buat resepi nih sem lepas lagi masa kelas komersial dengan student2 dulu jadi saya rasa iselalin bulan lain ia juga  sangat sesuai dibuat dalam bulan2 puasa nih. Lepas buat plak simpan dalam peti sejuk, then leh layan lepas buka atau malam sikit pas semahyang tarawikh, makan masa sejuk2.  Perghhh!!! sejuk anak tekak dan esofogus hehe! Ok apa lagi kalau tak sempat nak buat petang nih leh buat malam nih simpan esok buka puasa leh layan puding. Selamat mencuba!


Bahan-bahan A
Puding


30gm agar-agar
6 cawan air
1/2 tin laici (laici dalam tin)-kisar halus bersama airnya
1 cawan kordial laici
1 cawan/secukup rasa gula
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat manis

20 Ogos 2010

Bubur untuk berbuka puasa

Ini adalah artikel saya yang telah dipublished di Utusan malaysia hari ini 20.8.2010. Harap u all boleh enjoy baca artikel ini ok jika mahu resepi sila klik di SINI

SALAM Ramadan kepada semua pembaca Utusan Malaysia. Ketika bulan puasa ini tiba-tiba saya teringin untuk menikmati bubur maklumlah selepas mengerjakan solat tarawih kebiasaannya saya akan menikmati makanan-makanan yang manis seperti bubur.
Saya sangat menggemari bubur kacang hijau terutama yang dicampur durian. Artikel saya pada minggu ini akan membincangkan bagaimana hendak membuat bubur yang enak.
Ada orang memanggil dengan nama pengat sekiranya bahan utama yang digunakan di dalamnya adalah pisang, ubi kayu dan keledek.
Bahan-bahan asasnya seperti santan, gula, daun pandan dan sedikit garam. Bahan utamanya adalah terserah kepada anda untuk memilihnya sama ada buah-buahan atau tanaman berubi.