Assamualaikum! lama tak menerjah ke blog sendiri dan berkongsi resipi... Tapi entah kenapa hari saya teruja pula nak berkongsi resipi sandwich. Kali ini saya akan kongsikan resipi sandwich roti ARTISAN. Mungkin ada yang tak biasa dengan roti Artisan. roti Artisan adalah lebih dikenali sebagai roti eropah kuno kerana untuk membuat roti ini kita perlukan starter atau agen penaik khas yang harus diternak sekurang kurang nya 2-4 hari di dalam peti sejuk dan kemudian kita campurkan dalam adunan tepung ketika ingin menguli doh roti. Membuat roti artisan lebih rumit sedikit daripada membuat roti biasa kerana hasil roti yang dibakar haruslah keras dan garing di luar tetapi lembut didalam. Baru baru ini saya ada mempelajari membuat nya dan saya akui ia memang rumit, dan kali ini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sandwich artisan. Tidak banyak kedai roti yang menjual roti artisan in. Mungkin French baguette yang lebih popular disini jadi anda harus rajin mencari nya di kedai kedai roti tertentu yang mungkin ada menjual roti jenis ini. Banyak jenis roti artisan antaranya baguett,ciabatta, sour dough bread dan macam macam lagi. Anda jangan khuatir dengan tekstur luaran roti ini kerasnya seperti papan kayu kerana anda hanya perlu toastkan nya sebelum manikmatinya atau membuat sandwich jadi selamat mencuba!
Bahan Bahan
6 keping roti artisan2 Biji Telur
100gm isi ayam-potong dadu kecil
1 biji bawang kecil-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
150 gm brokoli dipotong kecil
2 ulas cili padi
Sedikit minyak dan garam
Cara membuat
- Panaskankan minyak dantumiskan bawang merah dan abwang putih.
- Kemudian masukkan ayam dan kacau sehibngga ayam masak.
- Masukkan telur dan brokoli kacau sehingga sebati.
- Perisakan dengan garam. angkat dan makan bersama roti artisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan