KEK keju Strawberi ini saya buat semasa kelas komersial bersama-pelajar kursus commercial pastry. Kek keju sungguh mudah disediakan tetapi tekniknya kenalah betul iaitu kebanyakan proses membakar kek keju adalah menggunakan double boil atau steam bake. Mungkin ada segelintir yang tidak biasa dengan teknik membakar menggunakan bouble boil ini. Membakar kek keju mempunyai beberapa teknik yang sedikit lain daripada kita membuat kek biasa. kek keju, air perlu di letakkan didalam oven agar kek yang dibakar tidak kering. Ini selalu menjadi kekeliruan pada kebanyakan penggemar kek keju untuk membuat kek keju sendiridi rumah. Saya mendapat pelbagai aduan atau luahan rasa beberapa teman dan kenalan ' akak ada jugak pernah buat kek keju nih tapi tak pernah nya menjadi' dengan nada yang kesal itu maka saya pun memberi beberapa tip bagaimana membuat kek keju. Pertama, anda perlu mendapatkan loyang atau acuan pembakar yang memang khas untuk membakar kek keju. Ianya berbeza kerana acuan kek keju mempunyai lapik yang boleh ditanggal dan diketatkan. selain daripada itu terdapat juga acuan yang tidak mempunyai lapik atau pengalas tetapi anda perlu mengalasnya dengan aluminum foil.
Pages
▼
29 Mac 2010
26 Mac 2010
Tauhu sumbat ikan kembung
Orang kata minum dan makan soya boleh jadi kulit cantik. orang kata juga kalau ibu yang mengandung pula digalakkan minum banyak air soya supaya anak yang dikandung mempunyai kulit gebu dan cantik. Itu adalah persepsi kita tentang kecantikan apabila minum dan makan makanan yang berasaskan soya. Nak buat macam mana kita semua memang suka kepada kecantikan betul tak? termasuk lah diri teman nih. Takan tak suka pada yang cantik kot! cewah! Oklah kali ini taknak cerita pasal kecantikan banyak sangat tapi nak cerita tentang keistimewaan menu saya pada kali ini. Apalagi menu untuk saya demo dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O lah. TAUHU sumbat ikan kembung. Ada yang tak tahu dengan tauhu? Tauhu yang diperbuat daripada kacang soya tu! Oklah kalau di US diorang panggil kacang soya sebagai soy bean kalau di Britain diorang panggil soya bean, orang jepun panggil shoyu . Menurut sejarah perkataan tauhu berasal daripada bahasa cina. mmm menarik! Tauhu yang diperbuat daripada kacang soya ini kaya dengan khasiat dia yang tersendiri. Khasiat yang paling utama ialah kaya dengan sumber protin. Selain daripada itu mungkin ada yang tidak tahu yang tauhu ini mengandungi isoflavones (sumber anti oksida) yang baik untuk mengengkang diri kita daripada mendapat kanser. Menurut kajian wanita digalakan makan tauhu banyak bagi mengelakkan mendapat kanser payudara. Betapa hebatnya tauhu ini untuk kesihatan kita kan. Menu saya kali ini sangat mudah. Orang kata main campak2jer dah jadi. Apa yng penting menu ini menjadi kegemaran keluarga saya terutamanya apabila setiap kali rumah saya membuat kenduri kesyukuran menu ini pasti ada. without miss kata orang penang heheh! Biasanya tauhu sumbat kita sumbat dengan sayur sayuran seperti timun dan lobak merah tapi yang istimewanya tauhu ini disumbat dengan ikan kembung yang digaul bersama isi tauhu. menyelerakan tak?Tq lah pada kaklong Maznah yg memperkenalkan menu ini! Credit to her! Pada sapa yang malas nak asingkan tulang ikan kembung, no problem punya! gantikan dengan ikan tuna dalam tin, boleh jimatkan masa penyediaan! Ikan akan menambahkan khasiat menu ini kerana selain mengandungi protin ikan juga mengandungi sumber omega 3 dan 6 yang bagus untuk kecergasan otak, amat digalakkan untuk perkembangan minda kanak-kanak. Omega 3 dan 6 juga dapat mengurangkan risiko arrhythmias (degupan jantung yang tidak normal) dan baik untuk kesihatan jantung. Oklah, itu adalah antara sebahagian info tentang khasiat ikan dan tauhu. Saya harap u all tak lepaskan peluang untuk mencuba menu yang sedap dan berkhasiat ini. Selamat memasaklah!!!!
Bahan-bahan
5 keping tauhu putih empat segi
2 ekor ikan kembung- dikukus,ambil isi & buang tulang
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang-dicincang
1 biji cili merah-cincang
secukup rasa perisa/garam
secukup rasa lada hitam
2 biji telur
Cara-cara penyediaan
- Goreng tauhu sehingga menjadi perang, sejukkan.
- Kukus ikan kembung dan asingkan tulang dan isi ikan.
- Belah dua tauhu dan korek isi dalam tauhu, dan tinggalkan kulitnya sebagai sarung untuk mengisi isi ikan nanti.hancurkan isi tauhu yang dikorek tadi.
- Campurkan isi ikan tadi bersama tauhu yang dikorek, bawang merah, daun sup/dan daun. bawang.
- Hancur2kan dan gaul-gaulkan sehingga mesra dan sebati. pewrisakan dengan lada hitam dan garam.
- Sumbatkan isi ikan dan tauhu ke dalam sarung tauhu yang dikorek tadi.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan celupkan tauhu yang telah disumbat. Goreng dalam kuali sehingga kekuningan.
25 Mac 2010
Kek Coklat Prun
Kalau diberi pilihan antara kek coklat dengan kek Keju atau kek-kek yang lain. Saya pasti akan memilih kek coklat dulu. Bagi saya kek coklat mempunyani aura yang sangat kuat berbanding dengan kek yang lain. Kuatnya aura coklat ini membuatkan ada segelintir pasangan yang berkasih sayang tak kira yang telah berkahwin dan belum berkahwin memberi coklat sebagai hadiah. Banyak persepsi salah berkenaan dengan memakan coklat sesorang boleh menjadi gemuk dan sebagainya tetapi sebenaarnya coklat mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti ia mampu merangsang mood ketenangan pada saraf otak serotonin. Begitu juga dengan kek coklat yg mampu memberi mood gembira dan tenang kepada si pemakan. Jadi pada kelas pastri pada minggu ini saya telah mengubahsuai coklat kek ini dengan menambahkan isian blueberi dan prun dalam bahan2nya. Walaupun coklat itu mendominasi rasa isian blueberi itu namun keserasian bahan-bahan ini memberi rasa dan tekstur yang terbaiklah! Anda perlu cuba resepi ini kerana kek ini mendapat pujian ramai dan byk yang sukakannya. Happy baking!
19 Mac 2010
Bebola daging burger
Bang burger special satu, bang burger ayam satu, bang burger daging sos lebih dua bungkus. Bang bungkus bebola daging burger satu! ha bebola daging burger? biar betul! mesti abang jual burger tuh jem sekejap sebab dah 18 tahun dia jual burger tapi tak pernah pulak dia dengar ada bebola daging burger!. Hahaha. Mai sini cek nak habaq sikit . Bebola daging burger ini saya cipta untuk program Nasi Lemak kopi O slot dapur berasap yang akan ke udara secara langsung di TV9 ahad ini 21 hb jam 9.30 pagi.
18 Mac 2010
kek zuchini dan aprikot padat
Kali ini cuba pulak kek yang berasaskan sayur-sayuran. Pelik? eh jangan lah pelik, takan tak pernah makan kek lobak merah! Lobak merah tuh kan sejenis sayur-sayuran juga tetapi resepi kali ini menggunakan zucchini. Oklah resepi nih sebenarnya saya dapatkan dari satu buku masakan cakes step by step terbitan periplus tapi saya ubahkan sedikit resepinya. Pada siapa yang tak pernah tau zucchini dan tak tau mana nak dapat zucchini nih, jangan risau sebab banyak jer dijual di pasar basah dan di pasaraya seperti giant dan tesco. Kek ini lebih sihat kerana ada sumber fiber tambahan daripada zucchini yang baik untuk sistem penghadaman. Cuma kek ini tidak boleh terlalu lama disimpan kerana sayur didalam kek ini mudah rosak. Kek ini lembut tetapi teksturnya padat kerana menggunakan tepung berprotein tinggi. Jika tiada tepung berprotein tinggi bolehlah menggunakan tepung gandum biasa seperti jenama cap sauh.
14 Mac 2010
begedil sardin
Setelah keluar segmen dapur berasap dalam program Nasi Lemak Kopi O lalu ada ramai yang berminat dengan resepi saya ini. Banyak respon mengatakan resepi ini sangat mudah dan cepat disediakan. Ada juga yang terus buat dirumah dan menjadi dan mereka puji sedap. Alhamdulillah! Maklumlah kadang-kadang kita nak cepat dan perlukan masakan yang ringkas. Yang paling best para ibu nak buat untuk anak2 mereka makan. Pada mereka yang belum mencuba U all kena cuba resepi ini pasai ia lain dari begedil biasa yang menggunakan daging cincang . Apasalahnya menggunakan citarasa lain seperti ikan sardin kan. Begedil ini sangat sihat untuk pertumbuhan otak terutama kepada kanak2 kerana ikan sardin mengandungi asid lemak yg dikenali sebagai omega 3 dan omega 6. Asid lemak tak tepu ini juga sihat untuk mencegah kolesterol, kanser, penyakit alzheimer dan parkinson. Selain itu ia kaya dengan sumber protein seperti yang telah sedia kita ketahui. Cuma pesan saya semasa nak menggoreng jangan lupa celup dengan telur kalau tak begedil akan pecah semasa menggoreng. Taknak jadi macam saya terlupa bawak telur untuk rancangan live pagi tadi. Nasib begedil saya tak pecah heheh.Welll itu kesilapan saya. Orang kata pesan memesan untuk kebaikan betul tak? jadi cuba jangan tak cuba!
Bahan-bahan
6 biji kentang
1 tin kecil sardin
1/2 biji bawang besar-cincang
1 tangkai daun bawang-hiris
2 biji telur
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
Cara-cara penyediaan
Bahan-bahan
6 biji kentang
1 tin kecil sardin
1/2 biji bawang besar-cincang
1 tangkai daun bawang-hiris
2 biji telur
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
Cara-cara penyediaan
- Kupas dan rebus kentang sehingga hampir empuk. Lenyek dan ketepikan
- Goreng ikan sardin (jika suka) sehingga keperangan sedikit. Masukkan dalam kentang yang telah dilenyek.
- Campur bawang, daun bawang garam dan lada hitam. Gaul mesra.
- Bentukkan begedil dengan tangan.
- Pecahkan telur dan kacau dalam mangkuk. Sebelum menggoreng celupkan begedil dan goreng dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
04 Mac 2010
acar rampai
Acar sering dimakan bersama-sama nasi briyani atau dengan nasi putih yang masih panas2 dan makan fuhhh terangkat beb. Walau apapun ada beberapa jenis acar antaranya acar rempah yang digoreng dengan rempah kari, acar mentah (yang tidak dimasak dan cuma menggunakan cuka gula dan garam sebagai perisanya) dan acar buah, yang selalu disajikan ketika hari perkahwinan.
01 Mac 2010
Samosa Sosej
Resepi ini adalah resepi yang saya perbaharui daripada resepi samosa yang biasa kita beli dan makan. Saya menggantikan isinya dengan hotdog, telur, mix vege dan keju. Jadi takdelah rasa boring sangat sebab samosa kini boleh dinikmati dengan pelbagai jenis isi. Dari segi teknikal mungkin agak sedikit susah bagi membentuk kulit popiah menjadi segi tiga. Jangan kuatir kerana anda boleh menggulung mengikut kesenangan anda contohnya kalau tak boleh sangat gulung lah seperti menggulung popiah. Kan senang?!