PERNAH dengar kuih onde-onde? pernah makan? apa! tak pernah? hehee. Ada yang memanggilnya dengan nama kuih kelepong dan kuih buah melaka. Baiklah nak story pada mana2 pihak berkuasa yang tak mengenali dengan kuih onde2 buah melaka nih. Ia adalah sejenis kuih tradisi yang berasal dari negeri Hang Tuah Melaka. Bentuknya bulat2. Warnanya pula hijau kerana menggunakan daun pandan atau perwarna dan ada yang berwarna putih jika tidak diletakkan pandan dan pewarna hijau. Menggunakan gula melaka atau gula enau sebagai intinya. Kuih ini berasa kenyal apabila digigit disamping anda boleh merasai inti gula buah melaka yang cair di dalamnya apabila anda mengunyahnya. Sudah meleleh air liur?. Baiklah tapi saya telah memberi sentuhan baru pada kuih ondeh-ondeh ini dengan menggantikan gula melaka dengan buah peach.
Anda boleh juga gunakan buah pear, nanas atau laici dalam tin jika suka. Tujuan saya ubah style dia nih pertamanya nak memberikan nafas baru pada rasanya. Kedua boleh mengurangkan gula pecah dari dalam kuih ini jika anda tidak membalut gula dengan betul. Baiklah kalau anda masih suka dengan keasliannya anda gunalah gula melaka. No problem punya!
Anda boleh juga gunakan buah pear, nanas atau laici dalam tin jika suka. Tujuan saya ubah style dia nih pertamanya nak memberikan nafas baru pada rasanya. Kedua boleh mengurangkan gula pecah dari dalam kuih ini jika anda tidak membalut gula dengan betul. Baiklah kalau anda masih suka dengan keasliannya anda gunalah gula melaka. No problem punya!
Bahan-bahan
500gm tepung pulut
10 helai daun -Kisar pandan dengan air (tapis untuk mendapat airnya)-dapatkan dalam 1 1/2 cawan ke 1 3/4 cawan
Pewarna hijau jika perlu
1/2 tin buah peach/2ketul gula melaka-potong dadu
1/2 biji kelapa parut-ambil putihnya sahaja
sedikit garam
Cara- cara penyediaan
- Gaul tepung dengan air pandan sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh yang kenyal dan lembut. Agak2 jangan terlalu lembik dan terlalu keras.
- Kemudian ambil sedikit doh yang diuli, leperkan dan isikan dengan buah atau gula melaka. Balut dan bulat-bulatkan. Pastikan ia dibalut dengan rapi.
- Didihkan air dan celurkan kuih ondeh-ondeh yang telah dibulat-bulatkan tadi. Biarkan seketika sehingga ia timbul dan bolehlah diangkat.
- Gaul kelapa dengan sedikit garam. Kemudian ondeh-ondeh yang telah diangkat tadi digaulkan bersama kelapa.
- Siap untuk dihidangkan.
wah, onde2 buah peach?
BalasPadamtak pernah cuba...
biasa onde2 buah melak... :-)