Pages

04 Ogos 2010

Udang Berempah dengan Rebung

Bila diingat-ingat semula makanan ini, ia memberikan banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan dalam hidup saya sepanjang terlibat dalam dunia masakan ini! cewah ayat tak boleh blah ahahha. Bukannya apa bila sebut udang berempah jer mesti aku teringat episod ke 11 dalam rancangan Maggi Mencari Bintang yang pernah ditayangkan kat TV3, dua tahun lepas. Di dalam episod ini saya telah mendapat panggilan kejutan dari seorang pemanggil misteri untuk menyediakan udang goreng samudera berempah  katanya. Episod ini adalah untuk menguji kebolehan peserta akhir memasak resepi kesukaan seseorang tetapi perlu mengikut citarasa pemanggil telefon itu. Aduhhh!!!
 masa tuh nak aja cakap kat orang yang menelepon tuh suruh dia datang masak sekali dengan aku nih tapi gua kena cover macho beb masa tuh DERRR!... bak kata pepatah 'pantang ajal sebelum maut' ceh ceh cam nak pi berperang plak. Masa tuh,  fikiran dan emosi memang serabut giler sampai giler pun tak gilerlah hehe. Hormon kurang stabilah senang cita hehe. Bermacam-macam soalan jugak  keluar masa tuh  kat kepala otak nih antara nya---> boleh ker aku masak exactly macam apa yang dinginkan oleh pemanggil misteri tuh?. Tapi dengan kemahiran dan kreativiti yang ada, terpaksalah redah jer dan belasah ajoo jang! kata orang Negeri Sembilan. Akhirnya  semasa tengah chek masak masakan udang berempah nih, pemanggil misteri itu muncul dan pemanggil itu yang sebenarnya adalah pengacara MHI yang popular tuh, siapa lagi...Fedtri Yahya. Adoi terkojut pakcik masa tuh. Ini dah kira  kes kantoi cam dalam cita kantoi tuhlah plak hehe... Rhupernya kena masak makanan kegemaran selebriti lah brotherr!.... Tetapi Alhamdulillah berkat main belasah chek tuh dan berdasarkan panduan yang diberi oleh Fedri Yahya melalui telepon, akhirnya dia menyukai masakan itu. Katanya ia seperti apa yang diinginkan... Fuhhh lega rasanya. Cover bebb! Kira cita untuk episod kali ini telah berakhir dengan Happy Ending lah hehe. Cam filem plak... ngeh ngeh ngeh. Pada kali ini udang berempah yang chek kongsikan ini bukan lah resepi asli seperti apa yang saya masak pada hari kejadian di episod 11 itu kerana  kali ini yang membezakannya adalah  chek telah mengolah sedikit resepi dia sikit dengan tidak menggoreng udang ini. Terpulanglah kepada anda bagaimana mahu memepelbagaikan resepi ini kerana terdapat banyak versi udang goreng berempah ini. Apa-apa pun Happy Cooking! & Hope u will like it!



Bahan-bahan

300gm udang harimau
5 ulas bawang merah putih-kisar
3 ulas bawang-kisar
1/2 biji bawang besar-hiris
3 sudu rempah kari ikan
1 sudumakan sos tiram
3 sudu teh cukup rasa Maggi
1 tangkai daun bawang-potong panjang
100gm rebung
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah-hiris



Cara-cara penyediaan
  1. Tumis bawang besar, merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan masak sehingga udang bertukar warna menjadi merah.
  4. Masukkan air dan masukkan cukup rasa Maggi, cili merah dan sos tiram. Kacau rata.
  5. Tutup api dan masukkan daun bawang. Sedia untukdihidangkan.

19 ulasan:

  1. sedap betul nampak udang tu..
    tq singgah my blog eh..
    i follow yu
    saya memang minat masak
    boleh la belajar² dari chef
    tunjuk ajar ku sifu.

    BalasPadam
  2. nak try...
    tgk dah tergoda..
    thans share ngan kita2 semua resepi yang sedap2 ek...

    BalasPadam
  3. waa...sedapnye...suka sgt udang n mskn berempah nie..boleyh la try...wee~
    follow u k.

    BalasPadam
  4. sedapnye.. tapi, musykil ttg rebung.. huhu.. chef, tq! tunjuk ajar ku sifu~ :)

    BalasPadam
  5. ish..ish..sedapnya..tp kena berpantang lah plak..:)

    BalasPadam
  6. wahhhh nice cooking in here. boleh lah saya cuba lepas ni since dah mati kutu nak masak apa untuk suami tetiap hari! hiks

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    BalasPadam
  7. wow... looks so good.... how long have u been cooking?

    BalasPadam
  8. hai da follow blog kamu..!! haishh teliuurrr glerrr kowt nengok nie... udang berempahhh.. ayak....

    BalasPadam
  9. adoi.. nampak bukan maen sedap lagi udang ni bro.. susah tak nak masak2 ni bro?

    BalasPadam
  10. emmm sedapnye menu ni... wlupun ruby elergic seafood, Ruby tetp akn try dis resipi utk adik2 yg sgt gemar udang... nyum nyum :)

    BalasPadam
  11. senang jer tak susah campak2 jer fyzal nabiha bagusnya kakak cam gini hehe
    ted its more than 6 years

    BalasPadam
  12. mcm sng jer bcer @@"
    tpi nk wat nyer wAllahualam xD

    BalasPadam
  13. sedapnyer udang ni....
    folo me too.....ngeh3....

    BalasPadam