Assalamualaikum dan salam sejahtera! Ish dah lama giler saya tak post kat blog nih lah, tapi hari nih tiba2 rajin pulak, bukan apa sebab ada bahan jadi copy paste jerlah. Sebenarnya artikel nih adalah salah satu dariapa dua artikel yang telah saya hantar kononnya untuk di kongsikan dalam ruangan saya Dari Dapur Azli Razali dalam akhbar Utusan setiap hari Jumaat untuk bulan Julai lepas. Selepas beberapa minggu masih juga tidak diterbitkan dalam ruangan itu saya menjadi blur2 hairan pasal apa lah artikel saya tak diterbitkan juga. Takde angin takde ribut rupa2nya ruangan saya itu telah ditamatkan tanpa pengetahuan saya. Walaupun saya ada bertanyakan samada ruangan saya itu masih wujud lagi atau tidak tetapi tetap tiada balasan untuk soalan saya itu. Sedihlah juga sebab dah hampir 3 tahun saya berkarya dlaam ruangan saya tuh. Tup tap tup tap ditamatkan akhirnya. takperlah bak kata Tun Mahathir Kalau makan kenyang sangat nanti kita akan jadi mual jadi sebelum ruangan tuh menjadi mual lebih baik diorang tamatkan. Itulah alasan yang logik bagi nak menyedapkan hati saya mungkin.
Sudah! tutup kisah sedih sebab banyak lagi benda2 yang positif dan menggembirakan yang boleh kita tempuh dan buat kan? hehee. Menu
ini saya kongsikan dengan anda sebabsebelum ini saya berkesempatan berbuka
di Restoran D’Tandoor yang terletak di Presint 10 streetmall di Tanjung Tokong
Pulau pinang. Teman saya mempelawa saya untuk menemaninya berbuka disini kerana
Chef Eksekutif restoran ini iaitu Chef Murtazar Shah yang berbesar hati untuk
belanja berbuka puasa!. Sambil senyum saya hanya mengangguk kepala tanda setuju
untuk menemaninya! Antara menu yang kami nikmati adalah roti nan, ikan siakap
masala,Kambing Rogan Josh, Aloo Gobi Punjabi, samosa, mango lassi dan termasuk
gulab jamun. Jadi dengan kebenaran chef yang berasal dari Pakistan dan telah
menetap di Malaysia selama 16 tahun ini maka saya berbesar hati untuk
berkongsikan juadah ini. Tapi sebelum itu apakata kita kenali apa sebenarnya
gulab jamun ini. Maklumlah mungkin ada yang tak biasa menikmati hidangan
masakan india Utara ini. Perkataan gulab jamun berasal dari bahasa persian
iaitu gol (bunga) dan āb (air), yang merujuk kepada sirap air ros wangi Dan
jamun pula berasal dari bahasa Hindustan yang membawa pengertian buah India
dengan saiz dan bentuk yang sama. Ia sangat popular di selatan Asia seperti
India, Sri Lanka, Nepal, Pakistan dan Bangladesh, dan juga di negara-negara Caribbean
seperti Trinidad, Guyana, Suriname and Jamaica dan Mauritius. Di India, pepejal
susu akan dipanaskan dengan api yang perlahan dan panjang sehingga kebanyakan
air dari susu meruwap. Susu pepejal yang dikenali sebagai khoya ini akan diuli
menjadi doh dan kemudian akan dibentukkan menjadi bebola kecil . Bebola akan
digoreng sehingga keemasan . Selepas itu bebola itu akan direndam dalam air
gula yang dipanggil sirap gula. Sirap akan dimasak dengan biji pelaga hijau dan
air ros dan sedikit saffron jika suka .Rasa Gulab jamun memang manis tapi boleh
dikurangkan manis jika anda suka. Gulab jamun sering disajikan semasa majlis
perkahwinan atau untuk sambutan hari lahir. Jadi saya harap anda boleh mencuba
resipi ini. selamat menerai!
Gulab Jamun
Bahan-bahan
1.5 liter minyak masak
500g Susu UHT penuh krim
2-3 sudu besar krim putar
½ cawan tepung gandum
½ sudu besar susu
sejat
¼ sudu teh serbuk penaik
5 biji pelaga hijau/coklat
1 ¼ air
½ genggam hirisan badam
Cara membuat
- Didihkan air dan masak gula sehingga larut dan likat bersama buah pelaga dan badam.
- Dalam satu mangkuk campurkan susu penuh krim, krim putar, tepung gandum, susu sejat,dan serbuk penaik, gaulkan sehingga membentuk doh.
- Kemudian bentuk-bentukkan bulat bebola.
- Kemudian goreng sehingga keemasan.
- Kemudian angkat dan rendam dalam sirap selama 10 minit. Dan Sajikan.
xpernah jumpa lagi makanan ni
BalasPadamSalam Chef,
BalasPadamsaya dah cuba, cuma doh tersebut menjadi melekit dan tidak boleh dibulat-bulatkan, adakah perlu dimasukkan susu tersebut sedikit demi sedikit?
ni yg diorg selalu makan sebagai pemanis.
BalasPadamfirst time tengok ni... he he boleh try bila2 free
BalasPadam