Pages

25 April 2012

Roti pita sumbat hirisan daging

Post kali ini saya akan berkongsi resipi exclusive yang telah saya kongsi bersama penonton Nona 22 April lepas. Kenapa saya kata ekslusif adalah kerana saya telah memasak pita daging bakar sumbat dan menyediakan satu minuman sihat jus buah dan sayur-sayuran bersama Pengacara dan DJ paling popular APBH 2012! Sapa lagi... Fafau lah. Saya rasa sangat beruntung coz dapat masak dengan cik Fafau kita nih pasal dia memang sempoi dan hot sampai saya sendiri menggigil lah masak depan dia hikhikhik. Aircond dalam studio yang sejuk tuh pun saya rasa panassss entah kenapa tah?? yelah hot sangat! ala2 Hot FM! hehe. Bila saya share gambar saya masak dengan Farah di FB, banyak yang mintak untuk saya kongsikan resipinya, jadi kali ini sebagai post paling exclusif saya akan kongsikan resipinya ok!, dalam post nih juga saya kongsikan gambar saya masak dengan Fafau. Takdelah nanti orang kata saya nih  sembang lebat jer tapi bukti takdekan?. nah cuba korang cetengok! hahaaha. Saya nak mintak maaf kerana kualiti gambar makanan dan minuman yang saya kongsi nih kurang menarik sebab ini jer lah yang sempat saya ambik maklumlah nervest nya pasal masa tuh! pasal masak depan hos yang popular dan cun!! hehe. Takper, nanti2 saya ambik gambar yang cun punya ok.. Ok pada pembaca yang tak sempat tengok saya beraksi memasak dalam Nona lepas, bolehlah pi tonton.com.my dalam episod 17 dan jangan lupa cuba resipi sihat yang saya yang telah kongsikan ini selamat mencuba! JIka inginkan resipi minuman yang saya telah buat dalam nona leh klik di link ini http://azlirazali.blogspot.com/2012/04/jus-buah-buahan-dan-sayur-sayuran.html#axzz1syTnCUcR


Roti pita sumbat hirisan daging
Bahan-Bahan
2 keping Roti Pita gandum penuh (wholemeal)
600gm daging stik
80gm hirisan timun
80gm hirisan tomato
50gm sos barbeque
50gm sos lada hitam
50gm sos cili
Cara membuat
  1. Perapkan daging dengan lebih kurang 1 ½ sudu kecil sos lada hitam, sos barbeque dan sos cili. Anda boleh meletakkan lebih jika suka. Sebaiknya semalaman.
  2. Gunakan kuali jenis tidak melekat (non stik),kemudian grilkan daging tadi sehingga ¾ masak atau masak dengan sepenuhnya jika suka.
  3. Hiriskan daging nipis-nipis. Sapukan bahagian roti pita dengan sos lada hitam, sos barbeque dan sos cili.
  4. Kemudian sumbatkan dengan timun, tomato dan hirisan daging. Siap untuk dihidang.

Jus buah-buahan dan sayur-sayuran

Ini adalah jus buah dan sayuran yang saya demo di rancangan Nona bersama Fara Fauzana. Boleh dapatkan lagi satu resipi menu sihat yang juga saya demo di Nona di link ini ok
http://azlirazali.blogspot.com/2012/04/post-kali-ini-saya-akan-berkongsi.html#axzz1syTnCUcR



Bahan-bahan
300gm buah melon
150gm mangga masak
150gm tomato
150gm timun
400ml air
Cara membuat
Mesin semua bahan dan sedia untuk diminum.