BAHAN_BAHAN
150gm biji gandum
1 biji/ 200 gm keledek merah
1 biji/200gm keledek putih
2 cawan gula (mengikut kesesuaian rasa)
1/2 cawan gula melaka, dicincang (mengikut kesesuaian rasa)
600 ml santan
2 cawan air
1 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara-cara penyediaan
- Kupas kulit keledek dan potong dadu. Rebus keledek dan biji gandum sehingga ¾ lembut. Tapis dan ketepikan.
- Panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian, masukkan gandum, keledek, gula pasir, gula kabung dan daun pandan dan garam. Biarkan ia mendidih pastikan dikacau supaya tidak pecah minyak.
- Sesuaikan kemanisan gula. Sedia dihidang ketika panas dan sejuk
Salam
BalasPadamWaa chef menggoda nampak resepi ni
'peberet' ummiross bubur gandum ni...
ummiross buat tau.
BalasPadam