Pages

11 Disember 2010

Agar-agar coklat


DEFINISI agar-agar sebenarnya adalah keras tetapi masih lembut untuk digigit dan dikunyah. Ia berbeza dengan puding yang kebanyakannya lebih lembut dan ada sesetengah puding tidak mencampurkan agar-agar tetapi menggunakan telur, krim dan gelatin. Tip pertama untuk membuat agar-agar yang elok dan tidak terlalu keras adalah dengan memastikan agar-agar dimasak dahulu dengan air kosong supaya agar-agar mudah melarut dan hancur. Jangan mencampurkan semua bahan-bahan sekali kerana agar-agar menjadi susah dan lambat untuk dihancurkan. 
Kedua, agar agar yang lembut terhasil  daripada konsistensinya  yang tidak terlalu cair dan terlalu likat. Anda boleh mengambil satu sudu agar-agar yang telah dimasak dan letakkan di dalam peti sejuk. Jika ia membeku dengan mudah bermakna konsistensinya adalah tepat. Rasa dan kunyahlah agar-agar yang dikeraskan tadi itu, sekiranya ia lembut dikunyah bermakna teksturnya elok dan sesuai untuk dikeraskan di dalam loyang. Kalau anda ingin rasa yang lain pada agar-agar ini anda boleh menggantikan koko dengan milo atau nescafe. Selamat mencuba!

Bahan-bahan
20gm gm agar-agar
1200 ml air
600ml susu segar
450gm gula
400 ml susu cair
30gm serbuk koko/milo/nescafe

Cara penyediaan
  1. Mula-mula masakkan agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur.
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula menjadi larut.
  3. Masukkan susu segar, susu cair dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati.
  4. Curahkan dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.

3 ulasan: