Pages

30 Disember 2010

Donut

MAKANAN ini memang disukai ramai. Antara restoran yang menjual donut yang paling popular adalah dunkin donut dan big apple. Of course resepi yang mereka guna tuh adalah secret resepi sebab banyak orang tanya kenapa donut yang dia buat tak segebu dan selembut macam dunkin donut dan big apple.   Tips donut yang ingin saya kongsikan adalah anda boleh menggunakan tepung gandum biasa cap sauh atau guna tepung roti (cap bluekey ada dijual di supermarket). Resepi donut yang saya kongsikan dalam nih tetap menjadi pujaan hati, buktinya ada orang yang mintak saya postkan resepi nih  setelah berkali-kali dimintanya dari saya, ha ini lah dia resepi donut! cuba ok!


Bahan-bahan
500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
3/4 cawan susu segar UHT atau air
1 camca teh garam
2 sudu besar gula kaster
1 paket/11 gm yis kering (brand mauripan)
3 sudu besar marjerin/mentega 
2 biji telur

Cara-cara penyediaan
  1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan bahan tadi dan aduk/ ulik sehingga menjadi doh yang tidak melekit.
  2. Sekira basah campur kan tepung dan sekira kering campur sedikit susu atau air.
  3. Tutup dengan plastik wrap/ tuala basah dan rehatkan doh lebih kurang 40-45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali saiz asal.
  4. Tepuk/tumbuk doh yang telah naik itu sehingga leper dan terapkan dengan menggunakan penerap donut 5. Biarkan donut yang tekah diterap sehingga cukup mengembang dalam 20-25 mint.
  5. Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  6. Donut yang telah masak boleh digaul dengan gula kaster atau disalut dengan coklat masakan.

16 ulasan:

  1. chef, hari tu saya buat donut..
    tp donutnye kembang kat bawah je..
    kat atas x kembang2 pun

    BalasPadam
  2. ok masalah kembang sebelah nih kerana satu mungkin terapapn awak tuh tebal sanagat. So bila goreng hanya bahagian bawah yang react dengan heat so dia kembang. bahagian atas tuh akan menjadai padat. So make sure awak tidak terap donut tuh terlalu tebal. Mungkin juga resepi awak guna tuh tidak btul dari segi kuantiti yis. Aapa saya boleh cadang awak boleh guna resepi ini atau guna resepi yang adapada bungkusan mauripan(yis kering). Kemungkinan juga awak terlalu lama membiarkan donut yang diterap naik cuup cuma naik seadanya /menjadoi dua kali saiz asal selepas di terap.

    BalasPadam
  3. Salam..Azli, gambar donut yang dah buat tkde ke..mama selalu buat donut letak kentang sebiji, gebu n lembut jugaklah...tapi masalah sama dgn rul-tazmania, kembang tak sekata..mungkin jugalah sbb terlebih kembang atau tebal sgt

    BalasPadam
  4. Satu hari teringin nak cuba resipi donut chef sebab saya memang penggemar donut.

    BalasPadam
  5. salam...
    chef, saya penggemar donat..tapi saya teringin nak mencuba resepi donut chef...cuma masalah nyer saya tak minum susu....boleh tak gantikan susu dgn bahan lain....

    BalasPadam
  6. mama nih gambar dia mama, kembang tak sekata tuh mungkin uli tak cukup atau terap tuh tak rata.
    blog resipi cubalah
    tanpa nama: ganti air kosong jer.

    BalasPadam
  7. Tq Chef, insyaallah nanti mama cuba resepi ni...mudah2an jadi. Nampak gebu je donut yang Chef buat ni...

    BalasPadam
  8. thank you very much chef azli for this recipe..my donut turn out very well..even dah 4 hari still lembut and fluffy..

    BalasPadam
  9. salam chef,

    cemana nak buat custard filling cam kat dunkin donut or krispy kreme tu ye?

    BalasPadam
  10. oho...baru jumpa pasal donut ni..nanti nak buat ler...

    BalasPadam
  11. Chef, nak tanya penerap donut tu ada jual ke di kedai. Saya pernah buat donut tanpa guna penerap donut jadi ada saiz besar dan kecil tak cantik. Saya fikir nak berniaga tp disebabkan saiz tak sama susahlah sikit.

    BalasPadam
  12. saya dah cuba resepi chef donut sangat lembut tapi bau mauripan tu kuat sgtla....

    BalasPadam
  13. Cef, telur tak de dlm resepi tak pe ke?

    BalasPadam
  14. Aslkm chef...klo guna bread maker boleh x?kna masukkan smua bahan terus ke bagaimana?tq

    BalasPadam
  15. Assalam.. Sy nak tny knp donut sy berbau yis yg kuat

    BalasPadam