Pages

18 Disember 2010

Char kway teow

CHAR KAWAY TIOW adalah makanan asli dari negeri Pulau Pinang yang popular. Tidak sah ke penang jika tidak merasa menu ini. Char bermaksud to sear iaitu goreng dengan api yang kuat dan besar. Kway tiaw pula adalah mee leper berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras. Memasak kway tiow memerlukan api yang besar.  Itu adalah teknik yang diperlukan untuk memasak kway tiow yang asli. Dapur high presure adalah dapur yang sesuai  digunakan untuk membuat menu ini. Tetapi jika tiada dapur high presure anda masih boleh membuat char kway tiow yang enak  tetapi kuali anda perlu dipanaskan dengan betul-betul supaya aroma bahan-bahan yang ditumis menjadi harum dan kway tiow yang digoreng masak kering. Char kway tiow yang asli adalah kering teksturnya walaubagaimana pun ia mengikut selera anda. Jika tidak suka terlalu kering jangan lah goreng terlalu lama.Tip menggoreng kuway tiau adalah teknik mengacau semasa menggoreng adalah anda perlu berhati-hati mengacau kway teow semasa menggoreng kerana dikhuatiri kway tiaw akan pecah. nanti kurang enak untuk dimakan pula.  Ambil kuali anda dan Charlah sekarang selamat mencuba! 
Bahan-bahan

BahanA
250gm kway tiow
3 ulas bawang putih
1-1 ½ sudu makan cili boh
150gm/10 ekor udang harimau sederhana-buang kulit
¼ cawan isi ketam


Bahan B 
(Campuran Kicap perasa)
1 1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
¾ sudu teh serbuk stok ayam
¼ sudu (secukup rasa) garam

Bahan C
2 biji telur ayam
1 1/2 cawan taugeh
1/4 cawan kucai-potong 2.5cm  panjang
1/4 sudu teh minyak bijan-pilihan
sedikit air

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih sehingga harum  kemudian masukkan cili boh dan gorengg sehingga pecah minyak dan harum. 
  2. besarkan api, masukkan udang harimau dan goreng sehingga masak berwarna merah. Kemudian masukkan ketam dan kacau. Masukkan kway tiaw dan kacau sehingga agak sebati. Hati-hati ketika ini supaya kuwa tiaw tidak pecah.
  3. Kemudian masukkan campu ran kicap (jangan dihabiskan) masukkan sedikit dahulu.   Kacau sehingga kuey tiaw lembut dan sebati. Jika tidak lembut masukkan lagi campuran kicap. Masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Kemudian pecahkan telur disekeliling kuali dan kacau di sekeliling kuali sehingga telur separuh masak. . Kemudian barulah dikacau bersama kway tiaw tadi sehingga kering.
  5. Masukkan taugeh dan daun kucai dan kacau sebati.

1 ulasan:

  1. hi chef..nak tanya tp xde kene mene ngan char kway teow....cmne nak bancuh tepung goreng pisang yg rangup dan sedap?sekian terima kasih

    BalasPadam