Pages

15 Disember 2010

Melon licious

MINUMAN ini sangat menarik bagi saya sebab dicipta secara tak sengaja. Pada mulanya saya merancang nak  membuat jus tembikai merah yang dicampur dengan aiskrim soda. Yelah bila buat makan-makan, air kena lah best gak kan? baru layan. Tetapi anak sedara saya yang cerdik2 tuh telah membeli tembikai kuning untuk buat minuman. Aduh apa lagi kena bebel free lah dengan saya. Lain yang org suruh beli, lain pulak dibelinya, pastuh tembikai kuning nih kan biji dia byk! nak mesin ke benda... alih alih terciptalah melon licious nih hahaha. Nama kemain lagikan? Instantly jer idea datang nak buat minuman nih. Cara dan bahan untuk membuatnya sangat-sangatlah mudah! apa yang anda perlu lakukan adalah mencincang-cincang atau melecek-lecekkan tembikai nih. Jangan dimesin yer, biji dia tuh akan rasa pahit pula nanti. Anda boleh  lenyekkan tembikai nih dalam mangkuk dengan  pelenyek supaya jusnya keluar. Nanti apabila dicampurkan dengan aiskrim soda bolehlah terasa jusnya. Walaubagaimanapun, ada cara yang paling cepat, murah dan senang apa lagi RAMASlah. Ada berani? Syyyy... yang nih saya tak bagi tau kat kaum keluarga saya masa tuh tau yang saya dah RAMAS buah tuh. Tau2 depa kata sedap dan air nih habis licin hahaha. Agak mengerikan sikitlah cara nih pasal kena ramas-ramas tembikai tuh kan tapi yang penting depa semua dah minum air tangan saya hahaha.  Slurppp!!!. Kalau nak nampak sopan sikit, lecek-leceklah dalam mangkuk guna gelas plastik or sarung plastik ker so nampak lah bersih sikit ahak!

Bahan-bahan
1/2 biji tembikai kuning
1 botol (1.5 liter) aiskrim soda
ais ketul secukupnya

Cara-cara penyediaan
  1. Lecekkan atau cincang buah tembikai sehingga keluar jusnya sedikit. Jangan terlalu hancur. Keluarkan biji jika tidak suka.
  2. Campurkan tembikai dengan ais krim soda bersama ais.
  3. Sedia untuk diminum.

3 ulasan:

  1. saya biasa buat cara tu...bkn meramas tp 'mengaru' dgn garfu hehe...tu time malas nak keluarkan blender...

    BalasPadam
  2. ala ok pe RAMAS ...cepat n pantas.. yg penting abes

    BalasPadam