Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini saya akan
menulis tentang Tiramisu. Makanan yang memang tidak asing bagi kita kerana ia
mudah dibeli di mana-mana sahaja. Walaupun ianya disukai dan popular tetapi
tidak ramai yang tahu cerita di
sebaliknya. Dan saya percaya tidak ramai juga yang mahu membuatnya. Tiramisu merupakan
pencuci mulut yang berasal daripada sebuah restoran yang bernama El
Touga di Treviso di negara Italy. Tiramisu bermaksud ‘bawa saya’ kerana resipi
aslinya menggunakan kopi espresso yang dicampur dengan alkohol dan disapu pada
kek didalam makanan ini. Rasa alkoholnya membuatkan seolah-olah si pemakan
dibuai dengan mimpi yang indah di alam khayalan selepas menikmatinya.